salam semua,
harini nak update sikit bab percutian ke Langkawi 9-11 Januari 2014 yg lepas.
5.30 pagi : bangun kemas dapur dan siap2kan diri dulu. bile diri dah siap baru lah kejutkan en.suami & siapkan anak Jam 6.00 pagi.
6.45 pagi : Bertolak ke ERL (Express Train), sampai ERL jam 7.00 pagi, naik ERL jam 7.15 pagi.
Gigih betul nak naik train dgn beg gabak dgn anak kecil lagi kan. tapi pengalaman kan, seronok bile tgk anak hepy kan. Lagipun kalau nak park kt airport sana memang mendidih la nak kena bayar park utk 3hari2malam kan. tak payah lah kau nak berangan pakai heels bagai, lagi bagus kalau pakai sport shoes, senang nak kejar anak. phewwwwwww!!
7.45 pagi dah sampai KLIA. sebab naik MAS kan, ERL akan berhenti betul2 dalam airport. keluar train, naik lif tingkat 5 sampai dah tempat utk check in. pastu kau yg bawak infant or kanak-kanak riang ni boleh terus ke kaunter E15-E16 (special handling) gitu. memahami betol.. tak payah lah beratur panjang dgn anak kecik kan. Kaunter E15-E16 utk khas utk yg bawak anak-anak kecil or warga emas. special handling gitu..kelas nama u. bertambah pantas lah proses check in tu. kul 8pagi dah terpinga-pinga tak tau nak buat ape. flight jam 9.45pagi. hampir 2jam terpinga-pinga tak tau nk buat ape. nasib KLIA tu best! mcm3 tempat boleh jalan-jalan cuci mata.
kteorang lakibini memang dah deal, en. suami bawak & jaga beg. aku jaga anak. mana kau rase lagi senang?opkos lah jaga beg kan. statik. anak? boleh turunnaik darah mak kau ni. haih.. biaselah budak kecik mana lah nak duduk diam satu tempat dalam jangka masa yang lama kan. ade je nak kesana kemari nak itu ini.
Dalam pada en.suami statik tu, tapi percayalah dalam handphone aku lah yg paling byk gambar & status FB. en.suami pulak yg mintak gambar itu ini suh send kt handphone die.
boleh marissa nak naik escalator ni banyak-banyak kali. kenapa benda ni wujud eh?pening pale haku. seronok betul die naik escalator tu.
marissa ni ingatkan dah aktif gile kt KLIA tu, naik flight ingatkan tido. tapi TAK okeh! segar bugar mata dia. biasa jam 10-12 tu time tido, tapi bukan pada hari kejadian. menggagau lah kau menjaga anak. selamat la aku booked seat palinggggggggg belakang! senang urusan ke toilet & mintak air panas & senang kawal anak. biase orang sume nak duduk depan kan, so seat area 5row kebelakang tu KOSONG tau. syokkk lah anak aku kulur kilir. kteorang kt belakang ni siap main tukar-tukar seat. kejap dok depan jap dok belakang.
huntong jugak dok belakang. dapat layanan istimewa tau. bape kali dapat kacang + siap dapat susu kotak dutch lady ni. tak mintak pon. layanan 5star tau. pas ni memang nak dok seatt belakang sekali lah. tapi kau tahan sikit la gegar die lain macam sket kalau landing tu, langgar awan pun sama gak.
Sampai Airport dalam jam 11pagi camtu, terus lah amek kereta sewa. kami amek Viva Elite Oren je. RM50/hari (auto). murah kan? mungkin sebab bukan cuti sekolah. tapi bukan sewa dalam airport tu, tapi contact orang lah. en.suami punya part ni. aku tak tau mana die dapat nombor orang tu. tapi dah survey kt airport punya harga Viva tu sehari RM80/hari (manual). RM90/hari (auto). Lupa pulak nak snap gambar kereta. korang google lah sendiri eh klu nak tau kereta viva tu camana. Kereta Baru okeh. bukan lama. bau kedai lagi. bernasib baik disitu..
Kami isi minyak RM40 utk 3hari tu. ok, jimat jugak viva ni. ada balance 3bar lagi minyak. masa ambil kereta ada 2bar je minyak. rugi plak isi banyak-banyak. tau isi sikit-sikit dulu.hahahah..siap round pulau tu berkali-kali tu.
Check in De Baron Resort, Pekan Kuah. booking guna agoda. Bilik so-so je, mcm3 jugak yg hati ni tak puas. tapi view bilik & kolam aku bagi 5star!! perghhh..view sangat awesome! dan kolam yang besar siap ada 2 gelongsor besar. next entry cerita okeh. sebab hari ke2 baru cecah kaki dalam kolam tu.
nak check in tapi bilik tak ready lagi. 1.30petang bilik tak ready lagi? ramai ke?bkn ke hari bekerja dan bukan cuti sekolah pun penuh eh? naik lah balik kereta. round bandar. Time ni baru la marissa tido lena kt belakang. tak boleh shopping!! kena gilir-gilir masuk kedai. memula en.suami g tgk2 barang..beli barang die dulu, then aku plak masuk beli barang. ade lah dalam 4-5kedai. balik lah ke hotel sebab dah penat tak rest lagi dari pagi kan. sampai hotel, marissa dah BANGUNNNNN!!! aiyoyoyooooo...mama baru nak rest die dah bangun. battery die dah FULL, mama&ayah punya battery dah kongg..huhuhuuu...tapi syukur jugak marissa tido time shopping, senang sikit nk shopping. banyak pinggan mangkuk kan dalam kedai..ni lah barang yg sempat disnap. kot korang nak tau harga sekarang kan...
pembelian barang adalah atas kiriman! balik rumah, tengok 'eh ape yg aku beli utk diri sendiri??'...tak hade..sebok membeli utk orang pulak sampai terlupa keinginan diri sendiri..huhuhuu...
kiriman mak. sebok terpengaruh periuk ajaib..
Corelle, Kiriman member ofis. tapi tak beli sebab dia nak full set. tapi harga skrg dah mahal.
tak jadi. gud. kalau beli takut pecah berderai je nnt..kui3
kiriman member ofis. sudu menyudu...
balik rumah tertanya diri sendiri, nape tak beli utk diri sendiri
ni gambar senduk. kalau garfu/sudu RM5.50 (6sudu/1set)
murah kot aku rasa. kualiti pun bagus
dan sudu yg jenis berat. bukan yg ringan.
nyesal tak sudah!!
kiriman kawan en.suami
tapi yang ni kami beli banyak utk diri sendiri.
faveret everrr and foreverr!!
korg try okeh kalau jumpa beli tau.
tapi ni harga dekat Idamansuri. Aku beli kt Ram's, RM17.00 jer.
jimat RM0.90. tu untung survey mensurvey. kui3
to be continued.......