Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 5, 2015

Kisah Adik & Susu Mama

2 komen
Hari ni ada mood nak cerita pasal susu & breastpump pulak. Before bersalin dulu, aku beli jenama Lily  Eve Love ni..

masa pantang tu memang fully pakai breastpump ni. aku bengkak susu sampai 3bulan kot. orang urut pun pelik kenapa lama sangat aku bengkak susu. tapi de 2-3tukang urut yang aku upah semua pun cakap aku jenis 'org banyak susu'. heh? betul....aku tak cakap tapi dorang dah tau. Alhamdulillah, sejak marissa lagi, tapi macam biasa dulu mana ade kesedaran lagi bab susu ibu ni. tak meluas macam sekarang ni. siap ada group lagi utk ibu yang menyusukan.  tu yang lepas marissa terasa rugi tak bagi susu ibu, terus bertekad kalau ngandung lagi nak bagi susu badan sepenuhnya..rezeki la untuk adik miqael mama tersedar dari lamunan mimpi. ceh!

Masa dah nak masuk keje, setelah cuti bersalin bergaji penuh aku terus nak beli lagi 1 breastpump. sebab malas nak bawak ulang alik rumah. better beli lagi 1, 1 letak rumah, 1 letak ofis. kan senang. niat dihati nak beli Medela Freestyle. tapi rasa macam tak mampu lah. ribu-ribu, terasa berat dihati. terus lah ke pump on the go, Putrajaya. kat situ die akan bagi test semua breastpump yang ade. duduk diam2 situ, dorang akan jelaskan 1 persatu kelebihan setiap breastpump tu. aku punya kriteria yang aku nak : double pump, suction kuat, silent, portable, kecik.  ok ngam! jumpa satu yang menarik hati..

Masa miqael kat NICU putrajaya aritu sebab demam kuning, ramai la ibu-ibu pergi pam susu kt bilik penyusuan. masa kat situ aku dah buat survey dah. setiap sorang ada jenama breastpump masing-masing. Medela ade, Spectra ni ada, Eve love pun ada macam-macam jenama lah. ada yang aku tak penah tengok pun ada. macam machine gun bunyiknya.  dari situ aku dah tengok ciri-ciri yang aku nak tu ada pada breastpump sapa. terkagum dengan satu kakak tu, die pam tak sampai 10minit, nurse panggil. tapi tengok susu die dah hampir penuh botol. tak dengar bunyi langsung pun pam dia. terus lah tanya dia pakai jenama ape. yes, Spectra M1 ni la yang mengkagumkan aku. Beli la 1 untuk kegunaan masa kat ofis. lagi terkagum bila aku pakai shawl masa pam. orang keluar masuk bilik tak tau pun yang aku tengah pam. dorang cuma tanya..."sejuk ke??pakai shawl". aku hanya balas dengan senyuman je. dorang tak tau disebalik shawl tu ada apa. kikikii....sebab tu aku berani je pam dekat tempat meja kerja. takpayah ke surau or bilik fail. Lagi satu aku suka pasal breastpump ni sebab dia rechargeable macam handphone. abes bateri, charge kau bawak lah pegi mana pun. aku penah bawak pegi toilet, dah tak tahan sgt. padahal baru pam. malas nak bukak on off bagai, harung skali terus pegi toilet. buruk betul perangai. penah jugak pegi first time hantar adik pergi taska, terus ke jusco nak menghilangkan rasa rindu kat adik. bawak pam ni. sampai jusco pam dalam kete dulu, baru pegi shopping. abes shopping masuk kete pam sambil drive. ohh hebat je rasa. hahahah....tapi memang memudahkan hidop lah. eve love pun aku sayang, sebab tu la pam yang aku guna utk pertama kali untuk bagi adik susu & bawak kulur kilir kua masuk hospital. banyak kenangan pam eve love tu. now eve love duduk rumah, bila bengkak susu, masa weekend or time adik kurang menyusu aku pam kt rumah pakai eve love. sebab kena guna plug. kena la bertapa tepi suis.

 Hasil dari penyusuan susu ibu..

Disebabkan marissa susu tepung, adik hasil dari susu ibu. aku nampak perbezaan yang sangat sangat ketara. marissa kurus, adik gebu sgt. marissa masa 3bulan-setahun asyik sakit ulang alik klinik. selsema tak penah kering lah. adik selsema arini, bagi makan ubat terus esok lusa dah baik. jarang sakit macam kakak. Perkembangan si adik pun sangat cepat. meniarap masa umur 3bulan. 6bulan dah nak merangkak, buat sit up, menjulur macam ulat bulu. Marissa baju 3bulan boleh pakai sampai setahun. adik baru 3bulan dah kena pakai baju 6bulan. Nampak la perbezaan perkembangan antara dua anak. masa mula dulu en.suami macam tak nak bg sokongan sangat lah. dia kata beli pam sampai dua membazir la ape la, tapi bila die tengok anak die gebush macam ni, die pulak sebok suruh aku susu kan anak banyak kali. bagi lagi gebu. haa...baru tau penangan susu ibu.

Biasanya hasil dipagi hari macam gambar kat atas ni, sangat memberangsangkan. jadual pam aku:-

8.30 pagi
11.30 pagi
3.00 petang

semua stok susu ni pam kt ofis. kat rumah direct je. memang tak dan nak pam. Tapi alhamdulillah sampai sekarang stok masih tak putus lagi. dan hasil pada ketiga-tiga sesi tu ......
 
alhamdulillah rezeki adik..

tak de rahsia pun. tak de makan apa-apa suplemen pun. tak de makan ape. semua aku telan. tak de batasan dan tak de pantang makan ape pun. sume ditelan. dan aku bukan jenis minum air kosong bergelen. malas sgt minum air kosong. bila mengepam ni kita automatik jadi haus. tapi tak la minum bergelen berbotol-botol tu. cuma aku tengok, bila aku minum milo or horlicks susu sangat memberangsangkan. biasa masa breakfast aku akan amek milo, sebelum tido minum horlicks. tu pun jarang-jarang la minum malam. kalau sempat je aku bancuh. kalau tak, lena terus..

masa raya kan marissa tak sihat dan cuti raya aku awal. hampir 2minggu cuti termasuk cuti raya. Adik dah 2minggu tak pergi sekolah, dah biasa mengempeng je dapat susu fresh. sekali hantar taska lepas naik cuti raya. adik dah tolak susu botol pulak dah. dulu bagi stok 20auns, tinggal dalam 2auns je balance. now balance sampai 12auns, 1 plastik tu masih penuh lagi. membazirnye rasaaa!! tapi terpaksa buang lah jugak walau sayang. cikgu ada cakap adik dah tak nak nyusu sangat. sebab tu mama gigih jugak buat puree utk adik makan. kalau tak susu sgt, adik akan kenyang makan puree. hope puree tu adik makan lah. ni kalau nak tunggu mama amik petang, memang haus lah dik oiii nak tunggu susu fresh mama ni...

Lepas tu naik keje tu baru start mengepam balik. masa cuti 2minggu tu memang tak pam langsung tau. merajuk la susu 2hari. 3sesi pam tu dapat 10auns je. tapi aku buat tak tau je, sebab pikir stok kt umah ade je kan. tak la runsing sgt. tapi aku tetap pam macam biasa. masuk hari ketiga, susu dah normal balik....syukurrr!!! stay positif je...

bukan nak riak or menunjuk-nunjuk. tapi sekadar nak berkongsi dengan rakan-rakan lain....

Tuesday, August 4, 2015

Kegemaran Kakak Marissa

2 komen
Kalau ikut tahun, kakak dah 4 tahun, tapi kalau diikutkan tarikh lahir bulan Disember, kakak baru 3tahun lebih. Tapi disebabkan Malaysia ni ikut tahun bukan bulan, maka kakak kena la mengaku 4tahun jugak. Daftar sekolah ke ape, baru je genap tiga tahun hujung Disember. Januari dah kena ngaku 4tahun. Kejam je rase. Ingat lagi masa Daftar taska kakak masa 2 tahun, tapi daftar masuk kelas 3tahun. kelas 3 tahun tak dibenarkan pakai pampers dan susu dalam cawan. tak boleh bawak botol susu. aku pulak rasa macam tak bersedia nak bagi marissa berdikari macam tu. Tapi aku rasa bagus jugak belajar dari awal. tapi tak awal sgt ke? anak orang lain dah berlari anak aku baru lahir kotttt...(konsepnye)

Kakak suka segala jenis mak nenek mee, mihun, kueytiaw, spagetti dan segala yang berkaitan. kalau yang berkuah lagi lah kakak suka. Tapi paling win adalah mihun. sup/tomyam. perghh!! laju abes...

 nak peace, tak jadi. jadi no. 4 pulak..

tengok...siap hirup kuah okeh. sedap sangat ke?

Kakak dah besar, dan dah boleh diharapkan sangat. ambil surat kabar utk lapik. amek air, angkat pinggan letak depan (wlupun ati berdebar takut jatuh pecah). tapi kena la bertabah sebab nak ajar anak tolong dari awal lagi la. harap-harap lah nanti sampai ke tua nanti kakak tolong mama. ada aritu pinggan nasi marissa nak tolong angkat, aku tak bagi marissa cakap "cha boleh bawak la mama, jgn risau". sentap mak! jangan dewasa cepat sangat eh!

Boleh harap jugak kalau jaga adik. kalau adik jauh sikit dari tilam or main something, kakak lah tukang 'batu api' info mama. "mama, adik main jauhhh", "mama tengok adik main karpet", "mama tengok adik makan langsir". huh! paling win sekali, kakak boleh hidu bau adik berak...tak hidu bontot pun, tapi hidung die boleh trace okeh. terus jerit..."mamaaaaa!! adik berakkk.." aku pun jadi was-was. yeke adik berak? hidung aku tak boleh trace, aku pulak yang pegi hidu bontot adik. "haah la adik berak...", marissa cakap "kan cha dah cakap tadi,mama tak pecaye". 

Tapi kan kan...aku rasa macam kejap sangat masa berlalu. marissa dah besar sangat. dah boleh harap dan boleh dijadikan kawan jugak. lawan pun iye jugak. tapi now dah ada adik, kasih sayang kena bahagi dua lah. mama ngaku mama tak adil. adik lebih. sebab adik kecik lagi. harap kakak faham la ye. kakak kan dah besar T.T

*emo terlebih...huhuuu

Monday, August 3, 2015

Photoshoot Adrian Miqael

0 komen
kebelakangan ni rasa macam berat sebelah pulak. asyik cite pasal adik je, si kakak tak de up pulak cite pasal dia. kejam je rasa, tapi bak kata en.suami "adik bau minyak yuyi lagi"..sebab tu masih hangat lagi. takpe lah, turn adik pulak la eh kakak, dulu mama dah buat entry utk kakak banyak kot. bagi peluang la adik nak show off pulak eh eh.. 

macam biasa, cite basi baru nak cerita. Masa jalan-jalan cari baju raya dekat Jusco Balakong tiba-tiba terjumpa satu kiosk kecik photoshoot utk kanak-kanak RM20 je utk dua keping gambar. last day pulak promotion tu. eh ni kena rembat ni, rugi tau tak amek.  

Masa nak cari baju ape utk adik pakai, tanya la amoi tu. ade ke die suggest satu dress elsa utk adik. kejam ohh!! die tak tau ke adik ni lelaki?botak kot...pakai baju putih seluar biru. kau rase???perempuan ke? sentap mak...baju baby boy tak banyak pilihan, terus mintak bogel je lah. pakai topi je. baru nampak sado!kui3

sadis sangat...

memula baik, main bola tapi mata dah berkaca. sekali...uwaaaaaaaaaaa!!!! meraong. takut ke ape ke tak tau la. sampai mama kena pegang. 3-4keping je gambar main, yang lain semua gambar meratapi macam gambar atas ni. amek jugak la jadi kenangan kan...satu gambar mata berkaca, satu meraung abes.. Then, gambar main bola opah ambil nak frame kt kampong katanya. tinggal la gambar meraung ni je yang ade kat mama utk mama framekan letak kat rumah. huhuu...

balik, artis penat photoshoot, terus tidooo tak ingat dunia. 
#muahciked!!!
 
Adrian Miqael turns 6 months old

0 komen
25 Julai 2015 (sabtu)

nasiblah adik genap 6bulan masa hari sabtu. boleh la mama me-reka nak masak macam macam. beriya google tahu..lupa ingatan masa marissa dulu buat cemana. lagipun dulu xde kesedaran lagi. sama macam susu ibu jugak, tak de kesedaran, sudahnya marissa masuk taska masa 3bulan terus bagi susu tepung ke taska. coii sgt time tu, now menyesal gila rasa..kalau tak mesti marissa pun macam adik bambam kedebabomm jugak.

beriya google bagai, tapi ikut sampai menu kedua..sebab adik xnak mamam. tukar menu hari-hari. sedih mama, sebab mama beriya kt dapo buat adik tak mau mamam. mama banyak skip jadual sebab nk cari ape yang adik suka makan.

hari pertama : Bubur Nasi kosong
hari kedua : Sweet Potato
hari ketiga : Kentang
hari keempat : Nestum Beras

 adik heran pun tidak dengan makanan ni. sentap iols!

semua pon taknak! mama pun meratapi lah..mula la mama mengkaji kenapa adik tak nak makan. tanya kawan ofis bagi cadangan cuba letakkan sikit susu ibu dalam makanan tu, mana tau dia nak. mama pun gigih la balik rumah buat pulak puree labu. campur sikit susu ibu. alhamdulillah abes satu mangkuk! yes!! sebab susu ibu ke sebab adik suka labu tu manis? mana-mana lah asalkan adik dah nak makan.. nanti esok lusa mama tukar ke benda lain campur susu ibu jugak. tengok adik nak ke tak, kalau tak nak means adik suka labu. kalau adik nak jugak means adik nak mama campur susu ibu sekali dalam tu. semua pun kena buat ujikaji dulu...anak oh anak...nasib sayang terlebih-lebih, gigih la mama buatkan.

kesayangan sangat nih...sorang sikurus sorang sigedebush

 sekali adik melonjak, abes tumbang si kakak..hahahaha! 
adik 7.1kg, kakak 10kg. beza bape je pun, mau tak tumbang?

 lebih kurang dah saiznya..

kakak sayang adik, sampai orang nak pegang adik kejap pun kakak dah meraung macam ape. "tak boleh tak bolehh!" kakak jerit.  belum lagi orang tu menyakat nak amek adik bawak balik, lagi la si kakak menyerang orang tu sambil meraung macam kena pukul. macam-macam hal lahhh.. sayang pun berpada-pada lah nak oiii....tapi bila kat rumah buli si adik tak pe pulak eh?

Berbuka @ kedai bagi ramadhan 2015

0 komen
Dah entry raya masuk pulak entry puasa balik? nasib la tunggang langgang cerita.

ini je kot berbuka puasa kiteorang makan kat kedai luar dengan ciak miak anak-anak. aku nak tepuk tahniah jgk untuk diri sendiri sebab sepanjang ramadhan kali ni aku tak jejak kaki langsung dekat bazar ramadhan putrajaya ni.  semua masak sendiri, walaupun hanya lauk telor goreng tapi puas kot makan bertambah-tambah lagi ada. sbb pikir keselesaan nak berbuka luar dgn dua anak kecil? pendam kan saja hasrat tu..bak kata mak aku "makan berkilo-kilo pun tak kenyang". tangan bersilat-silat sebelah suap anak sebelah nk pegang anak. jap lg si adik tarik pinggan mama, jp lg si kakak tumpah kan air. tup-tup tgk nasi abes dlm pinggan. huhuhuu

Pergi makan kedai utk pertama kali ni pun nak hujung-hujung puasa dah. aku pun lupa bila. last minit punya planning. balik keje terus en.suami kata tak payah masak siap-siap anak makan luar. ade ke kedai yang meja kosong lagi kalau walk in camni? Teringin nak makan tomyam lah, terus lah ke Ramai Seafood, sekentut je dari rumah. kul 7 gerak rumah, nasib lah ade 1 meja kosong lagi, memang kteorang main redah je, ade kosong nasib lah. dah lah tak bawak bekal ape-ape. kurma ke air kosong ke nan hado, hakak serabut siap anak cepat2 semua tak dan nak pikir semua tu. dah tu ngaga la bila semua orang makan, kteorang makan angin je kt situ tunggu makanan.

gambar ni pun ehsan dari marissa dok ambil gambar sana sini, tup-tup dah banyak gambar macam-macam die ambil. ok gak tu, boleh buat modal entry blog. betul tak?kiki....kalau gegor tu terima je lah eh, tangan budak-budak tangkap gambar....hihihihi

gambar ayah elok je tak gegar, gambar mama dengan adik gegar seluruh alam. sabotaj ke ape? gambar makanan tak ade, sebab dah la lambat sampai makanan, makanan sampai terus baham xtunggu ape dah...termasuk lah cik photographer cilik yg xpose ni pon sebok terjah jgk..kikikiii

Raya 2015 yang hambar....sangat!

0 komen
tetibe je entry raya. 

salam semua. lama tak bersiaran secara langsung. ok arini dah janji dengan diri akan gigih update setiap cerita yang dipendam. takut lupa. dah anak dua ni, urat dah tak bersambung dan berkembang lagi dah. baik post lelaju sebelum ingatan lupus. ok raya tahun ni, seperti tajuk entry. sangat lah hambar. walaupun pada mulanya sangat lah eksaited sebab raya tahun ni adalah turn aku. tapi sangatlah banyak dugaan dan rintangan yang menghalang. ewah sgt!

Dimulakan dengan...

Kesihatan Marissa yang tidak memberangsangkan. 2hari sebelum raya, muntah-muntah cirit dan demam. aku EL 2ari sebelum hari yang sepatutnya cuti raya tau. haih. cuti oh cuti. tak tau ape salah makan ke ape ke. sebab ahli rumah yang lain semua ok termasuk adik. aku berdoaaaaaa jangan lah berjangkit ke adik. ampunnnn kalau dua-dua kena memang aku pengsan dulu. 

Mula-mula dah rasa macam dah nak tukar plan tau. plan asal Pontian - Juasseh - Nilai. rasa macam nak skip yang pontian tu, sebab jauh kt johor makan masa dalam kete dalam 5-6jam. macam tak sesuai je dengan kondisi marissa macam tu. tapi last minit macam kesian pulak mak aku dah sampai sana dan sangat mengharapkan aku balik join die skali kt johor tu.  Lagipun adik tak jumpa lagi moyang dia kt johor ni, bagi show off sikit lah. kot dapat duit raya lebih. kui3..

Aku pon packing lah segala mak nenek punya ubat dari kakak sampai la ke adik. ubat muntah, selsema, batuk, demam, ubat bontot, cool fever. macam-macam lah! 

tiba-tiba yang jatuh sakit dekat kampung adalah AKU!!! sehari sebelum raya, jalan-jalan kt bandar. marissa nak mcdonald. beli set mcChicken sebab aku hari pertama tak boleh puasa. aku pun join la marissa ngap ngap dalam kereta. berbulu je yang lain tengok. tengahari balik tido, petang bangun nak tolong mak aku masak untuk berbuka. tiba-tiba kepala pusing pening macam hape. aku bajet mungkin symptom period aku kot. tp perot menggelodak dan tekak seperti mahu melonjakkan sesuatu. elok orang buka puasa, aku dok uwekk uwekkk kt toilet. hilang selera dorang. hahaha! abang aku siap ucap 'tahniah' lagi. coiii sgt, period kotttttttt... lepas isyak tu aku dah macam tak tahan dah, asyik muntah+cirit aku ajak en.suami pergi amek injection utk stopkan muntah tu. aku tak nak merana tengah-tengah malam kulur kilir toilet. Nasib lah ade satuuu klinik masih bukak. ramai umaattttt yg sakit rupanya. mungkin sebab tu je klinik yg masih bukak kot.. dalam masa menunggu tu sempat la sedas dua muntah kt toilet dulu..

lepas inject, husband lapar nak makan mcChicken sebab terliur tengok aku makan siang tadinya. drive thru, then pergi mamak en.suami makan mcChicken tu aku minum 100plus. elok naik kete, muntah balik semua 100plus tu. tapi lega kott, 100plus tu sejukk je lalu keluar. tu last aku muntah dan perut beransur lega. alhamdulillah. baruuu nak tarik nafas lega.......balik je tido, tengah-tengah malam tu en.suami pulak dok kulur kilir masuk kua toilet. muntah + cirit. hoiii dah kenapa semuaorang ni??? sampai ke subuh. en.suami dah tak larat. terus ke klinik yang aku pergi malam tadi, tulis 24jam tapi TUTUP pulakk. raya pertama kott, ade klinik nak bukak ke? terus ke hospital pontian, 2orang je yang tunggu, tapi lamaaa ya amatttt. en.suami tak dapat nk bertahan lama-lama lagi kt situ terus balik semula. 

orang lain semua sebok bersiap nak raya en.suami dok menahan kluar masuk toilet. aku rasa mcChicken tu kot, sebab itu yang aku dan en.suami makan benda yang sama dan terus jadi penyakit ni. Raya pertama tu kteorang dok umah je lah melayan en.suami tu. klinik dah tutup. orang dok takbir raya en.suami dok terlantar je menahan sakit. Lepas ayah abg adik semua balik solat sunat raya, terus laju-laju beraya 2rumah saudara terdekat. en.suami tido je kt rumah tak larat, sebab pas solat jumaat terus nak bertolak ke juasseh, negeri sembilan pulak. Nenek aku urut-urutkan sikit en.suami boleh la die bangun mandi. tapi aku lah yang drive jejauh tu. huh! pergi bandar lagi, tengok klinik masih tutup jugak. merana la en.suami dalam kete sepanjang jalan. dah tu hari raya pertama, sape nk bukak klinik time tu? sampai ke senawang cari klinik, round sana sini dah cakap kalau xde klinik yg jumpa kita pergi je Senawang Specialist Hospital tu. tup-tup dah dekat nak smpai hospital tu baru lah jumpa satu klinik yang bukak. alhamdulillah. cakap kt doctor, tak nak ubat. nak inject je. sebab ubat aku masih ade. baru pergi klinik semalam kott. Aku kena inject kena bayar RM100 en.suami kena baru RM45 kt klinik senawang tu. mungkin siang + tak de ubat. yang aku tu mahal sebab dah malam + ada ubat.

sampai kampong Juasseh (aku drive okeh) dalam kul 8 lebih, terus masuk umah dan tukar baju mandi semua. en.suami lepas kena inject die terus tido. tak larat tak makan seharian. dan adik dah mula meragam!! melalak seantero rumah bergegor dengan suara dia. ingatkan die penat or sebab sampai maghrib2 kot. tup-tup badan adik pulak dedor....(pulak!). memang merana aku dari 2hari sebelum raya sampai la raya ke 2 tido tak cukup. ting tong sangat rasa. merengek lah adik dimalam raya ke2 tu dan demam. nasib bawak ubat bergelen-gelen tu. elok makan ok kejap, genap dalam 3-4jam start panas balik. kat juasseh pun tak pergi mana. memang duduk rumah wan tu je lah. melayan anak demam on off. Raya ketiga terus balik rumah. terus flat. elok pulak semua dah sihat bila sampai rumah raya ke 3 tu. hampeh! semua pun berperangai kan bila balik kampong??protes ke ape?

adik sepanjang perjalanan pergi dan balik duduk dalam car seat sangat lah behaved tau. keje die susu tido susu tido. ekon kete ni ade letak dadah ke hape. tangkap lentok je bila masuk dalam kete. senang keje betul. tapi ondaway balik kampong aku duduk belakang teman kakak yang tak sihat kan, masa balik aku pulak yang kena drive. dari pontian ke juasseh tu singgah kat rnr ayer keroh sekali tu je utk susukan adik. yang lain elok tido tersengguk-sengguk. bagus adik!

bosan kan raya aku? entah hape-hape ntah...tak de sekeping pun gambar raya utk aku dengan en.suami & anak-anak. sian adik dah lah raya pertama utk adik, tapi tak de kenangan langsung. tapi tak pe lah, nanti kita ajak ayah pergi tangkap gambar raya kt kedai eh. hehehhehe...

macamana raya korang?best ke? tengok orang update gambar raya berdondon bagai seronok je tengok. aku ni tak de sekeping pun gambar berdondon family. nasib lah labuuuu...

Mrs Hary Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template