Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 14, 2015

Mama & Kakak Day Out

0 komen
sejak kakak dapat adik. aku rasa si kakak dah kurang dapat perhatian. bukan sikit tapi banyakkk!! sumpah, aku sendiri yang rasa benda ni. cuma sebab kakak kecik lagi, so dia tak tau macamana nak luahkan kekurangan kasih sayang tu.  start aku masuk hospital utk bersalinkan miqael tu, terus si kakak kekurangan kasih sayang. tapi marissa faham lah, dia kata 'mama sakit, sian mama'. dia nak tidur sebelah pon aku tak bagi, takut die tendang perot aku. tido sebelah adik pon aku tak bagi. bermula la perjalanan hidup kakak yang semakin terabai T.T

 "mama jangan lah marah-marah kakak"

ayat sentapan paling win sekali dalam hidop aku yang pernah aku dapat! sampai sekarang aku ingat. dan akan ingat sampai bila-bila. satu hari tu, aku decide utk bawak marissa keluar berdua dengan aku. girls day out! happykan dia balik sebagai ganti rugi kekurangan kasih sayang sebelum-sebelum ni. apa sahaja yang die mintak, aku bagi. sebut je, bagi dan bagi. aku pay attention 100% untuk dia saje. tapi dalam hati tu teringat jugak adik kat taska sana. banyak kali marissa cakap 'sian adik...mama'. 'sian adik..'. haih, saje buat mama berbelah bagi. time ni aku janji dengan diri, aku TAKKAN marah/tengking/tinggi suara. senyummm je. sebab aku nak marissa terasa dihargai dan aku nak marissa tau yang mama dia ni baikkk hati dan tak garang macam singa hari-hari sebelum ni.

pergi kedai, tanya nak makan apa? laksa. ok..ikut kan aje. marissa punya keputusan nak buat apa dan makan apa. aku ikut je.  lepas laksa, nak donut bigapple, lepas tu nak ais cream mcD. ok, ok. mama turutkan jugak. dah janji tadi tak nak marah kan? bukan abes pon makan, masuk perot mama jugak. nak membebel dah tak boleh. dah janji tadi tak nak marah-marah kan?

panjat turun naik atas meja turun meja makan. sabar-sabar......takpe, senyum lagi. kalau tak dah lama kena cubit ni. tapi aku sabar je bila aku suh turun dia tak nak turun. tak pe sabar je lagi. harini hari kakak. nak buli mama buli lah. esok lusa mama buli kamu balik. hahahaha

Kakak,

Mama sayang kakak. tapi cuma bila kakak buat perangai tu yang mama marah kakak. mama bagi perhatian kat adik lebih sebab adik masih kecik. tak tau apa-apa lagi. kakak dah besar kan? moga mama dapat bahagikan kasih sayang mama sama rata pada dua-dua anak mama.

p/s : bila jauh cmni mula la kesiankan kakak. bila dah depan mata, mula la aku meroyan balik bila kakak buat hal. insafnya kejap sangat! hahahahahhaha

Susu Mama Untuk Adik

0 komen
Alhamdulillah, berjaya Fully Breastfeed adik sehingga kini 10bulan 15hari dan berharap ada rezeki adik untuk menyusu susu mama sampai umur adik dua tahun. Insyaallah.

jom ikuti pengembaraan dalam penyimpanan stok susu adik. penuh dah wehh peti ais. memang dah tak de ruang dah utk simpan barang-barang mentah utk masak. sekarang ni kalau rasa nak masak ikan ke ayam ke, aritu jugak g pasar utk masak. kalau tiba-tiba lapa nak makan nasi, memang lauk nya tak sardin, ikan bilis. tak itu, telo dadar. hahahhahaaa...apa2 yang bukan barang mentah lah. kalau lagi malas masak megi je. kalau lagi lagi lagi malas, beli je sudah!

 syukur rezeki adik melimpah ruah.

memandangkan stok dah penuh, maka aku kurangkan proses pengepaman dari 3x kepada 2x. 10pagi & 3petang sahaja. Bila dah start makan ni lagi berkurang la susu adik minum pun. paling tidak pun 2-3botol setiap botol 4auns je habis. dah  kenyang dengan bubur/puree/biskut/roti dan sebagainya. huh nak cite bab makan, selera adik makan macam orang besar. apa saja kau makan, kau sumbat lah kt mulot die takkan menghampakan. nganga sesaje mulot adik. tak boleh tengok mulot orang mengunyah, die sibok nak jugak. siap marah lagi kalau lambat suap. perangai siapa menurun ni?hahhahahaa....
 
 stok yang perlu dibuang kerana expired

aritu kemas peti ais, sebab nk buat stok makanan adik. terpaksa la buang susu yang dah expired dah ni. bulan 8 punya stok. sayang sangat! tapi bila pikir stok susu mmg banyak, tak de la ralat sgt nak buang pon. fikir positif je la. walaupon dalam hati, meratapppp....huhuhu

tadaaaaa.......

kemas sikit kan?

Dah boleh buat stok puree/bubur dah utk adik. dah muat dah peti ais. yang tempat kosong atas kanan tu berhajat utk letak barang-barang mentah kalau pegi pasar. tengok la kalau rajin nak masak nanti. kalau tak nanti letak susu adik balik lah nampaknye. 

aritu ada suarakan hasrat hati nak bagi susu kt anak susuan. means, cari baby yang nak susu ibu kan. tapi aku tak tau macamana cara nak cari. lagi pun bila susu kte dah bagi kt baby orang, means baby tu baby kte jugak kan. dah ada pertalian darah dgn anak-anak aku nanti. kalau boleh aku nak orang yang aku kenal. tapi en.suami kata, nak bagi orang macamana, susu dah expired! sayang kan. nak beli deep freezer, macam dah sempit sgt pulak dah dapor aku tu. takpela pendam saja la hasrat nak ade anak susuan tu..anak sendiri tak terbela. kui3

ni gambar terkini sibebot mama yang kuat makan tu. tengok la dekat tangan pegang ape. Kaya Balls uols! kau mampu?gigi tak de tp selera makan macam dewasa sangat!

sebelum2 ni balik keje, kena fikir ape nak beli utk kakak marissa makan masa otw balik rumah. sebab naik kete je, terus kakak akan tanya 'mama beli ape utk kakak arini?' kau rasa mampu nak cakap 'mama tak beli apa2?' . nak tak nak gigih la jugak fikir nak belikan apa. kadang-kadang tu gula-gula sebiji pun dah buat kakak happy. now kena fikir jugak apa yang adik boleh join makan sekali. 

Kebaikan susu ibu ni memang tak dapat disangkal lagi. alhamdulillah, adik jenis yang kurang demam/selsema/batuk. mungkin berkat susu ibu kot, tu sebab adik kurang jatuh sakit. perkembangan pun cepat je. die perhati je ape kakak dia buat. lepas tu die ikut. tapi kesian, niat suci murni adik nak main dengan kakak dihalang oleh kakak. kakak tak suka main dengan adik. hahahaaa...lagi satu kakak ni jenis yang berdikari. semua buat sendiri ok je. tapi si adik ni mcm penakut-penakut sikit. bayangkan lah die takut kucing! kejang-kejang badan die tahan tak nak kt kucing. tapi aku sua juga kucing tu kt dia. bagi die berani jugak. anak jantan kot! 

now aku rasa nak bawak pergi zoo, bagi die kenal sikit dengan binatang-binatang. supaya nnt die tak la terkejut tgk binatang. kucing pon dah takut, apetah lagi gajah, harimau, rusa. hah, lagi satu ada satu mainan kat umah kakak aku mcm patung rusa yang boleh duduk atas tu then enjut-enjut (gambar kt bawah tu). itu pun die takut. kejang sebadan die tahan kalau ada kat sebelah dia. suh duduk atas tu terus melalak melaung semua. memang pelok erat lah atas badan. sanggup tak kemana selagi binatang ni ada kt sebelah.

ingat nak beli satu lah. buat dia serasi berdua.

lagi satu, mandi kolam pun takut. masa pergi krabi aritu, beriya la beli sua mandi adik. beriya dah mama nak mandikan adik dalam kolam. tapi nan hado!! penakut yang amatttttt...

Kena air dah macam kena renjatan elektrik dah. sudahnya mama dengan adik duduk bersila tepi kolam. nak paksa mandi kang takut demam pulak. kolam tu ampun la lagi kan, ni bath tub kt rumah pon takut jugak! meraong melalak. kau dah kenapa adik oiiii...sudah nya mandi mandi dalam sinki je.

bolabola dalam playground mcm tu pon TAKUT jugak! kakak beriya la main turun naik gelongsor. aku tak heran pun, die boleh pergi main sendiri. si adik, aku siap masuk dalam bolabola ni, pon takut jugak. berpelokan je la dalam playground ni. sudahnya bukan anak yang main, si emak yang melebih-lebih. 

macamana eh nak buatkan anak jantan ni berani sikit?buntu dah. nak paksa kang takut adik demam pulak. dia akan masa untuk serasi dengan sesuatu benda. harap-harap adik besar nanti adik berani macam kakak jugak lah ye sayangg...hehehhe

Thursday, December 10, 2015

Ke Kelantan Ke Kite....?

0 komen
Percutian yang ditaja penuh. Terima kasih adik ipar! hew heww

Flight jam 11.30pagi, gigih la angkut semua naik ERL pergi KLIA. tapi aku tak risau, budak-budak ni dijaga rapi kalau ada opah, atok, pakngah, makngah, ashu. ramai babysitter yang tolong tengokkan.  mama boleh rehat! gituu...

Sampai Kota Bharu 1230tengahari macam tu, terus ambil kereta sewa.  2 kereta pesona. 1 kete tak muat dah. tahun depan makngah ade baby lagi la tak muat 1kete. hihi

 amboi adik, kemain selfie...
terkejut tgk muka sendiri ke?

sian makngah kt belakang, banyak jalan dengan perut membuyut lagi. nasib la naik flight, kalau naik kete, mau patah pinggang dik non..

 terbalik la pulak, malas nk rotate!

Kami tido kt Homestay je, sebab kalau hotel kena amek 3bilik, kalau 1bilik dah Rm200/malam, 2malam dah berapa? eh eh, lupa pulak tajaan adik ipar. so kaklong pasrah dan terima je seadanya ye. tapi homestay ni bersih lah. rumah baru attach sekali dengan rumah owner dalam satu pagar. senang pulang kunci kot. hihii

Gambar homestay, ni je ada masa subuh2 seblum balik KL. tak dan nak snap gambar masa siang.  

Sarapan pagi Favourite kami sekeluarga masa datang kt Kota Bahru ni, Warung Kita. jangan tanya kat area mana. aku tak expert. guna waze lah ye. boleh abes 2bungkus ni. apesal sedap sangat ntah. memang kami repeat setiap pagi utk breakfast sini.

 makmertuaku bukan makmertuamu...

 bersungguh-sungguh en.suami makan (taip sambil telan ailio)

 my feveret ever! Roti Titab! first time rasa terus jatuh cinta.
tunggu i ngidam nnt i datang lagi ye, now sbb tak ngidam, tak de sape nak layan tekak dinosur ku ini.

Tujuan asal kedatangan ke sini adalah utk ini:-

marissa ada kawan..
 
Family Potrait Ashu..
 
moga ada jodoh, moga ikatan ini kuat dan kukuh. bertabah dan bersabar la menempuhi pancaroba hidup. salah satunya 'bakal' menantu yang luar dari negeri selangor. kalau ada jodoh, pasti akan ketemu lagi. 

tu je la trip 3hari2malam, siap ke rantau panjang, wakaf che yeh. tapi tak de gambar sebab musim hujan, sebok dukung anak sana sini tak sempat nak bergambar. tup-tup dah nak balik KL balik. Terima kasih atas tajaan penuh ini. kuar duit utk shopping dgn makan je. terima kasih sekali lagi, ada jodoh jumpa lagi =)

Warded & Operate balik ye..

0 komen
Salam semua,

lama tak bersiaran langsung. sibok mengalahkan perdana menteri bak hang. bertimbun2 cerita nak post, tapi terpendam je la dek kesibokan diri. huhuu.

ok, nak update cite pasal ayah lah dulu. pada asalnya datang teman untuk weekly checkup Rabu 11 November 2015. info doc pasal licking & bleeding yang keluar dari atas kepala ayah tu. dah lari emergency malam sebelum tu pon boleh doc suruh balik tanpa buat apa-apa. doc kata NORMAL la bleeding tu. What the Heck?? aku tau sebab emergency tak de pakar utk neuro, aku mmg dah expect benda ni. sebab tu tunggu checkup baru nak mengadu domba dengan doctor neuro tu. 

Terus doc geleng kepala, call pakar sana sini sinun, last sekali kena warded. Jumaat 13 November 2015 doctor operate balik tempat yang sama utk keluarkan plat titanium yang dipakai sbelum ni yang gantikan tempurung yang telah dibuang aritu. sebab doc kata mgkin badan tak boleh terima plat tu. pasrah je lah utk operation kali yang kedua. prosedur yang sama. cuma masa operate tu tak la lama mcam first dulu. beli plat mahal2 tup-tup kena buang pulak. sudahnya tempurung atas kepala ayah aku rompong je la mcam tu. tak de tempurung or plat lg dah. tapi alhamdulillah, perubahan yang sangat positif lepas tu.

so sejak 11 November 2015 sehingga hari ini 10 Disember 2015 ayah masih lagi dalam ward lagi. continue antibiotik selama 2bulan. iye, 2bulan ye. tapi aku tak risau, sebab aku tau kt hospital ayah dijaga lagi rapi dari kami yang jaga. sume pon nak cuak kan. kali ni aku memang tak tanya doctor dah bila boleh keluar lagi, sebab aku nak luka tu betul-betul sembuh baru balik. taknak licking or bleeding lagi, susah wehh nak jaga. sebab bila licking or bleeding, ayah akan jd lemah. nak handle kepala lagi, nak handle die pergi toilet, makan semua. fuhhh...

Nmpak perubahan sangat ketara masa lepas keluarkan plat tu. ayah pon dah boleh cakap macam biasa, ingatan pon dah memberangsangkan. hihihi. syukur. gambar kat atas tu, pada asalnya aku yang buat dressing kepala ayah tu, separuh jalan aku dah 'heng' dah pening semacam macam nak pengsan. hahahah, kelakar betol. pastu suh en.suami sambung buatkan. mak cakap masa beranak tu darah semua keluar ok je, ni sikit pon tak tahan. hahahahaha.....entah, tengok jahitan tu aku jadi pening lalat pulak siap tgk berdenyut2 lagi. huwaaaa! 

lagi satu bulan lagi ayah, sila la bertahan. rasanya doctor dan nurse kat wad ni dah kenal sangat dah aku. Anak patient yang paling cerewet dan banyak tanya dan menyebok! asal aku datang je terus serang nurse tanya perkembangan ayah. terus mintak dressing kit la, sarung tgn la, baju sesalinan la. nasib kau lah! ada satu hari tu, terserempak dengan doctor depan lif boleh doctor tu tegur aku dulu "eh eh, anak en. ehlas ye. nak kemana ni?"... see, nampak tak anak patient yang menggelepur dan banyak tanya ni! ada sekali tu aku tak hantar weekly checkup rabu sebelum tu sebab anak tak sihat. boleh nurse kt kaunter tanya mak aku,  'mana anak acik?tak ikut ke arini?selalu dia ada ikut' .. nampak tak aku ni sangat terkesan dalam hidop nurse dan doctor kt neuro tu. hahahahhaa.....anak patient yang banyak songeh! hahaha..

ok tu je la perkembangan ayah aku setakat ini. tengah tunggu abes antibiotik lagi sebulan. luka pun nampak dah kering. tunggu je la apa kata doctor nanti...

moga ayah cepat sembuh!

Monday, November 2, 2015

AYAH & ATYPICAL MENINGIOMA

0 komen
(entry ni sangatt panjang, sila baca ketika anda betul-betul ada masa yang panjang. hihihi)

Salam semua...

Harini macam ada masa sikit nak abadikan cerita yang mencemaskan kami sekeluarga. Hari-hari dalam doa aku akan sebut "jauhi lah ahli keluargaku dari penyakit yang berbahaya". tapi mungkin Allah nak uji hambaNya kan. hadapi jugak lah dengan tabah.. 

Kronologi
Ayah ambil pencen awal 58tahun. Duduk rumah sorang-sorang. then ayah jadi blur, heng dan seangkatannya. selalu lupa letak dompet mana. selalu melalut-lalut macam orang nanyok tu. sebijik! lepas tu ayah selalu kata kalau pergi makan area ofis dia tak nak. mati-matian die tolak kalau nak makan area ofis. lagi satu sekolah adik aku sebelah je dgn ofis ayah. ayah tak suka dan tak nak pegi amek adik sebab ofis die kt situ. kami sekeluarga macam pelik lah. kenapa. ingatkan sebab kemurungan kerja. sebab tu ayah pilih pencen awal dan sebab tu ayah tak nak pergi area ofis. 

mula-mula penerimaan kteorang macam marah-marah la bila ayah mula blur. bila tiap kali nak keluar asyik lupa bawak dompet. hari hari kena ingatkan kalau keluar. cuba lawan sikit perasaan tu. kteorang marah. Kami usaha cara perubatan islam dulu. risau la kalau ada yang mengganggu ke kan. Ustaz bg la air utk minum-minum sikit..

lepas tu tangan dengan kaki ayah dah jadi macam lemah. eh strok ke?? kteorang sekeluarga dah risau. bila tengok bila ayah suap makan tgn kanan makanan tak masuk mulot. berterabur makan. bawak barang guna tangan kanan, barang senget-senget mcam nak jatuh. nak sarung kaki dalam selipar makan berjam-jam. ape hal ni? kteorang macam tertanya-tanya.  

Then dalam bulan 5 ke bulan 6 kteorang bawak ayah pergi hospital swasta mulanya. sebab tak nak tunggu lama. ayah kalau penat, lagi melalut lalut dibuatnya. tapi hospita swasta tu tolak. dia tak nak amek kes ni. dia kata pergi hospital kerajaan sana ada pakar untuk psikologi. Refer la Jabatan Psikologi Hospital Sungai Buloh. Doctor buat test kemurungan. FAILED! test tu semua failed, dan ayah disahkan kemurungan TAHAP KRITIKAL. sampaikan tulis pun taknak. nama pun tak tau. ic apetah lagi. no pin bank lagi la haram. nasib la sebelum jadi kejadian ni kteorang dah siap2 buatkan account maybank2u ayah dan aku tiap kali teman ayah cucuk duit aku tengok no. pin yang dia tekan tu. sebab aku tau faktor pelupa dia tu akan menyusahkan kteorang kemudian nnt bila nak draw duit dia dan urus hal bank bagai.

Bila dah failed ujian kemurungan tu, Doctor Psikologi refer untuk buat CT Scan. nak cek kot ada wayar putus ke kenapa ke kan. Memang tepat keputusan doctor utk buat scan tu. keputusan scan tu sangat mengejutkan! Lepas CT Scan, kteorang balik. then doctor call balik suh datang hospital dengan SEGERA. kau rasa ape perasaan kteorang time tu??Doctor call suruh datang hospital dengan segera kot.. menggeletar lah kepala lutut.

Sampai hospital jumpa Doctor. 

"Puan, saya nak maklumkan yang kami detect something dekat otak ayah puan masa scan tadi"

ok, itu tak kelakar. ayah, macam biasa. tak de perasaan time tu. mak dah meraung-raung dah. ayah siap cakap "dah nak sakit nak buat camana". sambil buat muka blurrr...

Then dari situ lah bermulanya hidup sebagai pesakit KLINIK NEUROLOGI. Doctor Psikologi refer terus ke Neurologi untuk ambil alih kes.

PESAKIT NEUROLOGI

Jumpa doctor setiap minggu, tiap kali tu jugak doctor suruh proceed operate. tapi kteorang satu family macam tak ready lagi.  kami mintak masa untuk fikir dan tunggu MRI Scan bulan 2 Oktober 2015.

2 OKTOBER 2015 (JUMAAT)
kteorang tunggu MRI Scan dengan harapan ada keajaiban la berlaku. bila MRI Scan ni lebih detail dan boleh tau besar mana dan kedudukan ketumbuhan tu. Aku balik je cuti kt Krabi, esoknya terus teman ayah buat MRI Scan. time ni aku dah sebak dah. sebab aku sorang je tema dalam bilik scan tu. tapi aku cuba tabah dan kuat untuk bagi ayah kuat semangat.

 persediaan untuk MRI Scan

ayah sedikit berisi, 
sebab ubat pengurangan bengkak ketumbuhan tu menyebabkan selera makan bertambah

belah kanan tu pintu utk masuk ke MRI Scan

 sebak sgt tgk gambar ni...

 MRI SCAN settled.

Doctor kata MRI scan makan masa utk keluarkan report. mungkin seminggu. ok lah, aku pun kata nak jumpa doctor. tapi nurse kata doctor tak ade. aku cakap aku pergi makan dulu. then naik. sekali dia call kata doctor sibuk dan tak turun klinik pakar dah. ok, takpe. paham kteorang pun pergi la makan kt kafe hospital.

tengah makan. nampak sorang nurse berlari-lari ke arah kteorang. 

"kak!! kenapa call tak angkat!" sambil mengah-mengah sebab berlari.

"no mak saya tu ke? dia bz amek makan kot tadi tak dengar telefon bunyi". jelas aku

"Doctor nak jumpa akak sekarang jugak". nurse bagitahu.

ape lagi, berderau balik lah jantong ni. memang hilang dah selera nak makan. mesti sesuatu yang PENTING. sebab doctor yang pada mulanya cakap 'bz' tapi lepas tu sanggup mencari-cari kteorang sampai ke kafe. aku tanya kat nurse tu, macamana tau kteorang kat kafe. sebab tadi aku ade cakap nak makan dulu kalau doctor bz. nurse pun redah je la cari kt kafe, sebab call banyak kali tak dapat. nasib kteorang makan kt kafe je, kalau kteorang makan kt luar hospital (sebab xjd jmpe doc sbb bz kan). naya je nak kena patah balik hospital.

Doctor jelaskan yang ayah perlu dioperate segera.sebab:-
ketumbuhan dah 4.7x3.6cm. (besar tu kalau dalam tumbuh dalam otak)

bayangkan batu besar tu ada dalam otak sebelah kiri. batu tu menolak otak ke kanan. sebab tu imbangan tak seimbang dan otak kiri yang terganggu tu menjejaskan pergerakan tangan dan kaki disebelah kanan. Otak kiri mengawal pergerakan sebelah kanan. Now dah tau kenapa ayah lemah sebelah kanan. bukan disebabkan strok eh.

disebabkan tu juga otak mengganggu memori terkini ayah. means, kalau tanya dia pagi tadi makan apa, hampeh tak ingat hape. tapi kalau tanya ayah berapa orang adik beradik. asal dari negeri mana. dia ingat. kami dah seriau dah time tu. 

MRI scan tu hari Jumaat, Doctor decide untuk operate Isnin. doctor suh warded petang tu jugak. tapi aku mintak doctor bagi masa keesokkan harinya sabtu untuk warded. sebab ade 2 hari lagi sebelum operate. nak bawak ayah rest kt rumah dulu, bawak jalan makan sedap-sedap dulu sebelum operate. ayah macam biasa, tak de perasaan!

3 OKTOBER 2015 (SABTU)
Sabtu tu kteorang bawak ayah jalan dan makan dulu. ingat lepas asar baru nak hantar masuk wad. lambat-lambat sikit, tak de la ayah bosan nanti sorang-sorang kt wad. sekali tengahari doctor call tanya jam berapa nak masuk wad. risau betol kteorang lari eh?? huhuhuuu.....

Sabtu pagi tu ayah dah tanya mak jam berapa nak pergi hospital. eh eh, tak sabar la pulak ayah ni? kalau kte dah gabra dah kan..

Aku kalau boleh setiap detik dan setiap perkembangan ayah aku nak amek tahu. walau sekecil alam. kalau boleh aku nak ada setiap kali waktu melawat. sebab aku yang setujukan operate utk ayah, so aku rasa aku bertanggungjawab kalau apa-apa berlaku. aku yang pujuk ayah utk operate dan aku jgk yang cakap ayah akan ok dan sihat kembali lepas operate nanti. so ayah dah put on trust on me. so aku kena pastikan semuanya berjalan lancar. ada sehari tu masa tu dah lepas operate la kan, aku tak datang time waktu melawat hari tu sebab en.suami outstation, tak de sape nak jagakan anak-anak aku. tak dapat la nk pergi lawat ayah time tu. tp mak mertua aku pergi lawat, mak mertua pas telefon ayah kt aku sekali ayah dengan syahdunya tanya "kau tak datang ke arini?" sambil nanges teresak-esak. huhh, sebak kot!! terus makmertua suh adik ipar aku datang amek aku dgn anak-anak bawak aku g hospital petang tu jugak. makmertua tak sampai hati pulak tengok ayah aku menangis sbb aku tak datang. itu satu hari je xdtg dah menangis. nampak tak peranan aku penting kat situ utk bg ayah sokongan dan semangat?.. lepas lepas tu aku gigih ulang-alik putrajaya-sungai buloh setiap hari. TANPA GAGAL.

 4 OKTOBER 2015 (AHAD)
ok ahad datang balik. anak-anak kakak aku jagakan. bawak ayah round-round dalam wad. bagi dia jalan-jalan sikit sebelum esoknya nak operate kan. bagi happy happy. teman ayah kt hospital. rehat serehatnya.

5 OKTOBER 2015 (ISNIN)
Makmertua jaga anak-anak, jam 5pagi aku dan suami dah gerak ke Hospital Sungai Buloh. Sebab doctor kata nak operate jam 8pagi. malam tu mak memang teman ayah kt wad. sebab ayah kena puasa. takut nanti die lupa nnt die makan pulak malam tu kalau tak de yang temankan kt wad.

9.00 pagi - Doctor pakar datang buat kajian sikit kat mana nk belah siap di conteng-conteng nya kepala ayah.  Doctor bagitahu, kena tunggu bilik OT kosong baru tolak turun.

Mr. Liew (kanan sekali), pakar neuro. ni sekali je aku jumpa. lepas tu memang tak jumpa dah.
susah betul nak cari dia kt hospital. manjang je bz. 

10.00 pagi - bilik OT dah kosong dan ayah pun ditolak ke sana. semua adik beradik pun ada bagi sokongan kat ayah. macam biasa ayah tak de perasaan. ikuttt je. ntah die tau ke tak die nak dibedah.

tapi aku rasa, kteorang semua memang dah tabah la hadapi dugaan ni. kteorang pasrah je dan berserah je dengan apa yang akan terjadi. yang pasti kami nakkan terbaik utk ayah. sebab tu kami semua datang seawal pagi untuk bg semangat dan sokongan.

10.30 pagi - ayah dah masuk bilik OT. masa depan pintu bilik OT tu ada la drama. tapi sikit je la, kteorang dah janji taknak menangis depan ayah. kena kuat untuk ayah. kena tabah. sebab bila ayah tengok kteorang kuat, insyaallah ayah akan kuat semangat jugak.

10.30 pagi (isnin)  - 3.00 pagi (selasa) - Pembedahan berlangsung.

Doctor kata pembedahan dalam 5-6jam je. doctor suruh balik dulu, petang dalam kul 5-6 petang datang la balik. kteorang pun balik tido semua dulu. kul 5petang datang, tapi ayah masih dalam OT lagi.

6 OKTOBER 2015 (SELASA)

Disebabkan datang petang semalam masih dalam bilik OT lagi, pagi-pagi hari selasa aku dah terpacak dah depan bilik ICU. lega, sebab dah nampak nama ayah dekat list whiteboard ICU. means, pembedahan dah settle. tapi doc tak de jumpa family pun utk jelaskan kondisi terkini berkenaan pembedahan. tanya doctor dekat ICU dia kata, dia tak masuk bilik OT, tak tahu kes masa dalam OT. dia jaga yang masuk ICU je. kondisi utk dekat ICU boleh la die terangkan. ok fine!

Hati tu tak keruan, hanya Tuhan saje lah yang tahu. memandangkan aku sorang je yang datang pagi-pagi buta tu nak mengadap ayah. hati tu ada sikit sayup lah. berdebar-debar nak masuk tengok ayah kt ICU masa tu. Tuhan saja yang tahu. tau tau la kt ICU ni semuanya pakai mesin dan wayar yang berselirat. mula la pikir macam-macam kan. hari pertama, sebab aku datang sorang berderai-derai jugak la air mata aku. siap mintak maaf kat ayah sebab paksa dia utk operate. tak sanggup kot tengok ayah macam tu..terlentang tak sedarkan diri.

Hari Pertama di ICU. ALLAHUAKBAR....

 TAK SEDARKAN DIRI

sayunya hati.......baru keluar bilik OT jam 3pagi, kul 7pagi aku dah masuk jumpa ayah. jangan harap lah ayah nak sedar lagi time ni. doctor kt ICU explain sikit-sikit kondisi ayah yang terpaksa ditidurkan selama 44jam untuk rehatkan otak. sebab ayah operate otakkan, doctor nak bagi ayah rehat tak nak bagi otak berfikir banyak. time ni memang aku banyak berdoa dan bercakap dengan ayah. urut kaki tangan. bagi darah mengalirkan. sayu dohhh....nangis belakang pintu kejap...huhuhuuu

lepas tu turun farmasi, nurse suruh pergi beli stokin, berus gigi pesakit ICU. cehh, confident la turun terus g farmasi, main sebut je kt staff farmasi tu. farmasi tu pun dah tau la ape yang pesakit ICU perlukan kan. aku tunggu je kt cashier. sekali dia tekan tup tap tup tap RM180. whatt?? ehh ade duit tak dalam dompet ni. risau nya lahai...bajet aku, alaa..stokin, takkan la mahal sgt kan. berus gigi beli kedai rm2.50 je kan. rupanya, ICU punya berus gigi special sikit lah. stokin dia pun stokin mahal yang untuk bagi darah mengalir dan tak de darah beku kalau pakai stokin tu. nasib lahhh dalam dompet ada RM200. pagi-pagi buta tu kan, mana nak cari mesin ATM pon. ada la RM20 utk bekalan utk sarapan nanti. sadis sungguh! aku pun confident sangat macam duit dlm dompet tu berkepok kepok. 

7 OKTOBER 2015 (RABU)

Hari Kedua di ICU..

masih di ICU. ayah tutup mata. tapi..............perkembangan ayah sangat positif bila aku panggil dan borak-borak dengan ayah dah boleh angguk kepala sikit-sikit dan gerakkan jari. Lega gila kot. dah ada perasaan sikit. bila aku cakap nenek datang ni, ayah menangis. hoh! sayu nyaaaa....mata tertutup tapi air mata mengalir. sedihnyaaaaa!! 

"ayah, orang datang ni. temankan ayah kat sini, ayah dengar ayah angguk sikit"
reaksi ayah :  ayah angguk-angguk tanda dengar

"ayah, cuba gerakkan jari kalau ayah dengar orang cakap apa.."
reaksi ayah : ayah gerakkan jari.

Syukurrr sangat time tu. sambil aku urut-urut tangan dengan kaki ayah aku borak-borak jugak la. bagitahu hari apa, hari ni buat apa, siapa datang hari tu. walaupun ayah tak dapat balas balik apa yang aku cakap, tapi aku tahu ayah dengar.

8 OKTOBER 2015 (KHAMIS)

Setiap kali waktu melawat jam 12.30tengahari - 2petang. 4.30petang-7.30malam. setiap kali tu aku datang temankan ayah. aku taknak ayah keseorangan tanggung kesakitan. mungkin aku tak punya duit berkepok-kepok nak bagi, tapi aku ada kasih sayang dan perhatian yang cukup untuk berikan kat ayah. aku sanggup cuti lama asalkan aku dapat temankan ayah. nasiblah makmertua tolong jagakan anak-anak aku. bayangkan aku ulang-aling Putrajaya-Sungai Buloh setiap hari TANPA GAGAL. 500pagi keluar rumah, 730malam balik putrajaya balik. kalau makmertua tak jagakan budak-budak lagi terkejar-kejar lah aku nak amek budak-budak sebelum jam 6petang. pagi mungkin en.suami boleh hantarkan pergi sekolah. tang balik petang tu en.suami punya keje tak semestinya boleh balik sharp jam 5petang.

ada yang tanya "kau pergi buat apa, dekat ICU tak sedar pun (masa hari pertama)" eh. walaupun tak sedar, aku pasti ayah tahu aku datang temankan. cuma tak boleh nak balas je balik. tak pe aku tak kisah la orang cakap apa. beriya - iya sangat sebab apa. sebab aku yang paksa ayah operate! aku kena bertanggungjawab. aku kena tunaikan janji aku yang aku akan temankan ayah dan bagi semangat sepenuhnya. 

hari ketiga ni, ayah dah boleh gerakkan siku. dia dah boleh selesakan kedudukan siku. boleh bercakap sikit-sikit. tapi sebab ada tiub oksigen dekat dalam mulot. macam terbatas sikit nak cakap banyak pon. mata pun boleh bukak sikit. Doctor kata perkembangan ayah sangat positif. ubat tidur 44jam pun tak sampai 44jam ayah dah mula sedar. hari ketiga dah boleh gerakkan siku. lega sangat!!

9 OKTOBER 2015 (JUMAAT)

Jumaat pagi, doctor dah bukak oksigen kt mulot. pakai tiub hidung je. wayar pun dah banyak yang dah dibukak. Syukurrr sangat! ayah dah boleh borak borak sikit. 

Petang jumaat tu, dah ditolak ke wad biasa dah. boleh dibawah pemantauan dekat wad sahaja. lepas tu doctor tak bagitahu ayah dah ditolak ke wad biasa. aku tiba-tiba masuk tengok tak de ayah kt katil no. 2 tu. sekali keluar nama ayah pon dah dipadam dekat whiteboard tu. tanya guard, dah naik wad masa bukan waktu melawat tadi. kenapa tak bagitahu??

10 OKTOBER 2015 (SABTU)

semua wayar dah cabut. jarum kat tangan pun dah semua dibukak. tinggal tiub oksigen hidung je tinggal. masih nampak lemah. makan pun disuap. kalau ditengok jahitan atas kepala tu ngeri ya amat. macam rail keretapi pun ade. tapi bila tanya sakit ke tak, ayah jawab tak sakit pon. yeke tak sakit?ke nak selindung dari kteorang kata tak sakit padahal....

oh ayah dah tersenyum kembali. Alhamdulillah, syukurrr sangat!

Sabtu Ahad memang ramai kawan-kawan, jiran tetangga yang datang melawat. ayah masih boleh kenal semua yang datang. kena perlahan-lahan la ingat ye. memori yang lama ok je, memori terkini tu kena perlahan-lahan cover balik.

11-14 OKTOBER 2015 (AHAD-RABU)

Pemantauan doctor di wad 7B Neurosurgeri, Katil 3. setiap hari datang setiap tu jugak ada perkembangan terbaru. oksigen dah bukak lah, ayah dah duduk la. ayah dah suap makan sendiri la, ayah dah pergi toilet sendiri la. wah, kagum ok. syukur sangat ayah boleh jaga diri masa dekat wad. nak tunggu aku datang time waktu melawat utk suap makan semua memang lapar lah dibuatnya. sekali datang tengahari tu, tengok ayah tengah makan lauk hospital. kagum sgt! selera pun boleh tahan jugak...

15 OKTOBER 2015 (KHAMIS)

Pagi khamis ni doctor bukak stapler dekat kepala ayah tu. then tengahari tu doctor bagi balik rumah. eh eh! cepat sangat ni. baru je bukak stapler, tunggu la dulu 2-3hari dulu, tengok kondisi lepas bukak stapler tu. tapi ayah dah tak senang duduk dah, sebok nak balik. ok lah, jom balik.

16 OKTOBER 2015 (JUMAAT)

memang dikawal oleh mak dan adik dekat rumah.

******************************************

mula-mula tu perkembangan ok je, tak de masalah. tiba-tiba 21 Oktober tu ada licking dekat atas kepala. air keluar banyak gila dari lubang kepala tu. habis basah toto dengan bantal. nasib lah pagi tu ada appointment doctor neuro. kena jahit hiduphidup okey. aku tanya sakit tak, ayah cakap tak sakit. mungkin sebab luka tu gatal kan, bila kena jahit tak rasa kot..kot lahhh..aku tak tau bukan aku yang kena jahit tu. now, ayah tak boleh ada licking lagi air tu. ada la 3-4kali licking air bila tidur malam. mungkin sebab baring ke ape ke aku pun tak pasti. takkan nak tidur duduk pulak kan?

sabtu lepas 31 Oktober 2015 aku balik sungai buloh tengok ayah dah sihat. dah boleh urus diri sendiri. mandi sendiri, makan suap sendiri, solat boleh pulak angkat kerusi makan masuk bilik utk solat duduk kt kerusi. jalan pon dah laju semacam je. dah stabil sepenuhnya. tapi aku perasan bila ada licking air tu keluar time tu ayah nampak lemah sikit. jalan pun terhuyung hayang. bila air tu dah abes keluar, ayah ok je macam biasa. aku harap ayah dah ok sepenuhnya la. jangan nanti licking air balik, ayah jadi lemah balik. 

Sekarang cuma teman ayah setiap hari rabu jumpa doctor neuro untuk cek jahitan. seminggu sekali jugak ada physio, ajar ayah cara pegang sudu, cara pakai butang baju, cara jalan. semua kena ajar balik doctor kata lepas operate otak, ayah macam baby baru lahir. semua kena ajar balik. 

20 NOVEMBER 2015 ni doctor akan buat MRI Scan balik. tengok ada lagi ke tak sisa sisa ketumbuhan tu dalam otak tu. harap-harap semuanya dah dikeluarkan lah. aminnnnn....

ni la entry aku yang paling panjang dan paling lama tersimpan dalam draf sebab banyak kali stop sebelum siap sepenuhnya. jenuh la korang scroll dari atas baca sampai abes eh. terima kasih semua atas sokongan dan dorongan kawan-kawan dan jiran semua. doakan yang baik-baik saja ye. 

thanks for reading!!

Mrs Hary Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template