Alhamdulillah, berjaya Fully Breastfeed adik sehingga kini
10bulan 15hari dan berharap ada rezeki adik untuk menyusu susu mama sampai umur adik dua tahun. Insyaallah.
jom ikuti pengembaraan dalam penyimpanan stok susu adik. penuh dah wehh peti ais. memang dah tak de ruang dah utk simpan barang-barang mentah utk masak. sekarang ni kalau rasa nak masak ikan ke ayam ke, aritu jugak g pasar utk masak. kalau tiba-tiba lapa nak makan nasi, memang lauk nya tak sardin, ikan bilis. tak itu, telo dadar. hahahhahaaa...apa2 yang bukan barang mentah lah. kalau lagi malas masak megi je. kalau lagi lagi lagi malas, beli je sudah!
syukur rezeki adik melimpah ruah.
memandangkan stok dah penuh, maka aku kurangkan proses pengepaman dari 3x kepada 2x. 10pagi & 3petang sahaja. Bila dah start makan ni lagi berkurang la susu adik minum pun. paling tidak pun 2-3botol setiap botol 4auns je habis. dah kenyang dengan bubur/puree/biskut/roti dan sebagainya. huh nak cite bab makan, selera adik makan macam orang besar. apa saja kau makan, kau sumbat lah kt mulot die takkan menghampakan. nganga sesaje mulot adik. tak boleh tengok mulot orang mengunyah, die sibok nak jugak. siap marah lagi kalau lambat suap. perangai siapa menurun ni?hahhahahaa....
stok yang perlu dibuang kerana expired
aritu kemas peti ais, sebab nk buat stok makanan adik. terpaksa la buang susu yang dah expired dah ni. bulan 8 punya stok. sayang sangat! tapi bila pikir stok susu mmg banyak, tak de la ralat sgt nak buang pon. fikir positif je la. walaupon dalam hati, meratapppp....huhuhu
tadaaaaa.......
kemas sikit kan?
Dah boleh buat stok puree/bubur dah utk adik. dah muat dah peti ais. yang tempat kosong atas kanan tu berhajat utk letak barang-barang mentah kalau pegi pasar. tengok la kalau rajin nak masak nanti. kalau tak nanti letak susu adik balik lah nampaknye.
aritu ada suarakan hasrat hati nak bagi susu kt anak susuan. means, cari baby yang nak susu ibu kan. tapi aku tak tau macamana cara nak cari. lagi pun bila susu kte dah bagi kt baby orang, means baby tu baby kte jugak kan. dah ada pertalian darah dgn anak-anak aku nanti. kalau boleh aku nak orang yang aku kenal. tapi en.suami kata, nak bagi orang macamana, susu dah expired! sayang kan. nak beli deep freezer, macam dah sempit sgt pulak dah dapor aku tu. takpela pendam saja la hasrat nak ade anak susuan tu..anak sendiri tak terbela. kui3
ni gambar terkini sibebot mama yang kuat makan tu. tengok la dekat tangan pegang ape. Kaya Balls uols! kau mampu?gigi tak de tp selera makan macam dewasa sangat!
sebelum2 ni balik keje, kena fikir ape nak beli utk kakak marissa makan masa otw balik rumah. sebab naik kete je, terus kakak akan tanya 'mama beli ape utk kakak arini?' kau rasa mampu nak cakap 'mama tak beli apa2?' . nak tak nak gigih la jugak fikir nak belikan apa. kadang-kadang tu gula-gula sebiji pun dah buat kakak happy. now kena fikir jugak apa yang adik boleh join makan sekali.
Kebaikan susu ibu ni memang tak dapat disangkal lagi. alhamdulillah, adik jenis yang kurang demam/selsema/batuk. mungkin berkat susu ibu kot, tu sebab adik kurang jatuh sakit. perkembangan pun cepat je. die perhati je ape kakak dia buat. lepas tu die ikut. tapi kesian, niat suci murni adik nak main dengan kakak dihalang oleh kakak. kakak tak suka main dengan adik. hahahaaa...lagi satu kakak ni jenis yang berdikari. semua buat sendiri ok je. tapi si adik ni mcm penakut-penakut sikit. bayangkan lah die takut kucing! kejang-kejang badan die tahan tak nak kt kucing. tapi aku sua juga kucing tu kt dia. bagi die berani jugak. anak jantan kot!
now aku rasa nak bawak pergi zoo, bagi die kenal sikit dengan binatang-binatang. supaya nnt die tak la terkejut tgk binatang. kucing pon dah takut, apetah lagi gajah, harimau, rusa. hah, lagi satu ada satu mainan kat umah kakak aku mcm patung rusa yang boleh duduk atas tu then enjut-enjut (gambar kt bawah tu). itu pun die takut. kejang sebadan die tahan kalau ada kat sebelah dia. suh duduk atas tu terus melalak melaung semua. memang pelok erat lah atas badan. sanggup tak kemana selagi binatang ni ada kt sebelah.
ingat nak beli satu lah. buat dia serasi berdua.
lagi satu, mandi kolam pun takut. masa pergi krabi aritu, beriya la beli sua mandi adik. beriya dah mama nak mandikan adik dalam kolam. tapi nan hado!! penakut yang amatttttt...
Kena air dah macam kena renjatan elektrik dah. sudahnya mama dengan adik duduk bersila tepi kolam. nak paksa mandi kang takut demam pulak. kolam tu ampun la lagi kan, ni bath tub kt rumah pon takut jugak! meraong melalak. kau dah kenapa adik oiiii...sudah nya mandi mandi dalam sinki je.
bolabola dalam playground mcm tu pon TAKUT jugak! kakak beriya la main turun naik gelongsor. aku tak heran pun, die boleh pergi main sendiri. si adik, aku siap masuk dalam bolabola ni, pon takut jugak. berpelokan je la dalam playground ni. sudahnya bukan anak yang main, si emak yang melebih-lebih.
macamana eh nak buatkan anak jantan ni berani sikit?buntu dah. nak paksa kang takut adik demam pulak. dia akan masa untuk serasi dengan sesuatu benda. harap-harap adik besar nanti adik berani macam kakak jugak lah ye sayangg...hehehhe