Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 8, 2014

Baby : 4D Scan #32weeks

Akibat daripada merajuk dengan klinik checkup selalu taknak scan baby dalam pewot, maka aku pun ajak lah en.suami pegi scan sendiri. 4D Scan lagi, baru puas hati aku. yela, dah nak masuk 3bulan dah doktor taknak scan masa checkup. pelik je, aku dah siap request kot "doc tak nak scan perot saya ke harini?" doktor kata "tak...". 3kali checkup dah doktor tak scan. tiap kali tu jugak lah aku tanya. tapi tiap kali tu jugak hampa..

Gigih la aku google laju-laju nak tengok klinik mana yang review dia best pasal scan 4D ni. Keluar lah Klinik Jameaton, Sri Kembangan. Ok lah tu dah dekat jugak dengan rumah. Semalam, Ahad 7 Disember 2014 aku booking untuk scan 4D. 
 
Kami dari rawang rumah makmertua laju-laju pegi klinik sebab dah booking nama je, tapi time tak boleh booking. sape cepat dia dulu, gitu konsepnya. Klinik bukak sabtu ahad khas utk Scan 4D or Details Scan sahaja. Sampai dalam jam 11pagi macam tu, intai tengok ada 1pasangan je yang tengah tunggu utk masuk bilik doktor. laju-laju lah aku register. Lepas aku register, berduyun pulak yang datang. ada la 4pasangan. Nasib lah aku cepat seminit! kalau tak, bernanah lah tunggu kan. Satu pasangan scan makan masa 30minit jugak kan..

Hasil 4D Scan

Sayup betul hati mama tengok kamu baby. jelas dan nyata tau. puas hati mama dapat jumpa kamu jugak walaupun kena bayar sikit la kan. Dah doktor yang free tu tak nak bagi mama jumpa kamu. Alhamdulillah, doktor bagitau...Jantong Ok, Buah Pinggan Ok, Hati Ok, semua pun nampak normal. Syukur! Now baby 32weeks dah 1.8kg. tunggu masa je untuk kamu keluar. mama tak paksa kamu keluar tau. tapi kalau boleh 37weeks tu kamu keluar lah elok-elok tanpa paksaan ye. mama tak nak tunggu lama sangat macam kakak marissa sampai kena tunggu 40weeks 10days baru dia nak keluar. Mama tak sabar dah nak cuti 3bulan bergaji penuh dengan kasih sayang. bahahahah!!

Apa yang aku boleh cakap bila dah 2nd baby ni aku lebih BERSEDIA dari segi mental, fizikal, emosi. Sebab kekurangan atau kelemahan yang aku penah buat dulu masa 1st pregnancy tu aku perbaiki masa anak kedua ni. aku taknak ape yang terjadi masa dulu berulang. Contohnya:

1. Siap beli breastpump! dulu masa marissa, menggagau g cari pam kt hospital. sebab marissa masuk NICU sebab marissa tak nak sucking. memang ilmu bab menyusukan tu ZERO! tak tahu langsung. tak buat research langsung! now, mama dah siap beli double breastpump electric, siap ice pack, storage bag. Ilmu jugak dah diasah dah. siap beli DVD Penyusuan, cara penyimpanan, cara pengepaman, semuanya insyaallah mama dah READY.

2. Keperluan Baby Lengkap! masa marissa, boleh dikatakan hari-hari en.suami pegi Kedai Manjaku. Kejap beli Breast Pad, kejap beli pampers, kejap beli pad, kejap beli tisu basah, kejap beli minyak yuyi. masa belum keluar macam tak tau nak beli apa. bila baby dah keluar baru tau ape yang baby perlukan. so 2nd baby mama dah get ready semuanya dah! no worries, insyaallah takkan pegi Kedai manjaku hari-hari lagi dah.

3. Keperluan Mama! Pilis, Param, Bengkung, Stokin, Cardigan, Kain Batik. semua dah beli awal. kalau dulu, dah beranaks baru lah terhegeh3 lah suruh en.suami pergi beli Pilis Param tu semua. Aku dah tau aku suka bengkung jenis macamana, so aku siap suruh mak aku jahitkan 2helai siap. satu basuh satu pakai. Aku suka lah berpantang cara tradisional ni. berurut, pakai pilis param, mandi air daun,pakai stokin, minum air halia, makan kena catu. suma tu aku suka. serius! sebab aku tau aku boleh kurus time aku pantang tu je pun..dan aku menghargai momen-momen layanan sebagai seorang puteri diraja. Keje rumah takpayah buat, tapi orang tatang kita bagai minyak yang penuh. sukasukasuka!!

4. Planning lepas bersalin lagi teratur. Aku dah bincang dengan en.suami. Bersalin kt putrajaya. duduk putrajaya dulu, settlekan surat beranak, settlekan hal anak dengan hospital or klinik dulu. dalam seminggu or lepas semua hal dah settle, baru lah aku akan dihantar balik ke rumah mak dekat Sungai Buloh. Masa marissa, kelibut betul. marissa keluar NICU, settle surat beranak, marissa kena kuning masa kt putrajaya, pastu sebok nak balik sg.buloh pastu tukar-tukar klinik time cek kuning. pening betul lah! serabut rasa...pastu tak report kt klinik yang selalu checkup yang kata dah beranak. kena marah dengan nurse. pastu en.suami lupa tarikh nurse bagi utk 1st checkup time marissa 1bulan.

Panjang pulak aku membebel pagi ni. dah penat lah taip, nanti lah sambung lagi eh. kesimpulannya, aku sangat-sangat ready dah untuk 2nd pregnancy ni. semua yang aku rasa tak lengkap masa dulu aku dah perbaiki dan harap-harap tak ade yang aku lupa nak buat lagi. cuma yang aku rasa pening memikirkan sekarang adalah masa aku bersalin nnt sapa nak jagakan Marissa?? perlu ke aku hantar rumah mak mertua or mak aku? tapi dorang keje kot. takkan lah aku nak hantar sana, sape nak jaga marissa nanti?kalau marissa duduk dengan aku pulak, tetibe kang jam 12tengahmalam aku nak terberanak, sape yang nak jagakan marissa? takkan nk hangkut pegi labour room jugak kot?? takkan la en.suami jaga anak, aku macamana??aku taknak beranak sorang-sorang....uwaaaaa!!! dilema lahhh......

Mama Love You Both, Marissa & Baby
hugs & Kisses

0 komen:

Post a Comment

0 komen on "Baby : 4D Scan #32weeks"

Post a Comment

Mrs Hary Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template