Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, March 10, 2014

Erk??

0 komen
Episod : JUJUR sgt lah pulak..

Kejadian pagi tadi

7.00pagi nak turun lif rumah. satu je lif berfungsi. satu lagi tak tau lah ape masalahnye. bila dah satu lif je memang lah akan sesak dan akan melambatkan. Lif yang berfungsi tu pun macam-macam hal jugak. sampaikan aku kena tekan NAIK baru boleh masuk. kalau TURUN memang penuh sentiasa. apakah????!

Tekan utk naik dan kami pun naik lif sampai ke Level 12. lepas tu dia boleh turun pulak berhenti setiap tingkat. walaupun tak de orang. Pffffftttttttt! mungkin jgk orang lain lama sangat tunggu lif, dorg pegi turun tangga. natijah nya kami yg dalam lif ni kena stop setiap level. berpeluh3 dalam lif. dan ramai jugak yg naik sbb satu tu lif tu je yg jadi harapan semua orang pun kan.

Dalam kejadian reramai dalam lif yg padat tu, di keheningan kesunyian dalam lif tu tiba-tiba ada bunyi.....Proooottttt!!!!! uh...apakah? aku dah macam nak salahkan sape lah kentottt neh. tak de adab betul. "detik hati". tiba-tiba

"MAMA......SHISHAAAA TETENTUT PULAKKK"
(mama....marissa terkentut pulak)

hoiii...jujur sangat lah pulakk dalam lif yg padat tu. sume pon pandang marissa & gelak. memang tak tau nak tutup muka mana dah. kemaluan tahap maksima punya. Jenuh mintak maaf kt semua yg ada dalam lif. selamat lah tak de B.A.U! jenuh pulak nak tunggu sampai level G...

nanti mama ajar bila masa nak jd terlalu jujur dan bila masa tidak perlu....haih!

Adrianna Marissa @ 2years2months16days

Kenapa tak nak pegi school??

0 komen
Rabu 5 Mac 2014

Kenapa tak nak pegi school? Jarang berlaku ni first time.
Suruh mandi tak nak, dah puji cantik bagai pun taknak mandi jugak.
kenapa?
dah bergadoh gadoh pagi tu, last-last aku first time tinggalkan aje marissa kt rumah dengan ayah dia. biasa lah en. suami pegi keje lambat sikit.

macam berat hati jugak nak tinggalkan. tapi marissa siap bye-bye aku lagi time aku kt pintu sambil pelok-pelok ayah dia & tengok cartoon. saba je lah! Dalam hati tu macam "eh boleh ke laki ku siapkan anak bawak g sekolah ni" ..macam3 bermain diminda. Selalu aku yang buat kan, tapi bile sesekali en. suami kena buat kire agak terharu jugak lah. walaupun banyak kali call tanya itu ini..botol bawak tak, susu macamana,beg, kasut mana nak pakai. aduduuuuu..tapi takpe, kalau en.suami tak belajar sekarang bila lagi ye dak? bia die rasa pulak ape yg aku buat sebelum nih. hikhik

Then, en. suami send gambar ni...

amboi..
bahagia sangat nampak tu sampai tutup-tutup mata. siap bagi jajan TAM-TAM. ni nak marah nih. pantang betul lah bagi anak makan jajan pepagi buta. selalu kalau pegi school ngan mama dia ni at least biskut je. ni sampai jajan-jajan ni nak kena nih. haihh!

Kira anak dah selamat sampai sekolah tu kira bagus jugalah en. suami. patut diberi pujian sebab:-

1. Kemas tempat tidur
2. Buang sampah
3. Mandikan marissa
4. Siapkan pakai baju school
5. Ikat rambut (kahkahkahh! selalu en.suami ngelat bab ni sbb kata tak reti)
6. Terpaksa pegi keje naik kereta (selalu naik motor sbb jem)
7. anak selamat smpai school (ingat lagi rupanya jalan ke taska dah bertahun tak hantar/ambil anak)

bila rutin harian en.suami telah bertambah. kagum kejap! sekali dalam bertahun kot. syukur anak selamat sampai school. kahkahkahhhhh!

p/s : terima kasih b, tolong mama hantar anak.....

Friday, March 7, 2014

Terlebih rajin namanya

0 komen
Perasan tak bila balik dari kerja luar, holiday kt negeri orang ke overseas ke kan. mood rajin masak tu tetibe mendadak? eh ke aku je? tapi balik dari sarawak tu, esoknya aku terus pegi pasar beli barang mentah.  mungkin jugak aku merindui masakan air tangan aku sendiri kot. sendiri masak, sendiri tau la selera tekak kan. mungkin sebab lah kot.

pegi pasar sekali jumpa ... eh ehh... ketam lah. encik crab. macam sedap je. nak masak ape eh. alang-alang dah kat pasar, beli santan segar terus. aku tak berapa suka masak guna santan kotak sangat. tp kalau dah terdesak pakai jugak. tapi aku lagi suka kalau beli santan, masak terus. tak de simpan peti ais bagai-bagai dulu.

Jadilah  

Ketam Masak Cili Padi 
resipi ikut suka hati

Bahan-Bahan:-

1. Ketam (siap potong kt pasar sonang kojo)
2. Cili Padi
3. Kunyit Hidup
4. Serai
5. Daun Kunyit
6. Santan
7. Asam Keping
8. Garam

Mak aku marah betol kalau orang masak cili api guna bawang. 
dia kata orang nogori masak cili api tak guna bawang resipi turun temurun wan aku.
so klu die tau aku masukkan bawang, berangin je mak cik tu
sebab aku dah mengolah resipi turun temuran dia. kehkehh

Cara-cara:-

* Tumbuk cili + Kunyit + serai titik sikit
*Masukkan dalam kuali bahan tumbuk, santan, Asam Keping
* dah mendidih masukkan ketam, Garam, Daun Kunyit
SIAP!

Mudah kan?tapi aku kalau masak cili padi aku akan fokus masak dia saje. sebab taknak santan pecah minyak. kena gaul sepanjang masa. dan api adalah sederhana. punya lah beriya tak nak kasi santan pecah minyak. hehehe

Lepas siap masak lemak ni aku cam fikir sejenak ape aku nak masak lauk sampingan lain. takkan nak goreng telur je lagi. macam bosan kan. kata tengah rajin....last skali ni jadinya..

Telur Sambal Goreng

Bahan : -
1.Telur
2.Cili Blender (Bwg putih, merah+cili kering)
3.Garam
4.Sos Cili

Cara : -

*Goreng Cili Blender macam nak masak sambal
* masuk garam, sos
* Masukkan Telur
SIAP!

Settle 2 lauk simple. Sebab nak jadikan Ketam Hero kan, tak boleh masak lauk lebih-lebih nanti dilema nak makan lauk ape dulu. (dasar pemalas).

Macam hari ni, Dasar pemalas dah sampai. SEMINGGU dah makan malam TAPAU kedai je. Mood Malas menyerang. kahkahkahh..nasib lah labu....
                  
Wednesday, March 5, 2014

Kuching, Sarawak (22-25 February 2014) - Part 6

0 komen

Janji ni last entry.
Pegi 4hari tapi episod sampai enam. ape ntah aku bebel pon aku tak tau. 

Makcik yang sebok kesana kemari. mata aku ni tak boleh leka sekejap sesaat pon tak boleh. meliar je mata ni tengok dia kemana. takut lah kan sekarang kes macam-macam. marissa plak bukan jenis yang duduk diam. tapi bagi aku takpe. bia die aktif time ni. nanti naik flight PASTI dia akan tido kepenatan.  Jangkaan ku tepat belaka. elok naik flight, bagi susu tido terus. tak berlepas pon lagi. baru tengah tunjuk cara pakai jaket keselamatan. bagus! senang mak kau..

Sampai je LCCT, naik bas, Then naik ERL. Sampai lah rumah...

Jom cerita bab MALANG Tapi BERTUAH utk trip kali ni.

1. Hotel Pullman. dah cerita di entry sebelumnya kan. Sebab Under Maintainance punya bilik dapat Upgrad bilik yang ada Bath Tub.

2. Kereta Sewa. Booking Ahad pagi. dah call sabtu malam janji jam 9pagi nak hantar. tunggu punya tunggu...punya tunggu. tak datang. call tak angkat. nak pegi Pasar Serikin ni. pasar tu dah la jauh. pegi lambat tengahari dah tutup. Sebab ni la kteorang tak dapat pegi tau. sebab kereta sewa! lepak bilik lepas breakfast kt hotel. google kereta sewa lain. tapi aku msg kat owner kereta sewa tu berbunyik...

"Jangan buat saya tertunggu macam ni, kalau ada cakap ada. kalau tak ada cakap tak ada. ni call tak nak angkat."

dari jam 9pagi sampai jam 11pagi tau tunggu. lama kot. memang melepak dalam bilik je sementara tunggu kereta tu. baru die reply bagi no. phone budak die yang hantar kereta pd kami. en. suami pegi turun tengok kereta telah di UPGRADE dari VIVA ke SAGA! hah..

tak mintak pun, tapi owner kasi upgrade mungkin sebab rasa bersalah tu kot. lepas dapat kereta boleh pulak die call aku balik tanya kereta dah dapat belum. memang TAK lah aku cakap. En. suami yang angkat phone. aku memang tangkap hanginn satu badan. kalau aku yang cakap memang berasap handphone ku itu nnt. kehkehhh..emo tlebih. 

sebab DIA lah kteorang tak dapat pegi Pasar Serikin yang bukak Weekend je tu. tak sempat dah kejor dah. takpe, ada hikmah sebaliknya tu. sabar je lah. nak hantar kereta kt airport balik pon aku suh en. suami je yang call. aku MALAS nk cakap dengan orang yang mungkir janji tu. emo lagik..

3. Sehari sebelum fly, check in guna web check in. tangan gatal click kt MEALS. jumpa lah makanan FREE yang tak payah bayar. (dah cite entry sebelum ni kan). Nasi 3 bungkus siap air coke 3 jugak. amek je, tak de lah aku bagi marissa minum coke tu pun. dia tido kan sepanjang perjalanan dalam flight tu.

4. Tiket Balik. Masa pegi duduk belakang skali kan? sebab kosong. tapi balik ke Kuala Lumpur, memang PACK sampai belakang. tak de peluang nk duduk bertiga sederet. seat tepi tingkap aku letak marissa duduk sekejap sebab tengah susu. then apek yang sepatutnya duduk situ bagi marissa duduk situ, die duduk tempat en.suami. ohhh so suweet.....terharu lah. muka macam nak cari gaduh...tapi baik hati rupanya. banyak kali jugak lah kami cakap terima kasih kt apek tu. dapat duduk bertiga tanpa sebarang bayaran Tambahan!weehuuuu....

Sebagai menghargai jasa apek tadi. aku kan ade book makanan yang FREE tu kan dapat 3 set skali air kan. ingat tak?entry sebelum ni ada cerita jugak. satu set utk marissa tu kami bagi apek yang baik hati bagi seat dia. dapat lah nasi, coke & mineral. dia pulak berterima kasih beriya. tapi apekedehal....FREE je pon, bukan kami bayar pon. kehkehhh.

5. Sampai di KL, menuju ke Shuttle bas utk ke ERL. Tiket bus & train kena beli dekat bas. Tapi masa kami nak bayar, dorg suruh naik dulu. sebab shuttle bas lagi satu dah smpai nak amek park bas kt situ. kami ni pun terkocoh-kocoh la naik. ade la dalam 6-8 orang termasuk kami. duduk depan sekali tu. seronok nak tengok depan. bas kan tinggi kan. Sampai ERL nak bayar, dia suruh turun dulu ambil beg. bila ambil beg dia kata cepat tren dah tunggu. dia memang tak nak duit kottt?????

6. Memang train ERL tengah berhenti kt situ. sume orang pun terkejar-kejar train. tapi kteorang ni rileks je. sebab nak terkejar-kejar pun kau ade anak kecil dan beg berbeg-beg. nak kena naik lif. orang lain berlari-lari naik eskalator. Aku cakap kt en.suami, takpela..klu train tu dah jalan. kte tunggu next train. terkedek-kedek la kami ber3 naik lif yang semput-semput alam tu. sekali "eh ehhh...train ni tunggu kte lahh b". tak tau la kalau memang tunggu aku atau memang train lama kt situ. tapi masa dulu pegi KLIA pegi langkawi haritu. bukak tutup pintu je bila tak de orang. tak de la sampai berhenti lama camtu sekali. mesti orang dalam train tu bengkek ngan kteorang yang kedek-kedek nih. nasib lah labuuu....hahahahha

Bagi aku ni holiday yang sempoi dan pembawa rezeki. seronok walaupun pada mulanya macam malas dah nak pegi. tapi bila dah balik, rasa nk pegi balik...sebab ...... RJ AYAM BAKAR tu punya pasal  T.T

ok, dah abes cite pasal Kuching, Sarawak. Next trip nanti pulak eh.

TammaT 

Kuching, Sarawak (22-25 February 2014) - Part 5

0 komen
AMARAN: -
entry ini penuh dengan Makanan yang terSedap. sila tekan butang (x) jika anda sedang berpuasa atau tidak tahan dengan godaan nafsu makanan. (owner blog yang tengah taip pun boleh tergoda dan telan air liur byk kali utk settlekan ini entry)

#NO. 1 - KEK LAPIS
Lupa nak letak gambar kek lapis utk entry sebelum ni. ni je yang sempat snap. dah siap potong untuk kasi kawan-kawan opis. 4 jenis semuanya. Yang ada warna merah tu nama die Kek Lapis "DATUK K"...kahkahkahhhhh!

 # NO. 2 - KOPI O' CORNER, Jalan Satok

Memang dah siap google awal dah dan kedai ni antara terbanyak orang suggest. Kami pun try lah makan ni. Dan kedai ni menjadi kedai makan pagi dan tengahari setiap hari. sebab ada pelbagai menu yang ditawarkan.

1. Mee Kolok

Marissa sangat-sangat suka makan. Rasa macam makan megi goreng tapi ada sup utk hirup bersama dan serta cili utk yang minat pedas. Marissa boleh habes separuh mangkuk. hirup sup sampai licin. syabass anakku!

2. Nasi Ikan Bawal Set

Aku makan ni, memula macam nak makan ayam bakar, tapi tengok meja sebelah makan macam tak berapa menyelerakan je tengok ayam die aku terus tukar order jadi ikan bawal. Sedap! cuma kicap cili potong die  tu sikit sangatttt...nak mintak malas! suka makan seafood dekat kuching sume pon fresh fresshhhh.....Bila dah sedap tu, en. suami second time datang siap order nasi goreng ikan terubuk + dengan ikan bakar ni saje. selera besar betul tapi kedingg je tengok..

3. Nasi Goreng Ikan Terubuk

First time datang time order tanya apa yg sedap. pelayan ada pun sebut Nasi Goreng ni. en. suami pun try lah. sekali try, tiap kali datang pon nak order benda yang sama. tak mau tukar lain dah. ape daa......tak berkembang lah selera camtu. tu yang dah order nasi goreng ni die boleh pegi order ikan bawal bakar utk jd lauk jugak. 

4. Roti Prata Daging (kot! lupa dah nama)

Rasa macam roti telur, tapi deco die yang hover sampai kau nak try makan ape yang orang meja sebelah makan. kah kah kahhh!! kuat betul pengaruh sekeliling... sos die sedap lahh. aku boleh makan satu ni licin. oh, macam roti john pun ade jugak.....slurrpppppp.....

#NO. 3 - RJ AYAM BAKAR

Most Favourite!

Sekali dah makan tiap kali nak makan situ lagi. ni dekat je dengan Patung kucing tu. dekat Jalan Abell kalau tak silap. hasil google jugak ni, tapi hari pertama nk pergi tengahari tutup. pegi pagi lagi lah tutup. pegi petang tak sempat. nak pegi malam hari pertama marissa tido pulak. en. suami pergi sendiri tapau jalan kaki okehh gi kedai ni. tak la jauh sangat. dalam 10-15minit jalan kaki. kalau kaki aku jalan mau 30minit kot. sebab aku jalan kan lembabssss. kui3.

hari pertama adalah take away saje...

1. RJ Banana Cheese
 
hoi hoiii apesal sedap sangat?!!! satu polistren ni aku boleh makan sorang. tak de hal.....pisang manis, tepung rangup, letak susu & cheese. sedapnyerrrr.........nak lagiiii!!! nakkkk...... tapi aku makan aku akan ketepikan sikit cheese tu. aku tak berapa suka cheese.

2. RJ Ayam Bakar

 RM9.50

saje upload 3kali gambar sama.

sebab superdupertriple sedapnessss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tak tipu punya. kauorang pegi try tau. MUST TRY. sumpah tak tipu kesedapan dia. sempat snap masa makan kt hotel en.suami tapau tu je. next time nya pegi kedai tak dan nak snap dah. sempat snap luar kedai je. gelojoh nak makan punya pasal. makan kedai lagi feel la kan. tapi mujur lah ada sekali makan kt hotel. ada jugak gambar yg sempat di ambil. sambal belacan die pergghhhhh!!!! boleh buat termimpi-mimpi tuuuu. sampai sekarang pun ni makanan yang aku palinggggggggggggggggggggg rindu skali sekarang ni. sedap woo ayam bakar tu. Jom buat rombongan g Kuching lagi jommm.....

Kuching, Sarawak (22-25 February 2014) - Part 4

0 komen
Aktiviti di Kuching

Aku tak tau lah camana nak cerita. berterabur habes dah. tak ikut hari dah. ikut dan je. kui3. boleh la kan...sebab tak banyak aktiviti pun yang aku buat utk holiday kali ni kan. so aku simpulkan je sekali suma dalam satu entry ni. boleh? tapi bab makan nak buat sampai 2-3 part...ceit! nampak sangat kuat makan...kan?

#Aktiviti No. 1 :-

 Aktiviti Wajib Bergambar dengan Kucing Famous! 

Marissa orang yang paling excited. tiap kali lalu lalang pun "mama CAT! CAT!" berpusing situ-situ jugak banyak tu jugak la die membebel... Cat...Cat!

Baju ni buat banyak spekulasi kat orang ramai bile aku upload dlm fb. mencikk ah baju neh!tak mo pakai dah. jenuh nak jelaskan tu effect dari anginnn kt semua orang T.T

korang doakan je la rezeki tu yer datang tak lama lagi yer...

#Aktiviti No. 2 :-

Naik Bot

Nak naik cruise, tapi lambat kena tunggu jam 5.30petang. tapi kteorang sampai situ jam 2.30 petang. nak tercongok buat ape tunggu lama kan? tukar plan naik bot lain takpayah tunggu 5.30 petang utk naik cruise. die boleh bawak kteorang ber3 je pon boleh jalan time tu jugak. harga RM19 seorang. kalau cruise RM60 seorang. tapi cruise besar lah, siap bagi air, siap de nari-nari siap semua la tengok sunset kan. tapi yang aku naik ni simple je, die round keliling tu cite sejarah sekitar kampong laluan bot tu je.  

marissa? excited sangat naik bot...Fishh...Fishhh! asal nampak air je Fish. padahal bukan nmpk seketul ikan pon. keroh je pon airnya..

 #Aktiviti No.3 :-

Matang WildLife Centre

Perjalanan dari hotel dalam 45minit. Guna waze je. boleh buat gadoh laki bini guna waze neh. hahhaha! salah jalan memang kena lah. dah waze salah bg info salah lah info bagi en.suami yg drive tu kan.  kelakar je bile fikir balik.

Tapi kami selamat sampai tau. Macam pelik sikit sebab kteorang je yang datang situ. mungkin jugak sebab awal lagi kot. kteorang sampai jam 9pagi. tapi time balik, kete kteorang je pun ade park situ. mana tourist lain neh? mungkin sebab kteorang pegi hari Isnin kot. sebab tu tak de orang. mungkin...mungkin...Think +ve

 khusyuk marissa tengok ni.........

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Bermacam-macam aksi die buat. amik perhatian sungguhh...tapi comel sangat

Ada jugak binatang lain. tapi tak banyak macam Zoo lah. dan satu binatang ke binatang yang lain adalah jauh ye. kena lalu macam canopy walk gitu. laluan die macam ni..kau rase??

takpayah pakai heels lah, pakai sports wear lagi bagus. kalau ade anak kecik bawah setahun tu aku tak galakkan korang pegi bawak anak lah. tak sesuai kot. nak sorong stroller pun tak boleh. nak berdukung pun lengoh wehhh besar gak kena round nanti. lagi satu sebab suasana dalam tu aku rasa sangat sangat tak sesuai utk baby or anak bawah setahun. kang balik ade yang meracau nangis tak benti kang. sebab memang bebetul dalam hutan ye. sape yang suka Nature, ni tempat korang.

Aku rasa berjalan lagi lama dari tengok binatang yang ada. Jangan expect lah binatang banyak macam zoo sana ye. anggap je korang pegi jungle trakking sambil tengok keindahan alam. bonus die dapat tengok binatang liar. gituu....mental kena +ve!!hihi

Harga masuk RM10 seorang bagi dewasa. marissa Free je.

#Aktiviti No. 4 :-

Kek Lapis Sarawak & Ikan Terubuk Masin

Gigih naik sampan tengah-tengahari buta. kul 3.30 petang kot. terik sangat time tu. tapi dah lepas naik bot round-round tu tak tau nak kemana dah. pegi lah naik sampan pulak beli Kek Lapis Sarawak dengan Ikan Terubuk Masin

ngeri sikit naik sampan. berdegup degup kencang jantung bila rasa macam nak terbalik je sampan ni bila sorang-sorang naik sampan nak bagi seimbang. alahaiiii......dah la tak de jaket keselamatan. sekali naik cukup. insaf tak nak naik dah kot. takuttttt.....

ada 2 yang famous.. Mira Cake House dengan Dayang Salhah. Tapi time aku pegi Dayang Salhah macam dah tak banyak stok dah kek lapis dia. kena lah beli kt Mira. banyak sikit pilihan.

Harga seperti dibawah yer. kebanyakkan aku beli yang RM10 je. Beli 10 dapat Free 1 yer. so kami beli 10 dapat lah 11 bijik utk dibawak balikk semuanya.

Tapi yang sibuk membeli bukan aku ehh...iols maintain je. snap sana sini. en. suami yang sibuk pilih, rasa, ambil dan bayar skali. aku tengok jew. aku tau aku punya part pasti ada. hahahahahah. Lebih fokus ke anak mungkin tu keje aku sepenuh masa. haih

 yang ni yang mahal sikit kalau dalam freezer nih. RM20 ye.

 yang biasa camni, RM10 je. Perisa nama Aku pun ade "Ezzy"..sukasukasuka!!

ni model kek lapis kita untuk hari ini...beriya jadi tester je kejenya

Takde snap pic Ikan Terubuk masin. kami pon tak sempat ke Pasar Serikin yang ada masa Weekend je. sebab nak pegi sabtu baru sampai tengahari. nak pegi ahad plak ade satu kes yang buat kami tak dapat pegi Pasar Sariken. Pasar Satok pun sempat pegi tapi tak jumpa pun Ikan Terubuk Masin tu. boleh? ape pasal ntah...mungkin kami pegi lambat. Pasar dah nak tutup kot.

Tapi jangan risau, kat area kedai Kek Lapis ni seberang sungai tu ada 2-3kedai yang jual Ikan Terubuk Masin. macam-macam harga ade. RM10/Seekor ada. RM10/3ekor ada. ikut saiz besar ikan tu yer. lagi besar lagi mahal lah ye. ikut hati memasing.

Itu je Major Aktiviti kteorang....

#aktiviti minor, macam jalan-jalan area Waterfront...

jumpa kawan ofis lama. pindah sebab ikut suami keje sana. dan rezeki bertukar, baru pregnant time pindah sana. rezeki kat negeri orang tu....tu yang aku eksaited nk g jumpa tu.

Minor Aktiviti lain, pegi muzium..ada 3-4museum..termasuk lah Cat Museum. Pergi Dinosour nye pameran kt area Museum tu. Tapi tak de snap gambar pulak. Pergi jugak area Kampong Budaya, tapi Marissa tido. so tak jadi masuk. sebab takkan nk panjat tangga rumah panjang sambil dukung anak. Tak hebat okeh. Dari lenguh tangan berdukung. lebih baik lenguh kaki pijak pedal sebab jauh-jauh sampai boleh patah balik hotel balik. kahkahkahh! bengkek je en.suami...hu3

Sikit je kan aktiviti aku kat Kuching? walaupun lama....4hari 3malam. tapi aku rasa puas hati. sebab dalam masa tu aku tak tergopoh gopoh kesana kemari. tak kelam kabut. tak stress. ikut masa marissa tido. kalau tido, takpe plan tukar hari lain. kalau hujan, takpe tukar plan lain. gituuuu...free and easy. tak de sape nak push pegi sana sini. Lepas ni rasa nk kemana-mana nk booking 4hari 3malam lah. baru puas hati sikit jalan... =)

Next enty bab makan lagi...tunggu ye!

Monday, March 3, 2014

Kuching, Sarawak (22-25 February 2014) - Part 3

0 komen
TopSpot Food Court

Sehari punya cerita sampai part 3. gile kentang betul. memang berPART-PART lah entry Holiday ke Kuching kali ni. Malam Hari Pertama tu kami makan di sini. Memandangkan sebelah hotel je kan. jalan kaki tak sampai 5minit. dari tingkap bilik dah nampak food court neh. jalan kaki lah, lagi pun kereta sewa tak ambil lagi kan. esok baru amek kereta sewa.

Kami makan di Muslim Seafood Kedai No.3. Memandangkan kami melepak saje dibilik seharian, maka malam adalah kebuluran tahap melampauu. sangat berharap makanan adalah sedap kalau tak memang hampa lah kan.

mak enon ni adalah sangat berperangai. mungkin sebab lapar, mungkin jugak sebab suasana yang sesak dan bising buatkan marissa tak selesa. tips utk korang, kalau boleh pegi lah awal, dalam jam 6-7malam camtu. kalau lewat skit korang akan stuck dan susah nk dpt meja dan ramai bersesak-sesak. makanan pon lambat nanti. time kami tengah makan, dah macam rombongan meminang datang berderu-deru lalu lalang. semak lak aku rasa.

Kesimpulan dari Tekak aku:-

1) Ikan Bawal Sweet Sour (4 star)
 Penah makan lagi sedap dari masakan ni kot. tapi ikan sangat freshh, rasa ikan fresh tu nyum-nyum. rangup gitu. tapi kuah die macam ok lah, biase je. sebab aku penah makan lagi sedap sweet sour. 

2) Ketam Masak Cili (5++ Star!)
Hoi hoii, ni kesedapan tahap melampau. sampai merungut-rungut kenapa sikit sangat cilinya. ketam opkos freshh sangat. nampak simple, tapi rasanya meletop-letop dalam mulot. 

3) Midin Masak Belacan (4 Star)
first time makan midin. aku pun tak tau ape jenis sayur. tapi macam pucuk paku lah. sedap jugak. en.suami suka. tapi kalau aku yg bukan penggemar sayur ni boleh telan kire sedap lah kan..

4) Udang Goreng Tepung (3 star)
Udang fresh (tak dinafikan) tapi rasa dia so-so je. biase je. tak delah kesedapan tahap melampau, tapi ok lah, macam tak cukup seasoning sikit. ke tekak aku?

try lah makan kedai-kedai lain jugak. sebab aku hajatnya nak ke sini tetiap malam, tapi ada lagi satu lagi hot spot kedai makan yang menjadi kegemaran aku utk hari ke dua ke tiga dan keempat. lagi perghhh sedapnye dan memukau pandangan aku dari pandang kedai TopSpot nih...next entry eh!

pengsan korang bace sejemput-sejemput.hu3...nasib lah eh. klu suka baca tak suka sudah.

kau dah kenapa emo nih (haih)

bye!

Kuching, Sarawak (22-25 February 2014 ) - Part 2

0 komen
sambungan..

eh sebelum tu nak bagitau, holiday kali ni macam tak banyak sangat berjalan sana sini, cuma banyak kepada rehat rehat tenangkan fikiran tak de terkocoh-kocoh ke sana ke mari. aku suka pulak. lepak-lepak hotel je golek-golek atas katil empuk dengan en.suami dan anak. 

Sampai di airport dalam 11.30pagi, baiknya hati kawan en.suami nak pickup kami. terharu, tapi kami selagi boleh taknak susah-susahkan kawan-kawan kami kt kuching, tapi yang ni macam die dah beriya. kami okey saje. sebab kereta pun kami sewa keesokkan harinya.  Lepas kawan en.suami bawak pegi makan kami check in Pullman Hotel, Kuching.

Bertuahnya kami...bila dah dpt kunci pergi lah naik bilik bersama bell boy bawak beg kan. sekali sampai bilik, ehh. asal ade orang lelaki cina dalam bilik tu??? kteorang macam ehh ehh "sorry sir....sorry!!" kteorang ingatkan bilik orang kteorang masuk. tkejut gabak lah time tu. kot die tengah buat ape kan kau g masuk. Then cina tu kata die maintainance tengah baiki bilik ni. Berangin lahh aku, g bawah balik angkut anak kecik ni kan pegi balik kt kaunter. ngamukss lah. tapi tak de lah ngamuk sakan. cuma marah nape dia bagi bilik yang under maintainance, kami ada anak kecil nak naik turun lif bagai bla bla blaa...aku membebel. kahkahkahh!!! dia kata sorry ada salah faham dgn housekeeping bla blaa...aku pun sambung lagi, uols 5star kott. takkan hal kecik macam ni pun boleh misunderstanding?? wak lekk wak peace.....saje kasi die cuwak sikit kan. die leh cakap bilik tu belum abes kemas lagi. NO aku cakap bukan tengah kemas tapi UNDER MAINTAINANCE, paham tak??means sepatutnya dalam data dorang patutnya dah ada maklumat tu. betul tak?

Then orang tu nak kasi aku slow down sikit, die kasi UPGRADE bilik Superior ke DELUXE!! muka maintain lah garang, tapi dalam hati berbunga giranggggg gitu....kahkahh! ada Bath Tub! itu yang kita mauuuuuuu...byk kali gak lah orang tu mintak maaf. sokey dik, akak gertak sikit je..hihihii....

memang luas sangat. sangat puas hati. tak turun swimming pool dah, memang berendam dalam bilik air sendiri je. kulur kilir dalam bilik je utk hari pertama tu. tak kemana sangat. Keluar cari makan je malam tu. lepas tu balik bilik balik. bahagia sangat dok dalam bilik kan..

dah kenapa letak penimbang berat ni?saje perli ehh....kasi timbang setiap kali lepas mandi ke hape?kot kot mandi air panas leh turun berat badan ke kan. kah kahh...lepak bilik je hari pertama tu, jam 7.00malam baru keluar cari makan kat TopSpot. next entry eh....penat taip dah..

sambung nnt eh....bye!

ciom kanggg!!!!

Mrs Hary Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template