Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, February 19, 2014

soalan lazim

0 komen
kelakar pun ada. tapi lumrah lah kalau jam 4petang aku call en.suami..takpayah cakap hello sayang bagai-bagai dah. siap jawapan terus. soalan standard....

Kring-kringgg (skema sgt lah) - si isteri call si suami

si suami angkat telefon terus jawab:-

si suami : ok soalan pertama "lambat"

si isteri  : soalan kedua?

si suami : "makan"

si isteri : ok, bye!

si suami : bye.

Kesimpulan :  Si suami akan pulang lewat daripada had waktu bekerja  dan si suami memohon supaya si isteri memasak utk makan malam dan si suami akan makan walaupun pulang lewat. 

Kesimpulan lagi panjang dari perbualan telefon tersebut. kan?

Lumrah lah tu dah kahwin masuk 3 tahun ni, Do More Talk LESS! lumrah sangat. bahhaha....sampai die tau ape soalan aku setiap petang. tak payah soal, jawab terus. senang. 

Dulu......sebelum kawennnn, kemain panjang berjela cerita nk story dlm phone. mungkin sekarang tak de cite dah kot. ke jimat kredit? aku rasa lah perbualan seperti diatas, satu sen pun tak luak kot. sebab sepantas kilat. 

Dalam satu hari, 2x si suami dan isteri akan berbual di talian telefon. Pagi : si suami akan call report yg si suami dah sampai di pejabat. Petang si isteri akan call tanya bab rumahtangga seperti perbualan diatas.

kadang-kadang tu kan, kelakar je rasa. sebab telefon berdering 2-3x, terus jawab tanpa diajukan soalan. hehehhehe

tiada emosi sentap menyentap tapi salah satu cara mudah bagi mengurangkan kos air liur. kahkahkahh!

ok bye!

Monday, February 17, 2014

rindu pulak...

0 komen
tetibe je rase rindu nak bau baby yang wangiiii mucuk-mucuk tu....
tetibe je tengok balik gambar-gambar marissa masa kecik
rindu lahhh...
walaupun time baby adalah waktu yang sangat tak cukup rehat
tapi aku dah rindu time itu

bila lah next rezeki utk aku & en. suami. mungkin Tuhan nak bagi rezeki ni time en.suami abes belajar kot. tahun depan en.suami abes blajar..harap doa termakbul lah.

rindu nak bau baby lagi......marissa dah besar, bau masam budak tak sama dengan bau masam baby...

p/s : bile teringat bab morning sickness macam haremmm tu, terus macam........hah! pikir 2-3kali..bahahah..

Friday, February 14, 2014

Tak Plan Pun..

0 komen
pagi-pagi ni cita bab makan dulu. ni minggu lepas punya plan. Balik rumah mak aku, then teringin pulak nak makan All Time Favourite Nasi Lemak kt kepong yang paling digemari oleh adik beradik aku. Meleleh siottt makann, siap jilat jari...kalau ngidam, jenuh la nak kena drive jauh semata utk ini.

Nasi Lemak Kak Pura kteorang panggil. Tapi kan, bile en.suami makan die kata tak de la sedap mana pon. tapi bagi kami adikberadik yang membesar dengan makan ni sure lah kata sedap meletop-letop kan. Nasi lemak ni kat kepong dekat ngan ofis makayah aku. so memang tetiap pagi time kecik-kecik dulu kedai ni lah yang kami selalu pegi makan pon. makcik tu pun berketurunan dah turun temurun masak nasi lemak tu. sama je rase dulu kini...harap selamanya lah!

okey, ni bukan aku...kurus sgt tu utk jd aku. hahahaha! ni kakak aku lah. kan dah ckp memang adik beradik punya port kegemaran. ayam pon nak sama PEHA jugak. sebab dulu ayah selalu belikan peha jugak. turun temurun kegemaran tu jadinya..ayam tu lak panas-panas..lagi best lah.

Lepas makan tu macam terpikir, takkan datang nk makan then balik?macam tak masuk dek akal je.  budak kaki jalan takkan terus balik rumah. terus lah timbul idea nak ke taman metropolitan, Kepong. Kakak aku memang selalu pegi sini petang. tapi tak penah pergi time pagi. alang-alang dah dekat kteorang singgah lah kejap bagi anak-anak bebas lari-lari sana ikut suka hati tanpa sekatan.

Seronok jugak lah, matahari baru nak naik pon. Tak ramai macam time petang kakak aku kata petang ramai sangat. sampai terlanggar-langgar orang kalau nak main layang-layang. parking pon senang. abang layang-layang pon baru nk bukak kedai.

 Ni anak buah aku, Qina. (anak Kakak aku tadi)

Bukan main gembira lagi depa berdua ni main lari-lari. bagi bola sorang satu. pantau anak dari jauh jer. nanti dorang pandai lah patah balik. sebab padang tu luas sangat, tak kemana pon lari jauh pon situ jugak.

Marissa main sampai berpeloh-peloh. bagus utk kesihatan anakku...tapi maknye...duduk bawah pokok kipas-kipas diri. (mana lah nak kurus tak exercise sama!huh.)

Abang ipar tengah main layang-layang. angin tak banyak time pagi, mgkin sebab tu tak ramai datang main layang-layang time pagi kot. tapi bgus, tak semak kepala aku orang ramai..hahahaha..tuuuu, tengok marissa ngan qina kat hujungggggggg jauh nun disana....lantak situ. asal dorang happy =)

Lepas dah bepeluh, terus abg ipar ajak pegi mandi sungai dekat air terjun otw nak ke rawang tu ape eh?adoii lupa pulak nama. hilang ingatan pulak namanya. cess! aku tak mandi pon, marissa pon takut, sebab air terlalu sejukk...takat celop kaki pon die taknak. last-last hangkut semua balik....sebab qina mandi pon kejap-kejap je. sejok sgt airnye pon....

benda yang tak di planning confirm jadi je.setuju tak?

Monday, February 10, 2014

Lunch Jumaat

0 komen
hola isnin...

Isnin yang beku. semoga isnin berlalu dengan pantas! nak cerita bab Lunch Jumaat lepas, pegi melawat PA jiran sebelah tak sihat. Boleh pengsan pulak Rabu lepas time orang semua pegi ceramah dekat bawah. Tinggal die sorang atas. Mujur lah ade yang perasan die pengsan. kalau tak?

Kawan PA cun ni baru jugak lah kat sini ganti Kak Zah yang tukar Cawangan lain. boleh geng lah, sebab lebih kurang umur die dengan aku. kui3.

Jumaat Lunch terus ajak kawan-kawan lain pegi melawat die dekat rumah.Memandangkan jiran die ni boleh tak tahu kePengsanNan die? aku tau dari orang yang nak jumpa bos die then nk mintak tolong cop surat sbb dia kata "PA sebelah takde sebab emergency kt hospital sebab pengsan, boleh tolong copkan tak surat ni?". ade ke patut aku tau dari orang luar, aku ni jiran yang tak prihatin betul. hantuk kepala kt dinding juta-juta kali.....ammmpunnnn!

Tujuan asalnya nak melawat orang sakit, tapi kami pulak dihidangkan dengan macam-macam makanan sedap! hadoi abes diett.....tak makan rugi ye dok. terharu lah dengan layanan wawa dengan mak wawa yang sungguh-sungguh layan kami makan. siap tapau bekal okeh! nampak sangatttt lah kami ni kuat makannn...terima kasih makcik sudi layan kami makan siap bungkuskan bekal.....terharu lagi sekali lah camni...

Mee Goreng super duper sedap lahh. nak tanya resipi malu lah pulak. takat mee pon nk resipi kah? sumpah sedap, tak rasa pahit mee tu. sedapppp sangat3! makan pulak panas-panas lagi bertambah lah kan. huhuuu....

Wa, 
Semoga wa cepat sembuh seperti sediakala okeh. Have a good rest dan speedy recovery yah! boleh sambung gossipping lagi lepas ni kt ofis. muah!

Ezy

*****************************************************************************

Lepas lawat wawa tu, perot aku dah tak sedap. memang dari rabu lepas lagi aku jadi susah nk tido malam dan perot sakit macam ade benda tekann je dalam perot ni. time malam je, mula la rase sakitt teramat sampai nanges2 guling-guling layan perot. tu decide utk pegi klinik kejap nak tau ape punca perot tersebut sakit. nak bersin tak boleh, nak batuk tak boleh, nak tarik nafas pendek-pendek je. sebab sakit kalau nak tarik nafas panjang.

hadiah hari jadi utk tahun ke-28 tahun...

STONE @ KIDNEY
gi google lah klu nak tau apakah

terima kasih atas dugaan dan sakit ini. Sesungguhnya sakit tu adalah penghapus dosa. semoga dosa-dosaku terhapus dengan setiap kesakitan yang diberikan olehNya. Doktor bagi sampai rabu, kalau sakit jugak lagi, datang klinik balik utk direfer ke hospital. ok gigih lah aku makan ubat pagi petang siang malam. Alhamdulillah, hari ni dah tak sakit dah. syukur! betul lah mencegah lagi baik dari mengubati. 

Tuhan dan bagi HINT tu, untuk lebih dekat denganNya. Badan pun lama dah guna, macam-macam penyakit pun datang menyerang. 

JAGA KESIHATAN YE SEMUAAA.... 

bye.

Friday, February 7, 2014

terus tak de mood

0 komen

cite pasal bab nak ke Kuching, akhir bulan februari ni.
tetibe je tak de mood dah nak pegi.  sebab........

.

.

.

.

.

.

bace email ni semalam..

boleh pulak nak main cancel-cancel tiket orang. memula tu macam berangin je lah. sebelum ni pun macam dah banyak sebab yang tak best dah utk pegi sarawak ni. ada yang kata tak best lah, tak ade ape kt sane lah, bosan lah, kenapa pegi lama sangat lah. sume pun down kan aku, tetibe muncul pulak email ni, lagi down lahh.

Then..

AA bagi options, samaada nak refund or select flight lain. berkira-kira jugak. fikir-fikir balik, macam tak nak pegi je dah. sebab elemen negetif sebelum nih. tapi bile fikir balik hotel dah booking, siap bayar dah pun. bukan bayar deposit. en.suami pun dah apply kat bos utk cuti time tu. no outstation allowed. tetibe tak jadi? takbest lah pulak. takpelah...tak jadi tekan button REFUND. pilih-pilih balik tarikh yang sama. masa je yang lain sikitt...sikit je la pon. ce tengok bawah ni..

New Booking jadi lebih awal balik lebih lambat dari yang sebelumnya. boleh je nak tarikh lain or nak kurangkan hari nak pegi. tapi tu lah, hotel dah bayar habeskan...teruskan jugak lah dengan plan ni. lepas ni dah kena duduk diam-diam sampai bulan 6 baru sampai next trip pulak....tapi serius macam tak de mood je nak fly g kuchinggg...hope kuching tak mengecewakan aku nanti...

Dinner Treats!

0 komen
6 Februari 2014

Tiba masa utk en.suami belanja makan pulak. Aku cakap, tak nak ape3 selain dapat "BALIK AWAL". please lah balik awal. kekadang tu merayu macam ape-ape ntah. tapi dah keje die balik sampai lewat malam nak buat camane kan. tapi kesian kt marissa asal smpai pintu umah je tanya "ayah ane??" jenuh nak jawab hari-hari.  Tapi bile request en.suami balik awal tu, tak de la bg harapan tinggi menggunung, sebab selalunye kecundang. semalam, 5.30 petang en.suami dah call tanya kat mana, sebab dia dah sampai rumah dah. wah! boleh pulak balik awal...ape lah agaknye alasan en.suami bagi eh kt ofis die nuh. 

Masuk pintu rumah terus tanya "mama nak makan kat mana?" eh, macam tak de kata ape pun nak keluar makan? bagaikan org mengantuk disorong bantal, terus siapkan anak tukar pampers sume kluar balik rumah. tetibe teringat entry blog Cujen the Lejen pasal ketam dekat Restoran Abdullah Chan, Bangi. ngidam ketam ahhh terusss sebab terliur dah..

Kami agak jaranggggg makan dinner time weekdays dekat luar. Weekend pun ikut mood marissa. kau tau je lah kalau makan semeja dengan kanak-kanak, kau kena jaga bebetul emosi dia bagi stabil supaya ape yang korang telan tu dapat hadam betul-betul. kalau tak, 10pinggan makan pun ntah kemana arah tak kenyang. Kalau boleh kami seboleh mungkin cari kedai yang tak ramai sangat tak crowded and sesuai bile anak cranky tak tentu pasal opkos kedai yang hidang makanan dengan cepat. kau pegi kedai yang ramai, pastu makanan lambat sampai, kau memang kenyang dulu sebelum makan. pecaya lah..memang berdoaaa banyak-banyak supaya makanan sampai cepat. sebelum poket doremon (handbag) aku abes dah diselongkar cari barang bg stabilkan emosi anak.

Kami pegi Restoran ni pun dalam kul 6petang dah sampai dah kedai. tak nak cari pasal, sebab malam memang ramaiiii sgt orang. time kami pegi tu pun dah ade meja yg direserved 2-3 meja. order lah ni....

"Ketam Masak Sos Special"
RM38 / 3ekor ketam (set)

saje kasi enlarge! terliur tak?memang sedap lahh..ade die letak telur kt kuah. aku memang mengadap ketam semata yer. tak de nasi tak de makan yang lain. cuma en.suami ada order nasi goreng seafood dengan telur dadar utk dikongsi dengan marissa. Sekali sampai ketam ni, macam glupppp...banyakkknye! jiran meja ushaaa je macam tanya "kau tak makan bape tahun ni?". gitu. sebab besar portion ketam ni utk makan 2orang 1kanak-kanak. Selamat lah aku tak order makanan lain. memang nak mengadap ketam je.

hasil selepasnya....

rasanya aku makan 3/4 ketam ni kot. sebab aku start makan ketam dulu, en.suami makan nasi goreng dulu. memang sah la aku makan lagi banyak dari en.suami. aku yang tengah buat entry ni pun boleh terliur lagi tengok gambar ni. haih! ni harga yang en.suami bayar utk makan 3orang....

harga air aku rase normal lah kan. Nasi Goreng tu kan, aku rasa macam portion die dah tak macam aku pegi tahun lepas. dulu pegi portion nasi goreng tu besar, kire utk makan 2orang dewasa. sebab pinggan makan kaca & lebar besar penuh. tapi semalam pegi guna pinggan plastik macam makan kat awey-awey je. nasi ciput sebesar satu mangkuk sup je. ape dah jadi ni? cut cost kahh? memula order tu sebab order satu je nasi goreng sebab tau sebelum ni portion besar sampai berlebih-lebih, kali ni pegi dah jadi sikit plak nasi goreng tu. senduk 3-4sudu ke pinggan marissa dah tinggal separuh je yg tinggal kt pinggan en.suami. sebab tu aku beralah dan bagi en.suami makan nasi aku yang abeskan ketam tu. tapi kesedapan masih sama. jangan risau, cume portion yang menjadi masalah bagi budak banyak makan macam aku nih. 

p/s : terharu bile tengok en.suami balik dulu sebelum isterinya nih. sebab akan ada orang yang bukakkan pintu rumah & sambut kami balik......Bless! thanks b sudi blanje mama makan ketammmm nyummmm nyummmm ... muah!

Thursday, February 6, 2014

6 February 2014 (Khamis)

0 komen
Birthday tahun ini punya cerita....

Malam tadi payah nk lelap. en.suami kata tak sabar nk sambut besday sendiri kot. tapi aku memang sharp tido jam 9malam sekarang ni. tidokan anak aku pun tido sekali lalu lahh. klu dulu ada cite masterchef mau jugak mata ni tunggu sampai jam 10 baru tido. tapi semalam, 11 lebih pun masih terkebil3 lagi. tv dah tutup, tapi gelisah die ke kiri ke kanan tak selesa je rase. tu yang kena perli sebijik ngan en.suami tu.

Hari ni jugak hari first day Marissa pegi school pakai uniform sekolah. dah snap gambar, tapi next entry lah eh. mane leh masuk entry tu dalam cite besday aku. panjang berjela kang nanti entry ni. penat puji cantiknya...cantiknyaaa....baru nak pakai. susah lah dah besar ni dah ade taste sendiri. takmo dah mama dia pilihkan baju dah.. haihhh.

Lunch tadi member ofis ajak kluar celebrate besday aku. uh uhhh...memang laju lah kan. lapo pulak tu. lagi laju lah. terus lah kami ke tempat makan favourite kami bile nak celebrate besday. Secret Recipe Presint 15. geng lagi 2orang balik kampong sanunn takmo balik. isnin baru balik.boikot ke hape ha?

kami bersama menu yang kami ditelan...

Thai Seafood Spaghetti seafood + Vanilla Milkshake

bagi aku yang tak berapa suka makan spagetti ni, memang pelik lah boleh habes licin sepinggan.
itu bermakna????? sedapp ahhhh ke aku yang lapar?... tapi rase macam makan mee goreng biase je
tak de rase yang special sgt pon. mungkin sebab rasa macam mee goreng tu aku boleh abes licin.

Grilled Black Papper Chicken + Watermelon

Kak asmah ni, asal ke sini sama je menunya...suke bebenor dia makan benda tu. tapi aku rase biase je. bkn nmpak muak sebab ada nasi kot..tapi die kata sedap. hambekk. kalau aku lah yang makan menu die makan tu, mungkin aku akan telan ayam tu je kot. nasi ngan jagung asing tepi. rugi kan?better jangan order. rugi oooo....

Chocolate Indulgence
Nak order BlackForest Cheese / Red Velvet. tapi habis. banyak kek yang dah habes. petang baru sampai stok katanya. tengok belakang gambar tu. tak banyak pilihan kek pon kan?

****************************

Balik ke ofis lepas lunch, dikejutkan dengan perbualan bersama bos.

Bos : "harini birthday you ke?"
Me : "ermm..nape eh bos?"
Bos : "tu ade orang bagi bunga"
Me : "oh my...bos ke yg amekkan bunga saya tadi?sorry"

See?bos dah jadi PA aku dah sekarang. Abang hantar bunga datang nak hantar bunga time aku keluar lunch. sudahnya bos yang ada, tolong signkan buku abang bunga dan amekkan bunga aku. agak memalukan disitu yer. sape suh bos tak turun lunch!

6 February 2014

Terima Kasih Cinta.....

Pandai pilih bunga ikut tema baju kurung yang dipakai pada hari tersebut. tengok bunga tahun lepas..

6 February 2013

Apesal nampak montel je tahun lepas punya gambar birthday?hukhukk.. adakah sudah turun berat badan ku tahun ini??? Tahun ni fefeling Jaafar On gitu...sebab bunga matahari kan. bahahahahah! pengsann lah cenggini...tapi tahun ni tak de cekelatttt... T.T

selamat ulangtahun kelahiran ke duapulohlapantahun!takutnyeee nk 3seriesss...hukhukk

duapuluhlapantahun

0 komen
 HAPPY BIRTHDAY TO ME!!

selamat hari tua kepada diri sendiri

syukur! dapat bernafas lagi di angka umur duapuluhlapantahun. 

Target yang telah tercapai setakat ini:-
1. kerja
2. kahwin
3. anak
4. kereta

Target yang masih pending:
1. rumah (masih menumpang rumah kerajaan)
2. berat badan ideal
3.   anak no. 2 (kahkah!)
4. sambung study

takpayah list banyak sangat, nanti diri sendiri pening
dengan target sendiri. 
contoh: berat badan tu dari umur yang ke berapa tahun ntah target
sampai sekarang masih tak tercapai lagi.
stress betol..
 makan sikit ke makan banyak ke
catu makan ke puasa ke
samaaaaaaaa je! so better makannn...baru puas hati aku!
gitu...
walaupun hati tu dah tau satu je cara kau utk turun berat.
.
.
.
excersice! confirm turun
tapi...
tapi...
sebab banyak tapi tu lah punca tak turun-turun berat badan tu.
MALAS sangattt...

Terima kasih pada kawan-kawan yang wish birthday dalam sms, FB, Instagram, 
Whatsup, We Chat
dan sebagainya. bajet retis sangat neh.

List Wish Birthday tahun 2014:
1. Suami - Tengah malam tu dah tido pun, tetibe die wish. 
ingatkan ngigau...husss semangat!
2. mymom - by sms, dah start sms tak leh stop pulak berjela-jela cite nye
3. dan lain-lain...

nasib en.suami masih di ranking no. 1, kalau tidakkkkk!
taknak kawan...boleh?kui3...

semoga tahun ni akan membawa kegembiraan yang tidak berbelah bagi. Kebahagian yang kekal abadi dan kesihatan yang baik-baik untuk aku beri perhatian pada en.suami dan anak sepenuhnya tanpa gagal. Berkhidmat untuk Suami&anak semoga Allah S.W.T merahmati kami sekeluarga dan menempatkan kami dalam golongan dibawah lindunganNya. Aminnnn...

selamat hari tua! 2 years more to 3series! huhuuu
 
Mrs Hary Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template