Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, April 26, 2016

Mak Mertua ku

0 komen
wow tak sangka aku buat entry ni.

yes.yes. MakMertua i uols. letops! memandangkan esok 27 April 2016 adalah Birthday beliau. aku buat entry ni khas. jarang kot aku cite pasal makmertua aku ni. bukan tak ngam, tapi tak tau nak cite ape. hahah!

sebelum tu, bagi mak mertua birthday gift last week jubah ni. cantik pulak kaler jubah ni. pastu selalu mak mertua suh aku pakaikan cara macamana aku lilit-lilit shawl. die tgk aku pakai senang je. tapi die tanya kenapa die buat tak jadi sama mcam aku buat. tak sangka makmertua adalah peminat tegar aku. hahahahha! (perasan!). aku pun pakaikan la lilit shawl tak pakai pin masa ni, test test je pakai jubah satu set dengan tudung. terus puji die melambong-lambong jubah dgn tudung tu cantik. kembang kuncup ah...

Makmertua aku stay kt Serendah, Rawang. tapi kalau pakmertuaku ada kerja kat putrajaya, dia akan stay kt kuarters dorang area rumah aku je. aku blok A, mertua blok C. kelakar je! ingat lagi time dulu, aku masih bertunang lagi dlm proses nak kawen. aku apply kuarters. dalam masa yang sama pak mertua pun apply sama, die ingat nk bagi kuarters tu kami duduk lepas kawen. die tak bagi tau aku die apply, aku pun tak bagi tau aku apply. tup-tup dua-dua dapat. Area yang sama. sudahnya, aku duk uma aku. adik adik ipar aku yang duk uma pakmertua ni. ujung minggu sekali sekala baru makpak mertua aku datang kuarters dorang.

macam biasa, aku ok je dgn makmertua, tak de la berperang mcm dlm drama dalam tv tu kan. sekali berjumpa borak tak ingat dunia. gosipp merata je keje. tapi dorang memang ada bila aku memerlukan. contoh: masa miqael masuk wad. dorg jagakan marissa. Masa aku nk beli rumah, dia siap offer kalau tak cukup duit bayar booking or legal fees tu dia nak tolong dulu kan duit. mana nak cari wehh makpak mertua baik macam ni. aku pulak naik segan! 

selalu kalau pakmertua keje, husband aku pun keje. kteorang pun planning la nak berjalan sana ke sini ke. plan baikk punya! girl days out gitu. dengan anak-anak la of coz. kalau dengan mak mertua aku, aku rileks sikit. anak-anak aku die yang pantau. dia yang over 'CARE'. die yang kejar anak aku. aku boleh makan dengan aman dan tenteram. boleh chill lah. tapi jangan mak aku. dengan die sekali aku kena 'CARE' dan aku penat berganda. sebab nk kawal anak dgn makayah aku dalam masa yang sama. dorang macam CARE-LESS sikit. hahahahhaha

seronok bila balik umah makmertua tu. masuk je pintu, tugas aku sebagai mak dah dilepaskan kepada makmertua aku. hahahaha! aku lempor je anak-anak depan pintu. ada la yang akan menjaga dorang nanti. aku boleh buat hal aku. sekali sekala aku g 'jenguk' anak buat apa. takpun time miqael nak nyusu, baru makmertua bagi kat aku. heaven kan? 

makmertuaku TALIYAH BINTI MASRI, selamat menyambut ulangtahun kelahiran! moga mak diberi kesihatan yang baik dan diberi cucu yang ramai............lagi. dari anak-anak mak yang lain la, kami nk tutup kilang kejap nak fokus beli rumah. hahahahhahahaha

terima kasih mak, sebab jadi yang terbaik...love you!

Happy 1st month old braces!

0 komen
25 Mac 2016 - 25 April 2016
Genaplah sebulan jadi pengguna braces. happy birthday! means, bakal berjumpa doc gigi petang ni untuk next appointment. Gud! duit bakal digadaikan lagi. Sabtu lepas baru bayar Legal Fees lawyer RM3,591. banyak betul pakai duit bulan ni.  betollah orang kata nak beli rumah ni kena ready kan duit dulu. aku yang gelojoh ni, mana la tau. ingatkan ratus-ratus ringgit je. eh eh ni nak cite umah ke nak cite gigi? hewhew..

Untuk appointment harini doc akan pasang braces bawah pulak.  rasa ngeri la pulak. confirm sakit balik lah gigi macam first pakai aritu. aritu sakit anje anje ni, ni berganda aku rasa sebab atas bawah pakai. die punya debar kalah debar macam nk g checkup preggy dulu. 

Sebelum aku gadaikan nafsu makan aku dan kembali kepada makan bubur yang hambar tu, seminggu sebelum aku appointment ni aku harung semua makanan yang sedap-sedap dulu. ayam gorenggggg!! walaupun 15minit jugak nak kunyah seketul ayam. aku gigihkan jugak!sebab kalau dah g jumpa doc gigi nanti lagi parah gigi sakit dan tak boleh nak kunyah. sob sob sobb!

delivery kat rumah banyak-banyak! addicted sgt dengan green tea ni. ape yang korang letak eh dalam air ni? boleh bawak sampai mimpi woooo... tp takpe, kamu tak mengganggu emosi gigi ku nanti. masih boleh telan jugak walaupun gigi berdenyut sakit.hehehhe

Tengok aku pegang air ape tu? Green tea lagi ye, tapi kali ni kat Boat Noodle pulak. walaupun macam payah nk kunyah makanan tu, tapi gigihkan jugak telan slurrp slurpp... Roti SangKaya tu pergh! sedap wa cakap lu...kaya die letak santan kot. abes melekat kat braces. tapi tak pe, demimu ku gagahkan jugak gosok gigi celah-celah braces tu. huhuhuuuu...

ok pagi tadi dah makan nasi lemak ayam goreng, tengahari nanti nak makan nasi kerabu pulak. petang kang pisang cheese bawah klinik gigi tu. hah! planning baikkkk punya sebelum g serah gigi kt doc gigi. lepas ni kau merasa la makan bubur lauk kicap tu balik ye.......syuuuhhh sana!

dalam sebulan pakai Braces ni aku LOST 4KG uols!! harap-harap bulan kedua ni gandakan dua la berat tu turun ye. harap-harap bubur kicap tu tak sedap lah. hahahhahahahah...

Thursday, April 21, 2016

Stress kot

0 komen
pening kepala aku menguruskan rumah ni. first timer kot, knowledge zero kot bab beli rumah ni. Disebabkan masa apply pun aku main-main je kan, macam tak prepared je apa patut aku buat. Lepas bayar duit booking sabtu lepas, tetibe aku jadi 'heng'. lepas tu buat apa? aku tanya pemaju tu, tp die macam bz layan ramai customer lain, die jawab pun aku tak berapa nak jelas sgt. aku pun dengan anak dah meragam pun balik la rumah dengan pelbagai tanda tanya dalam hati ni..

Isnin balik ofis, terus g apply loan gov dalam online. sekali dalam masa 14hari dah kena hantar dokumen dekat Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Pastu aku g tanya kerani yang buat pinjaman perumahan, die kata kena ada S&P dulu baru boleh hantar. S&P pun aku tak g sign dulu. Call pemaju kata tunggu lawyer siapkan document & call dulu. sudahnya aku cancelkan balik permohonan online aku tu. reset balik! sign S&P nnt baru aku apply balik. 

S&P tu apa?jangan tanya aku. orang sebut aku pun sebut lah! erk!

Lepas tu time call pemaju kata kejap kena bayar 10% kejap tak payah. lepas tu kata kena bayar Duti Setem dengan Legal Fees. eh bukan masuk dlm loan ke? ok dah pening. call balik pemaju, kata kalau gov loan tak payah 10% tapi kena bayar lawyer. RM4K lebih!! meh?? duit duit duit.. aku tanya kakak aku beli rumah guna gov. loan tak de bayar apa pun selain duit booking je. pening kan?

aku rasa, naik muak dah lawyer dgn pemaju dengan aku. asyik pompuan ni je yang meroyan call tanya itu ini. lantak situ, ni dah main duit ribu riban ni kena la tanya lebih sikit kan. dah la aku tak tau apa, sat g kena tipu dah satu hal pulak.

sabtu ni 23 April 2016 lawyer dah suh datang sales gallery untuk sign S&P. seterusnya tengok la ape jadi nanti. sian kat diri sendiri, terpaksa tanya sana sini, google sana sini utk dptkan info. huhuhuuu...harap-harap pengorbanan aku ni berbaloi la, jgn loan tak lulus sudah! agagagaaa...

Wish me luck!

p/s : selasa depan jumpa doc gigi (braces), DUIT lagiiiiii....uwaaaaaa!!!

Wednesday, April 13, 2016

Ditawarkan Rumah

0 komen
tak tau nak start dari mana ye. hurmm...serabut!

Aku dapat 2 offer rumah. PPA1M dengan Rumah Selangorku. PPA1M tu kt Presint 5 Putrajaya je (Apartment), Rumah Selangorku offer Rumah Teres 2Tingkat tapi dekat Bandar Seri Coalfield, Sungai Buloh. Pada asalnya aku saje je apply Rumah Selangorku ni, sebab ic aku, suami, anak-anak semua ic putrajaya. Keje kt putrajaya. Alamat rumah sekarang kt putrajaya. mana celah nya aku nak dapat rumah selangor ni. tak de langsung ciri-ciri orang selangor dapat aku buktikan. tapi aku saje menggada-ngada g apply. kot ada rezeki kan...

Bila sampai rezeki tu, 22 permohonan aku dapat pada masa yang sama! PPA1M dah panggil untuk sign S&P. Rumah Selangorku jugak dah keluarkan result BERJAYA DITAWARKAN RUMAH. hoi hoii..stress mak hencik! tapi en.suami memang tolak rumah apartment siap-siap. dia kata payah duk atas langit ni. tapi rumah tu dekat dengan ofis aku kott!! Rumah Selangorku ni rumah atas tanah. 5tahun kawin, 5tahun jugak duduk atas langit (kuarters). tapi jauh sikit la kat Sungai Buloh. dekat dengan rumah mak aku (ini point penting!). hahahhahahaha.....takpe, rumah Sungai Buloh boleh buat rumah hujung minggu. disebabkan rumah beli jauh dari putrajaya, aku masih layak lagi duduk kuarters kan. kan. asalkan dapat merasa beli rumah atas tanah.

Insyaallah kalau ada rezeki kami akan proceed utk loan dan seterusnya. diharapkan rezeki ini jadi milik kami sekeluarga. Nak jugak merasa ada rumah sendiri kan. buat aset katanya. Mudah-mudahan proses pembelian rumah ni berjalan dengan lancar...aminn!

bulan ni je aku dah macam spend byk duit la. kalau tau aku dapat rumah ni tak de la aku g buat braces ni. Duit baru je abes byr deposit braces. Lepas tu aku nak g booking umah, pemaju nak deposit RM2k lagi. Bulan Mei nk pergi holiday kt Perth lagi......duit duit duit.....sume benda tak dirancang terjadi. so financial aku agak goyah sikit sekarang. ada sapa2 nk sponsor ke barang seribu dua? teeheeheeeee...

Marissa Cek Gigi

0 komen
Ingat tak aku cerita sebelum pakai braces tu aku g scalling gigi dulu kt Klinik Pergigian Presint 18? 16 Mac kalau tak silap, aku hangkut marissa bawak teman sekali. dah alang-alang tu kan, aku daftar utk cek gigi marissa sekali. kejam tak? masukkan anak dalam kancah pemeriksaan gigi. macam biasa, marissa rileks je, die ni jenis berani punya orang. siap berborak lagi dengan doc. tak de masalah, sebab die tak de pengalaman PAHIT lagi dengan doc gigi. Cuba kalau dah kena cabut satu gigi nanti, confirm die takut jugak nak pergi klinik gigi...

Doc kata gigi marissa semua ok, tak de rosak, tak de masalah. cuma aku suh doc bagi nasihat sikit kt marissa tu utk kurangkan makan gula-gula dan berus gigi dengan kerap. sebab kalau aku cakap macam tak jalan kan, aku suh doc yang nasihatkan. boleh la nanti aku 'jual' nama doc lepas ni.. "Doc kan cakap jgn makan gula-gula". "doc kan suruh gosok gigi". tapi tapi...boleh doc cakap "makan gula-gula boleh, tapi lepas tu gosok gigi ye adik". hoi hoii...menggalakkan pulak ni. sakitnya tuh disini...

gud girl mama memang berani. mama proud of you, Marissa!!

Maternal And Child Health

0 komen
September 2015 dapat surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia nak datang rumah buat survey kesihatan anak-anak aku. Mula tu macam syak jugak la kan nak bagi orang tak kenal datang masuk umah kan. tapi bila dah dapat surat official macam ni, dan dorang pun dah call utk set temujanji. kte ok je la. bagi je la kerjasama.

Kebetulan 29 Februari 2016 aritu ada checkup anak-anak kat klinik, so set temujanji petang lepas checkup tu. alang-alang dah g klinik tu aku amek cuti terus smpai ke petang. senang satu jalan. Nurse datang pun dalam jam 3petang, sempat la anak tido dulu kejap kan. kalau tak cranky kang satu hal pulak nak kawal anak. sebelum bukak pintu tu dah kenal nurse yang pakai baju putih tu, time aku pantang aritu nurse tu jugak yang datang umah cek kesihatan ibu dan anak yg baru lahir. confident la sikit nak bagi masukkan.

Macam biasa la, survey tanya pasal anak. pasal pengalaman pregnant anak-anak. ada la dalam setengah jam bersesi soal jawab. aku pun tak sempat nak masak apa-apa, just bagi air ribena je la yang sempat pon. baru balik klinik kan. (alasan!).

Terima kasih, sebab keluarga kami terpilih dalam sesi survey Kementerian Kesihatan ini. lain kali kalau ada apa-apa survey lagi mai la datang lagi ye......

Monday, April 11, 2016

CEREWET KE?

0 komen
aku rasa aku ni terlalu cerewet la. cerita ni berlaku ari sabtu aritu. Aku basuh cadar katil. Kteorang 4orang semua pun tidor satu katil queen. muat ke tak muat ke kami lebih selesa bersempitan. tapi takpe, master bedroom ada aircond. sempit pun tak kisah sgt, sejok aircond ada cover.

Bila aku dah tukar cadar baru, malam nak tido tu aku tak bagi tido atas katil. bersepah la kami tidur depan tv kat hall sana. punya la sayang dengan cadar baru pasang dalam bilik. paksa berpanasan kat hall beramai-ramai. tapi musim el nino ni memang tak menahan panas die. duk bawah kipas paling laju pun masih berpeluh jugak.

Bila malam isnin, kena tido dalam bilik. sebab isnin nak keje tak sempat nak kemas kalau tidur depan hall. aku siap alaskan kain lain atas cadar katil. lepas tu macam-macam rules lah aku berleter masa semua dah naik katil...

"OK SEMUA...MAMA DAH TUKAR CADAR KATIL BARU (BARU BELI PULAK TU). NO AIR LIUR, NO KENCING ATAS KATIL, NO SUSU BOTOL, NO NOTHING!!" 

semua pun sahut...

"OK MAMA!!!!"

marissa siap ulang balik ape aku cakap. hahaha..sanggup letak botol susu atas meja, tak jadi susu smbil baring. eleh, kalau cakap pon bukan paham pun air liur tu apa. diluar kawalan pulak tu, kalau dah tido mana sedar apa-apa kan?

at least...aku dah pesan, sape buat onar, die kena ah basuh cadar! hahahahhahaha...

SOALAN BER'BRACES'

2 komen
tak leh nak move on lagi pasal braces ni. benda baru mestila nak up 2-3 entry baru puas hati kan. ramai orang tanya soalan paling famous "sakit tak?". meh aku compile kan soalan-soalan yg kerap ditanya rakan taulan mengenai braces ni..

 si jantung hati dah setahun empat bulan =)

Soalan :-

1. sakit tak?
sakit la jugak. masa pasang seperator tu dah rasa nyut-nyut dah gusi tu. tapi nak gigi tersusun cantik kan? tapi yang pelik lepas pasang tu aku tak rasa sakit pun, boleh balik basuh baju 2-3 round. no hal. lek je. cuma rasa tak selesa je sbb ada besi kt gigi kan. tapi keesokkan harinya, merana la weh! sakit lagi kontraksi nak bersalin kot..hahahahhaha

2. kenapa pakai?gigi kan dan elok?
macam aku cakap dalam entry lepas. aku nak reward kan diri sendiri. korang nampak gigi aku okey je, tapi aku segan gile kot kalau nak senyum. gigi taring ada, gigi senget ada. buat rosak gambar kamera je. 

sume gambar pon pakat senyum tak nampak gigi. rasa kalau senyum nampak gigi abes rosak la gambar. Self esteem tu rendah gile. kadang-kadang tu nak memuaskan diri sendiri. mungkin orang nampak elok je, tapi bagi aku tak! org kata hilang la seri kalau tak de gigi taring. gigi taring tu la buat seri seseorang. tak tau nak jawab apa dah. asal aku bahagia, sudah! lepas ni, kumpul duit nak buat lasik pulak! malas dah nak pakai spec. next mission utk reward diri sendiri.

3. harga?
rujuk entry yang lepas ye.. BRACES

4. makan macammana?
hazabedah la jugak. masa awal tu gigi macam tak boleh nak mengunyah langsung. gigi kapak depan macam tak berfungsi. nak gigit bihun pun bihun tak boleh terputus dgn gigitan gigi kapak depan tu. apakah? nak putuskan kuih seri muka pun payah gile. sakit kot gigi kapak tu. tak tau kenapa. lagi satu kalau nak kunyah guna gigi geraham macam tak lumat. gigi tu macam tak bertemu. 

pernah tak kau rasa lapar gile....tapi kau tak boleh nak makan. nak masuk guna mulot sakit tak menahan. kalau kunyah benda keras sikit je, lepas tu menahan la kau kesakitan gusi tu. tapi jangan risau, cuma 2minggu je hazab ni. dalam masa tu makan bubur je la. 4hari pakai braces aku turun 2kilo kot. itu yang kita mauuuu! kurussss...kurusssss!

5. tujuan apa?nk gigi cantik ke nak kurus?
DUA DUA. salah satu sebab aku pakai braces adalah sebab nak kurus. bila dah pakai braces, makanan yang boleh dikunyah tu adalah sgt limited. 2minggu tak makan ayam goreng. daging smpai sekarang aku tak berani nak makan lagi. burger? lagi la jauhhhh sana. aku dah jadi macam orang tua, makan benda yang lembut-lembut je...kadang tu beli bubur, kongsi berdua dengan miqael. bubur miqael tu aku rembat sekali. sebab tu je makanan yang aku boleh hadam kalau makan. kalau ngidam benda2 lain tu, tak kunyah. konsepnya masuk mulot telan telan telan. sebu perot rasa bila makan tapi tak mengunyah. 

6. bila kurang makan, miqael nyusu macamana?
yes, ni yang paling ditakuti oleh MAKMERTUA ku. die risau betol kalau aku tak makan. nanti susu aku cair la tak cukup la. kalau aku balik uma Makmertua, mesti die nak tengok aku makan! bila aku tak makan, mula la die membebel. "nak cantik gigi,anak merana. susu tak de. tak makan nasi". rileks ahhh! emo lak makmertua aku. die kesian tengok aku mengunyah lama masa makan. aku duduk dulu kt meja makan, aku bangun last sekali.

yes, tak dinafikan. susu drop gile gile punya. sebab aku makan sakit. bayangkan biasa pam susu kt ofis dari banyak ni...

 hasil sebelum ber'braces'

sekali pam dapat la 10 oz. utk sesi pagi je ni. masuk petang lagi 10 oz. dpt la 4botol susu miqael. tapi tapi..bila dah pakai braces. sekali pam utk sesi pagi dapat 3 oz je. ye 3 oz je ye! petang pon sama. dpt sebotol setengah je satu hari pam kt ofis. 4botol turun ke sebotol setengah. tapi macam biasa aku tak stress-stress sgt. sebab nak cantik kan?bahahahha.... aku cari ikhtiar lah. tak boleh makan, aku banyakkan minum.  aku beli ANMUM Lacta (khas utk ibu mnyusu), Milo, Horlicks. lain orang lain cara utk milk booster ni. bagi aku, 3 ni dah cukup utk tambahkan susu. yang penting! jangan STRESS. aku wat derkk je dpt 3 oz. rileks ah, sbb stok susu beku ada dalam peti ais. cuba kalau tak de, menggagau gak aku nk up balik hasil tenusu ni. tapi malam-malam bila direct Breastfeed, aku dapat rasa miqael kerap bangun nak nyusu. macam tak puas gitu. tak kenyang. kalau selalu bangun dalam 2-3kali. ni ada la dalam 5-6kali bangun nak nenen. huhuhuuu....

dah pakai braces dah boleh senyum lebau dah! ok tu je la soalan yg paling favourite. lain orang lain cara. lain orang lain rasa. ini yang aku rasa. aku luahkan utk panduan korang-korang. Now nak masuk 3minggu dah. boleh la kunyah nasi sikit-sikit. tapi macam penat mengunyah. aku lg suka bubur, boleh telan terus je. tapi muak dah makan bubur. makan nasi, tapi kuantiti sikit dari biasa. sebab penat nak kunyah + benci nasi yang sangkut-sangkut celah-celah braces tu..huhuuuhuuu...

harap-harap berat aku turun la 20kilo. hahahahhaaa (kemain harapan melangit sangat neh)!!

Friday, April 8, 2016

Birthday Gift Paling Win!!

0 komen
Malas sebenarnya nak ingatkan memori yang tak berapa nk best ni. tapi aku rasa, aku perlu utk buatkan satu entry ni supaya nanti anak-anak dah besar boleh baca balik apa yang mama luahkan pada masa dan hari tersebut. dua anak, dua ragam yang berbeza. Marissa jenis yang masa kecik kerap tak sihat. dalam sebulan confirm 2x demam. MESTI. sampai la umur dalam 3tahun baru dia ok sikit. pastu kerap muntah cirit. tapi tak la sampai warded. g klinik, amek ubat, balik uma je.  macam miqael pulak, jenis yang jaranggggg sakit. jarangggg demam tapi sekali die sakit, papppp terus masuk wad. paapppppp terus demam mencanak 40darjah celcius. miqael masuk je genap setahun aritu kan demam panas terus, lepas tu warded pulak 2weeks after demam panas tu. tapi die jarangg sangat demam. mungkin breastfeed baby dgn formula baby lain kot jenisnya...

6 februari 2016 genaplah umur aku 30 tahun. masuk 3series ye. bukan mudah nk menerima kenyataan tu. perubahan angka yang depan lagi sedih berbanding tukar angka belakang je. hadiah utk masuk angka 3series ni, en.suami kena outstation kt pulau pinang. anak-anak je la yang ada sambut birthday aku. miqael malam birthday aku tu die boleh pulak muntah banyak kali. cirit birit sampai bocor pampers. lembik memek. Bayangkan aku kena handle 2anak dalam masa yang sama miqael meragam tak sihat ni.

7 februari 2016 mak aku datang rumah. asalnya nak jemput aku dgn anak-anak utk bawak balik sungai buloh sebab cuti panjang raya cina 6-9 februari. tapi aku rasa macam tak sedap hati. nak bawak ke klinik dulu check miqael sbb nampak lemah sgt. susu tak nak, makan lagi lah tak. muntah dgn cirit masih belom stop lagi. pagi-pagi tu mak aku sampai je terus ajak g klinik presint 9 dulu.

Terus kena refer ke Emergency Hospital Putrajaya. Sebab miqael mmg dah nmpk lembik sgt dah. yang bestnya, bila doc tanya muntah die banyak mana, warna apa. terus adik blurwerrrrkkkkkkkk depan doc tu time time tu jugak. bagus dik, tak payah mama susah2 explain. hahahahhahaa....sian kt makcik cleaner lah. lepas amek darah, result darah adik mmg kurang memberangsangkan. dehydrated sgt dah. sebab yang keluar lagi banyak daripada yang masuk. die nyonyot nenen tp susu melimpah basah ke baju je. die macam tak telan susu tu...nape ntah, sakit tekak kot...

tengok la dressup anak masuk hospital macamana. macam nak pegi berjemur tepi pantai. 
padahal hospital tu sejok gile kot! 

jgn dilupakan ye, aku ada sorang lagi anak. si marissa tu meroyan nak aku pulak. marissa ni jenis hyper sikit. mak aku jenis tak larat nak mengejar si kakak ni. susah nak kawal sikit kalau bukan dengan aku or en.suami. aku terus call makmertua suh datang ambil marissa. itu memang dah tahap buntu gile tak tau nk mintak tolong sape. sebab miqael dah nak kena warded.

Marissa dah selamat kt atok dan opah. lega sikit hati aku. senang tumpu kt miqael je la skrg ni. miqael akan meragam dan lepas tu confirm muntah or cirit. baru lega sikit die tido. tak sampai 10minit die akan meragam lagi, lepas tu confirm cirit or muntah balik. non stop. kau rasa boleh tido ke? tiap 10minit anak meragam. tapi aku lega sikit sebab warded. tak de la aku buntu sgt nk buat ape bila anak muntah dgn cirit.

muka tagih simpati sgt.
plastik hitam nurse bagi. time ni tengah tunggu adik macam nak bluwekk.
sempat selfie okey, sbb lama nauu nunggu 

Mesti orang ramai kat hospital tu tengok aku senget ke pompuan ni dressup macam nak pegi KLCC? tudung berbelit-belit bagai. makeup macam nk buat show. siap bawak beg tarik bagai masuk hospital. ingat nak check in hotel ke hape? hahaha.....kan aku dah cakap, aku memang dah packing baju anak-anak semua sebab mak aku nak bawak balik sungai buloh. ontheway tu bajet macam nak singgah IOI Putrajaya dulu jalan-jalan. orang lain pergi hospital pakai selipar jepun, seluar tido, suma pakat cemas sgt. kalau tengok aku ni, tak macam cemas sgt dah ni, pakai kasut tinggi bagai! hover sgt tahuu.....tak bajet anak kena warded..

nasib la mak aku ada temankan. dapat la aku lari kejap g toilet, g beli makanan kejap. g daftar kat depan kejap. hoi hoiii....handle sorang diri ni sgt memenatkan. tapi mak aku tak boleh la nk temankan kat spital tu skali. sokey, at least mak aku boleh balik uma aku bawakkan apa-apa barang yang tertinggal. satu masalah mak aku ni pulak LOST sikit jalan kt putrajaya ni. jenuh la cakap dalam phone sampai la die sampai rumah aku. haihh la...

bergilir-gilir lah jaga dengan mak aku. macam tu je la miqael melepek je la sepanjang masa. bila nurse dah masukkan air tu nmpk la ada tenaga sikit. 

Hari pertama di wad. aku macam lost sikit. sebab baju yg aku bawak adalah baju 'jalan'. bukan baju masuk wad. so, agak glamor lah aku dgn anak masa dalam wad. tapi aku tak larat dah nak bilas baju anak asyik kena muntah cirit je, terus mintak baju hospital. kalau tak mintak mmg nurse tak bagi eh?eh? 

anak pulak tak boleh tinggal macam tu je atas katil. 24jam aku dgn die. bayangkan kalau kau nak terkucil ke ank terberak ke, menahannn je la aku tunggu time waktu melawat. time waktu melawat la baru aku boleh mandi, makan, berak, kencing sume. sebab baru ada orang tolong tengokkan miqael kt katil.

malam pertama tido kt spital, menangis jugak la aku meratapi nasib. tido dah tak cukup. pastu nurse belom order makan lagi utk aku. so minum petang dgn makan malam tak ada utk aku makan. bertabah la ye, tahan je la pewot. tak de langsong stok makanan. tengok je la org lain makan. dah la nyusukan anak, kelaparan tahap kritikal punya. nak g beli bawah. anak sape nak jaga???? nak turun bawah pun mana ada jual makanan. dah petang mana ada kiosk bukak. hari ahad pulak tu, mana kafe bukak. meratapi la aku kat katil sorang2. buntu, nak mintak tolong mak dah malam. tak nak susahkan die datang semata nak hantar makanan kat aku. die nak balik uma aku tadi pon jenuh nak bg direction. ni kan pulak nak suh datang time malam yang gelap tak nampak jalan tu. parahh weh!

memandangkan en.suami pergi outstation naik kereta pejabat, die tak de pilihan lain. kena stay sana jugak. ada jugak die kata nak balik naik bas. tapi aku yg tak bagi. macam tak yakin je. sat g sape nk g amek kt bus stand sana?kesudahannya, die keje je sana. aku je handle anak sorg2. nasib la mak aku ada tolong-tolong ape yg patut. tapi biasala, mengada dengan mak dgn mengada dengan suami lain kan. hehehe...tak keruan jugak la en.suami kerja kt penang tu, lagi-lagi kalau die call aku tak angkat. kadang saje je bg gempak sikit. hahahaha....dah tu, mana kau nak layan anak nak layan call tanya mcam2 lagi. fuhhh....bersilat okeh!

Kesimpulannya, Cuti Raya Cina yang panjang tu kami habiskan masa check in kat Wad 2C Hospital Putrajaya. 4hari 3malam yang sangat menyeronokkan! (bluek!). tapi masa kt wad tu banyak aku belajar utk bersyukur. anak aku takat cirit muntah je. anak org sebelah demam denggi kot. anak depan baru kena sahkan ada kanser limpa. katil lg satu melecur kt kaki habes. anak kau tu sikit je Tuhan uji, dah menggelabah. tengok kakak yg anak die disahkan kena kanser tu nak kena refer ke HKL lagi aku rasa sebak gila kot. sebab anak die macam sebaya marissa je. mula la aku emo bila terbayangkan marissa.huhuuu...sedih kot!

tapi sume pon suami datang time waktu melawat. time aku ni, ada pun mak je dtg. tak pun mak pak mertua dtg. tak pun adik ipar. sedih mmg sedih. tapi nak buat macamana. en.suami tak boleh balik. handle la kau anak sorang-sorang. tapi tak pe, belajar berdikari. aku ni jenis malas nak mengharapkan orang. selagi aku boleh handle sorang. aku lebih suka berdikari sendiri tanpa mengharapkan orang. kalau dah terdesak baru mintak tolong orang. lagi pun aku memang dah biasa handle anak sorang-sorang, dpt suami yang kerap outstation ni memang kena belajar banyakkkkk sangat benda utk handle sendiri. tapi aku pasti! kalau aku yg outstation, confirm suami aku BUNTU... biasala lelaki kan, mana boleh multitasking sangat. hahaha, ok bai..... (statement mintak penampor) hahaha

BRACES

0 komen
Menginjak ke umur 30-an, aku rasakan perlu ada satu reward utk diri sendiri dalam hidop ni, bagi meraikan hari tua. Selain dari beli kereta, lepas tu dah tak de reward utk diri sendiri yang aku korbankan duit utk memuaskan diri.  Nak jugak la mencantikkan diri walaupun diri ni sendu je kan. 

panjang cerita nak buat braces ni, sadis je rasa. down pun ada. hampir 4 klinik gigi aku pergi sume reject nak buatkan braces sebab kata gigi aku ni 'complicated' sangat. down gile rasa. baru rasa nk mencantik cantik pakai braces. Marissa la yg dok teman aku seharian pergi klinik gigi kt Semenyih, kajang, bangi, presint 15. hampa pun semua. padahal satu ofis dah tau yang aku nak pakai braces!  gile terdesak kan pompuan ni?

esoknya datang ofis, jumpa pa bilik sebelah saya wawa  mengadu kat die masalah yang aku hadapi. ewah! disebabkan die pakai braces, die la peransang utama aku utk terus kan niat utk berbraces ni. terus die whatsup doc gigi die. then terus doc die suh datang klinik Presint 18. Doc ni, siang kt klinik kerajaan, petang kat klinik swasta. berbunga-bunga balik la hati ni...

Yang senangnya deal dengan doc ni, xtray die buatkan surat utk buat kt Hospital Putrajaya, cabut gigi kt klinik gigi Presint 18, scalling kat klinik P18 jugak, nak pasang pagar tu baru die suh datang kt Klinik Annur Bangi tu. Syukurrrr, jimat sikit duit mak nok! kalau tak, xtray dh bape rm, scalling je dah bape ratus. cabut gigi dah bape ratus. kan..membantu sgt doc ni tau. i like!!

ini la struktur gigi aku yang complicated tu. yang ramai doc gigi reject tak nak buatkan braces.  Sebab ada satu gigi susu aku belum luruh lagi walaupun dah jejak umur 30 tahun. liat betol! sebab tu gigi taring atas tu patutnya ada kat tempat gigi susu tu. gigi senget tu tempat patutnya dekat sebelah gigi kapak. complicated kan?jauh nau die nak tarik gigi taring tu pergi kt tempat gigi susu tu.  so doc suggestkan utk gigi senget tu yang ambil alih tempat gigi susu tu. gigi taring tu tarik bawah dok sebelah gigi kapak tu. rasa macam mustahil je ape yang doc nak buat. tapi aku YAKIN!! doc boleh buat!! hehehe.....

Kronologi Gigi Ezy:

16 Mac 2016 (Rabu)
8pagi - Scalling gigi (klinik P18)

18 Mac 2016 (Jumaat)
3petang - Xtray gigi (Hospital Putrajaya)

22 Mac 2016 (Selasa)
8pagi - cabut gigi susu (klinik P18) - Dapat MC

25 Mac 2016 (Jumaat)
5petang- Pasang Braces atas (Klinik Annur Bangi)

Biasa la benda baru nak buat confirm la berdebar-debar kan. tak lalu makan la ape la. nervous semacam! snap dulu gambar sebelum pasang braces dalam kereta. tengok la dah rompong dah bila gigi susu tu dah dicabut. huhuhuuu...skrg boleh senyum senyum lagi la ye..

Prosedur ambil masa dalam 30minit je kalau tak silap. kejap je doc buat. cuma dia akan pasangkan dulu besi tu lekat kt gigi dulu. then kena tunggu kt luar kejap dalam 5-10minit. pastu doc panggil masuk balik utk pasang wayar pulak.  

gigih senyum besar-besar tau. eh comel jugak gigi camni, macam ada rama-rama lekat kt gigi. kalau tak pasang wayar boleh tak doc?kah kah. tapi kan bagi aku yang sakit tu time doc nak masukkan cincin kt gigi tu. cincin tu kena pasang 4, 2atas 2bawah. sbb gigi geraham dah rapat, pastu die nak paksa cincin tu masuk kt celah-celah gigi. itu la yg rasa hazab sikit.  siap cakap, "hadoiii sakit la doc", doc balas "nak cantik kannnnnn?". sentap hokeyyyy.....tapi sakit aku tak hadam sendiri, aku luahkan. jerit je. bayar mahal kot, kena la doc ratapi perangai pompuan ni dengan tabah.

cincin gigi (ihsan google)

Ramai yang tanya kenapa aku tak buat gigi bawah sekali. sabar ye kawan-kawan, buat atas dulu, next appointment baru buat yang bawah pulak. gigi bawah tak banyak masalah, cuma nak rapatkan aje. yang byk masalah gigi atas tu. kalau atas bawah buat sekali memang Demam Panas ah aku ni. hover kan? doc pun tak dapat masukkan 1 cincin lg kt gigi bawah. liat benor kata doc. doc pun prefer utk buat next appointment. penat sgt ye doc kerjakan gigi saya ni? bahahahha.....

Masa nak pilih color apa tu kan, nurse tunjuk sample color kat aku. terus doc kata "ambil pink la, mathcing dengan baju kurung u". hehehhehe....terus aku cakap "mana doc tau sy nk pink?". "tau la u suke pink, sebab u pakai baju pink atas smpai bawah". hahahahha. utk pengetahuan doc, bukan saya je pink tau. anak beranak saya sume saya pakaikan pink arini!! (rujuk gambar atassss sekali). hahahhaa, semangat nak pink sume pon aku pakaikan pink utk bg semangat kt emaknya yang menggada ni. pasrah la ye anak-anakku..

Cost mesti ramai akan tanya bab ni. Susah nk explain, sebab ikut kepayahan dan kesukaran gigi anda utk beri kerjasama. aku cite dalam kes aku ni la ye. kalau gigi korang lagi stabil dari gigi aku ni, mungkin akan dapat lagi murah kot. 

RATE 2016
TOTAL COST = RM5,800
DEPOSIT - RM1,500
Setiap Bulan - RM150 atau lebih
Tempoh - 3 tahun

Bulan-bulan tu bayar la banyak boleh la abes bayar cepat. Deposit tu wajib. then setiap bulan bayar la rm150, kalau bulan tu dapat bonus bayar lah lebih utk cepatkan penghabisan pembayaran tu.  tak terasa sgt mahal, sebab installment macam ni aku rasa mampu lagi la kot nak bayar. kalau segedebok nak bayar cash habis, memang tak mampu la kan. tapi tapi.....harga ni tak termasuk harga scalling, xtray, cabut gigi. sebab tu sume aku buat kt klinik kerajaan. kalau korang buat sume ni kat swasta, mgkin akan kena extra charge la ye..

moga info ini membantu dan memberi semangat utk semua yang dah pasang niat utk pakai braces!!

Gud Luck!!

Thanks for reading this entry =)

Thursday, April 7, 2016

AYRAA ADEENA

0 komen
salam semua,

lama betol menyepikan diri kan?banyak cerita tapi macam bila dah terperam lama tu jadi pelupa la kan. kite cerita yang latest punya cerita dulu la ye, pastu baru update yang lama-lama sikit punya cerita. hahahah, yang ni mmg HOT FROM THE OVEN!!

AYRAA ADEENA
3 APRIL 2016 
3.00 PAGI

Kenapa aku yang lebih excited? sebab ni adalah cucu ke-3 utk atok & opah sebelah en.suami. memandangkan en.suami adalah yang sulung. kami dah kahwin 5tahun baru la adik ke-2 en.suami kawen. selama ni atok opah dok mengadap anak-anak dari kami je kan. so, now dah ada keturunan daripada anak no.2 pulak. 

kalau belah mak aku tu die dah tak heran dah kat anak aku sebab anak abang dgn kakak aku je dah 3orang cucu dia. aku tak balik pon die tak kesah, sebab byk lagi cucu die boleh hadap. tapi tang makmertuaku ni, kalau tak balik sebulan boleh buat gadoh wooo, sebab marissa dgn miqael tu je cucu yang dia ada pon. tu pun 4tahun lepas, marissa sorang je ada. itu lah pujaan hati atok opah 4tahun sorang je cucu nak hadap pon. sian kan?

Ayraa Adeena ni pun sama macam marissa, suka duduk dalam pewot. 41weeks kot! baru la ada tanda-tanda nak keluar. Marissa pun selalu tanya bila makngah nak keluarkan baby. haaaa, mak ngah dah ade baby, marissa memang tak laku lah lepas ni. selalu nya die dok mengekorrrr je mana makngah die pegi. sebab mak ngah melayan. siap dicium-cium manja dgn mak ngah. aku peratiiiiiii je... (jeles lettew).

Masuk je biras aku 40weeks, tiap hari aku whatsup dia dah beranak ke belum. tak tau kenapa aku pulak yang melebih excitednya. tau je die dah masuk labour room tu, memang aku pulak tak senang duduk. hahaha, over kan?

Dengan rasminya aku pun naik la pangkat dari title 'mak lang' (belah aku), kepada title 'mak long'. naik pangkat sikit. terasa diri ini tuaaaa!!! tak lama lagi 'wan long' pulak. uwwaaaaa!!

Mrs Hary Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template