Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 24, 2014

Usaha Tangga Kejayaan

Salam Jumaat,

Berkat hari jumaat yang mulia ni, ditambah pula esok Maal Hijrah. Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran akhirnya berita baik yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Mungkin juga rezeki baby dalam perot ni jugak kot. Seperti mana yang korang tau dalam entry lepas-lepas aku ade cerita bab  yang mana date fly ke Hong Kong adalah sama dengan due date aku bersalin. Bajet macam nak bawak marissa pegi Hong Kong Disneyland main-main kat sana januari tahun depan sambil sambut anniversary dekat sana sekali, tapi belum sampai rezeki kami sekeluarga lagi untuk ke Hong Kong. Kami di'kejut'kan dengan kehadiran orang baru Januari nanti. 

Dengan bersungguh-sungguh lah aku tanya sana sini bab untuk refund balik duit yang dah dilaburkan beli tiket utk kami bertiga ke Hong Kong tu. Biase lah syarikat penerbangan "tu" tak bagi no. telefon hotline untuk tanya bab-bab gini. suma pun kena tanya guna form.  kena usaha lah sendiri kalau nak duit tu dikembalikan. Aku pun mengkaji lah website syarikat penerbangan tu utk tau lebih lanjut bab refund kan. jom aku kongsi cara kalau-kalau korang pun sama nak refund balik duit atas sebab pregnant or kesihatan.

Usaha bermula  pada 17 Julai 2014 dan selesai pada 24 Oktober 2014 ( 3bulan++ )

Step 1 : Time checkup, mintak doktor bagi surat pengesahan pregnant. 

Step 2 : Isi e-form yang ade dalam website. Attach sekali Surat Doktor tadi, Salinan Cover Depan Buku Pink (pregnant). cerita lah ape masalah korang dalam column 'feedback' tu.

Bab ni dorang reply yang aku tak layak untuk refund. tapi layak untuk Credit Shell. aku pun isi form balik untuk apply Credit Shell pulak.

Step 3 : Isi form balik mohon Credit Shell. Case Category tu piliha selain dari REFUND

Bab ni pulak dorang reply yang tak de pengesahan yang Husairy tu suami aku, marissa tu anak aku. nak sijil nikah, ic  lah. ok, mak dah stress!! ok, bersabar dan teruskan dengan step seterusnya dengan tabah...........

Step 4 : Isi form balik dan attach pulak IC dengan kad nikah untuk perakuan SUAMI & ANAK.

Sampai sini dah ingat settle dah. rupanya tidak yer....ade lagi benda yang dia nak...sabar dan tabah lah lagi isi form lagi.

Step 5 : Isi form lagi dan info member number dan web user ID untuk dorang masukkan Credit Shell tu.

Berdoalah yang korang berjaya dapat Credit Shell tu. ok now nak cerita Credit Shell tu ape. Credit Shell tu korang tak dapat CASH. tapi dorang akan masukkan dalam akaun web Syarikat Penerbangan  korang duit tu. then korang boleh pilih mana-mana dan bila-bila masa yang korang nak pergi dengan harga yang korang layak dapat tu dalam masa 90hari korang kena booking sebelum BURN. Tapi jangan lah korang berharap dapat Credit Shell tu sama harga dengan korang beli dulu. Dorang yang decide berapa yang korang layak dapat. Macam Insurans, Airport Tax, Fuel Surcharge tu semua korang tak layak dapat balik eh. jangan perasan!huhuhu..

Total yang aku bayar time booking dulu.. RM1,342.00 (2dewasa+1Kanak-Kanak)

Total Credit Shell yang aku layak dapat.... RM625.00 sahaja
 
Boleh lah daripada aku burnkan begitu sahaja kan, biarkan seat kosong tanpa penumpang lagi lah sakit hati. betul tak? At least aku dapat half dari ape yang aku bayar dulu. kire untung jugak lah tu. So now, aku ada masa 90 hari untuk booking kemana-mana destinasi dan bila-bila masa dengan harga yang aku layak tu. tapi otak aku tak berfungsi buat masa sekarang. sebab aku tak bersalin lagi kan, aku tak pasti nak baby ke tak, kondisi aku lepas bersalin nanti macamana. tapi yang pasti aku kena booking sebelum aku bersalin. kalau nak bawak baby pun kena lah besar sikit, takkan lah baru lahir dah nk bawak naik flight kan, kasi baby besar sikit la kot. Valid sampai 22 Januari je tu, aku bersalin 30 Januari (insyaallah). Tengok lah nanti aku fikirkan sehabis baik dulu nak pergi mana dengan 2orang anak nanti. jangan mengandung lagi nanti sudah. jenuh pulak lah nak apply credit shell ni balik. keh keh keh!

harap korang dapat sedikit sebanyak info dari aku. Jenuh tau nak main form-form dan reply-reply by email dengan dorang ni. kena tabah sikit lah, tu yang sampai 3bulan baru settle ni.Aku hampir-hampir putus asa ok. Tapi berkat kesabaran, berbaloi juga akhirnya. Alhamdulillah =)

jom fikir nak fly kemana........anak-anak mama! (huhuuu)

0 komen:

Post a Comment

0 komen on "Usaha Tangga Kejayaan"

Post a Comment

Mrs Hary Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template