26 Januari 2015 (Isnin)
Masih di Wad 2A Katil 13 Hospital Putrajaya. Csec doktor kata at least 2hari kena stay wad.
27 Januari 2015 (selasa)
5.00petang : Doktor bagi discharge. Tuhan saje tahu kegembiraan aku time tu. tak terkata. rindu marissa masyaallah!! terlalu rindu. sebab start warded 22 Januari tu memang tak dapat jumpa marissa. Kanak-kanak 12 tahun kebawah tak dibenarkan melawat kt wad. takat cakap dalam phone je la...
28 Januari 2015 (Rabu)
Stay kt rumah
29 Januari 2015 (Khamis)
10.30pagi : Nurse datang rumah untuk cek aku & baby. Nurse suruh pergi klinik petang tu jugak. sebab baby dah nampak kuning sikit.3.00 petang : Klinik Kesihatan Presint 9. Doktor refer ke NICU, sebab kuning dah tinggi. alahaiii....
4.00 petang : Pergi la NICU Hospital Putrajaya. Adik kena la stay HPJ malam tu. sendu jugak la aku time tu sebab first time akan tido asing dengan adik. sebab kt HPJ mak ayah tak boleh stay situ. kena balik dan datang time waktu melawat je. lagi lah aku sendu sendan...
en.suami kata kalau nak adik baik mama kena tabah la tinggalkan adik kat wad. kalau tak macamana adik nak sihat balik. terus aku terMotivasi kejap. tapi belakang en.suami, sendu jugak.....depan-depan saje wat macam tabah gila..hahhahahha
tapi aku tengok, kebanyakan mak yang anak dia sama dengan adik, semua pun hidung, mata semua merah. bukan aku sorang je yang sendu tak tentu pasal tau...mak yang lain-lain jugak...
30 Januari 2015 (Jumaat)
4.00 petang : kena transfer dari HPJ ke HBBR Presint 8. 2 kali dah check in situ. nurse pun nak naik kenal muka ni. aku suka, sebab kt HBBR ni aku boleh stay dengan baby. boleh bagi BF.
31 Januari 2015 (Sabtu)
4.00 petang : kuning adik dah beransur pulih dan dibenarkan balik. cuma hari berikutnya kena bawak pergi cek kt klinik. tak de keperluan untuk duduk bawah lampu biru lagi..Alhamdulillah....
1 Februari 2015 (Ahad)
8.00 pagi : Cek kuning adik dekat Klinik Presint 9
2 Februari 2015 (Isnin)
9.00 pagi : Cek Kuning adik dekat Klinik Presint 9
3 Februari 2015 (selasa)
7.00 pagi : bangun pagi, tengok seluar adik penuh darah + air. cadar & kain batik aku pun abes lenjun.8.00 pagi : terus pergi ke Emergency HPJ
9.00 pagi : Refer ke Labour Room balik untuk tengok luka Csec tu
10.30 pagi : Doktor bukak balik luka Csec yang bahagian luar tu. perghhh!!! Tuhan saje lah yang tahu jerih perih nya. melalak jugak lah. memang insaf kejap la.
12.00 tengahari : Admit balik kt HBBR. now mama pulak yang kena admit. haritu adik admit mama jaga, now mama admit, adik pulak jaga mama. sebab adik fully Breastfeed, so adik boleh stay dengan mama kt wad.
4 Februari 2015 (Rabu)
3.00 petang : Dressing dekat Wound Team. tak pakai bius okey cuci luka tu. haduii..hazab lagi sekali....Masyaallah.....
5 Februari 2015 (Khamis)
stay wad HBBR tunggu hazab keesokan hari pulak
6 Februari 2015 (Jumaat)
HAPPY BIRTHDAY to me. Alhamdulillah, syukur dpt byk wish birthday. tapi hadiah aku paling aku trauma...3 petang ni ada dressing kt luka tu untuk kali kedua. haduiiiii..memang tak lena tido memikirkan yang petang ni akan kena cuci luka tanpa bius tu. trauma...trauma!!!!Tapi, doktor ade bagitau tadi yang kalau ok dah boleh discaj petang nanti lepas dressing. cuma nanti followup untuk dressing je balik. cuma yang ngeri sikit tu bila doktor kata kalau luka tu boleh cantum sendiri ok. kalau luka tak cantum doktor akan jahit balik. perghhh!!!! gile ke hape. trauma aku bertahun-tahun kalau camni. kena Csec, tapi kena jahit sampai 2kali. ape hal......rabak perot aku wehh!! jom sama-sama berdoa agar luka Csec tu cepat sembuh dan takpayah kena jahit balik...tu je hadiah birthday aku yang paling bermakna yang aku mohon....
Oren tu je yang dapat ditelan. bukan makanan tak sedap, tapi aku tak de keberani lagi nak makan ayam or ape3 lauk selain dari lauk yang en.suami masakkan kt rumah. takut kang luka bertambah parahhh...harap-harap dalam pada aku nak recover untuk pulih ni aku dapat kurus jugak lah sekaligus, sebab bab makan aku demand kan, takut luka tak sembuhh. kuuiiii3.....
wish me luck untuk dressing petang nanti!!!!! rasa macam nak lariikkkkkkkkkk je...tapi kalau tak hadap, nanti lagi bertambah teruk pulak. trauma wehhh!!!