Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 29, 2014

Cousin

0 komen
aku rasa gambar ni sangat sweet!

nanti dah besar boleh tunjuk kat dorang bertiga gambar bertiga depan pintu umah makwan ni. 
Marissa Disember 2011
Qina Mac 2012
Rara Jun 2012

Tahun depan tambah lagi dua (2) orang cucu makwan. total jadi lima (5) orang. pening la kepala makwan kau. 3orang ni sekali balik pun hiruk pikuk rumah, macam tsunami jadinya. kejap gaduh, kejap berebut barang. macam-macam hal. tapi yang best, kalau sorang mandi, semua pun nak mandi. sorang makan semua sekali kena suap. sekali jalan semua pun so sorang je yang handle. kalau kakak aku dah mandikan anak-anak. aku suapkan dorang semua makan. macam kt taska.

Anak mama dah besar sangat T.T

maklang sayang semua anak-anak buah maklang =)

tahun depan tambah lagi 2orang lagi hirukpikuk lah kalau semua balik....raya sure happening kan?tak sabar lah...heheheh

Adik Ipar Bertunang

0 komen
27 Disember 2014 (Sabtu)

Adik Ipar telah selamat bertunang dengan pilihan hatinya. ewah! ok kak long happy sebab ada geng utk di buli. eh! sebagai kak long, rasanya dah tiba masanya kak long pencen untuk masak memasak ni. kehkeh...

Aku & family yang lain semua tak kenal pun. means tak pernah jumpa pun sebelum ni. ni la first time jumpa time bertunang ni. cuma MakMertua&PakMertua je yang pernah jumpa time merisik 2minggu lepas. aku tak pergi sebab en.suami exam. Majlis tunang ni pun patut nak adakan bulan januari. tapi sebabkan AKU nak bersalin, dorang awalkan. terharu pulak iols! alaa alasan je sebenarnye tu, padahal korang lagi suka kan dapat tunang awal? (nada macam jeles apekes?)

ade cite menggelabahnya en.suami time hari kejadian. dah janji dengan pakmertua nak gerak jam 11 pagi. tapi tengok jam dah 11.15pagi. aku pun baru nak siap pakai tudung. so aku cakap en.suami:-

Aku : b turun lah dulu bawak anak, siap buang sampah semua dulu. pastu nnt tunggu kat lobi..
En. Suami : ok lah, marissa jom turun...

Sekali aku dah siap semua turun tengok tak de pun kereta kt lobi? kereta kt parking kt mana? mana?mana? call en.suami:-

Aku : hello b g mana?
En.Suami : kt umah abah lah.
Aku : dah kenapa tak tunggu mama?
En.Suami : dah tadi suruh pergi dulu. 
Aku : dah tu mama nak pergi umah abah jalan kaki ke?
En. Suami : ingat mama siap lambat...b g lah dulu.
Aku : Ggrrrrrr!!!!

Aku stress gile time tu. tak boleh terima kenyataan kenapa en.suami tinggalkan aku time tu. padahal aku suh die turun dulu sebab nak senangkan aku takyah jalan jauh g kt kereta yang park jauh. takyah lah aku tunggu die buang sampah semua dulu kan makan masa. sebab tu aku suh dia turun dulu settlekan anak dan sampah dulu.  Aku siap kan terkedek-kedek, at least time aku siap turun tinggal naik kereta je terus tak payah tunggu die buang sampah bagai. sampai hari ini aku rase apesal orang lain yang nak bertunang orang lain yang menggelabah. dah elok benda aku nak cepat dan senang, dah jadi lagi lambat. satu hal pulak dgn buyong-buyong ni kena berdiri tunggu en.suami datang patah balik. coiii sangat......

sepanjang majlis adalah duduk bersila. uh uhh, cover je lah makbuyong ni kena bersila lama-lama. makan pon berhidang dan duduk bersila. pastu balik kaki tangan semua krem.....hadui lah.

first time jumpa, terperanjat jugak sebab dia kenal aku, marissa, dengan yang lain-lain. kan tak pernah jumpa macamana pulak dia kenal eh? mungkin adik ipar aku dah siap info siap bergambar dulu kot.

En.suami tanya aku kenal ke?sebab die tengok dari jauh nampak aku mesra semacam je...padahal baru jumpa hari tu kan. aku kata lah dah die peramah, aku pun naik sheikh lah.. kahkahhh! kalau orang senyap aku pun senyap lah kan. ok pertemuan pertama yang agak positif. sila lah berjaga-jaga....kaklong sedang memerhati..tak sabar nak buli. kahkahkahhh!! Insyaallah majlis berlangsung lepas raya. lagi 8bulan untuk dibuli. kak long nak berehat-rehat pulak eh...kui kuiii...

Wednesday, December 24, 2014

Celebrate Birthday 3 Tahun

0 komen
Alkisah birthday marissa yang planning nak celebrate yang dah buat macam-macam jenis perancangan  tapi tak jadi-jadi. Nak celebrate kt school tak jadi, bagi goodies je pulak dah. nak celebrate kt sungai buloh, tak jadi sebab makbapak aku g Ipoh. nak celebrate kt rawang tak jadi sebab makpak mertua datang putrajaya sebab jaga nenek yang tak berapa sihat kt kuarters pakmertua. akhir sekali benda yang tak dirancang tu pulak yang menjadi. boleh? tu lah kan kadang-kadang kita go with the flow je lah. takpayah susah wat planning. kadang yang tak plan tu lah yang selalu menjadi.

aku suka celebrate hari kejadian. kalau sebelum or selepas macam tak best je rase kan. lagi aku suka kalau dapat celebrate masa betul-betul time dilahirkan. 22 Disember 2014 pulak jatuh hari isnin. macam aku cakap tadi, tak plan ape pun. tiba-tiba nak balik rumah tu terfikir nak pegi beli kek lah.  marissa makmertua jaga, so tak de la rushing nak amek cepat kt taska. masa kt kedai kek tu, nampak dominos, tapau sekali lah alang-alang kan. masa nak beli kek tu nampak kek utk christmas yang ada patung snowman tu. marissa pulak memang suka tengok FROZEN! so aku tipu dia kata snowman tu adalah OLAF! kahkahh...nak beli kek yang lain-lain tu macam tak berkenan je marissa nnt. nak beli secret recipe pun besau gabak sgt pulak kek nya. nasib lah christmas dah dekat ni. boleh la buat syarat je. hihihi

sebelum balik tu, call en.suami, pak mertua, adik ipar semua suruh balik awal sebab marissa nak tiup lilin. kalau boleh nak semua ada. baru lah marissa happy sikit kan ramai yang nyanyikan lagu. ok ngam! semua pun sampai rumah jam 6.30petang. terus pasang lilin, nanyi3, tiup lilin, potong kek! makan....settle dah.

 simple but nice! 

Harap-harap marissa happy lah dapat jugak la celebrate walaupun dah hampir-hampir tak jadi buat ape-ape pun selepas pelbagai rintangan dan dugaan. kahkahh!

 mama sayang marissa tau!!
 walaupun mama dah macam kenderaan berat tak larat banyak jalan. 

Semoga menjadi kakak yang baik untuk adik yang bakal lahir bulan depan. walaupun kakak marissa banyak sangat peel akhir-akhir ni, tapi mama tetap tabah hadapinya. ewah! jgn jeles dengan adik sendiri eh. kakak dah besar kan....

Hadiah untuk tahun ke 3 kelahiran ni, ayah belikan marissa................................

MOTOsikal baru! 
genap 21 tahun mintak ayah belikan mini cooper eh.

Walaupun tak reti kayuh lagi, tapi gaya tetap ade okeh!

Okeh, mama dah mengah nak taip panjang-panjang. nanti cite bab lain pulak eh...daaaaa...

Monday, December 22, 2014

Happy 3rd Birthday Marissa & Goodies

0 komen
22 Disember 2014 genap lah Adrianna Marissa mama 3 tahun. Tahun depan dah 4 tahun, cepatnya masa berlalu. rasa macam semalam baru lahirkan marissa. cewah! memang patut dah ade adik la kot kan. masa checkup marissa bulan lepas, en.suami kata nurse tanya "mama marissa ni dah pregnant lagi belom?". boleh pulak nurse tanya gitu eh. en.suami jawab "mama checkup baby ade kt luar tgh tgu cek darah dgn urin". motif nurse tanya macam tu? tapi bila aku jumpa nurse, nurse dah ceramah dan tanya macamana aku nak rancang keluarga lepas bersalin nanti. huh?soalan apekah ini??

ok back to track!

en.suami kalau buat keje, tak payah kau kacau. sat g ade je lah yg tak kena. biskut kena letak bawah lah, susun tak betul lah, salah la ape lah. last sekali aku fed up.hah, amek buat semua sendiri. aku tolong tengok je. keje marissa pun tolong paskan sticker frozen tu je pun. mengadap betul depan ayah dia. eksaited sgt. Niat dihati nak celebrate kt school birthday marissa, tapi cikgu kata 22disember semua kawan-kawan dah tukar kelas lain. tinggal 10 orang je yang tinggal. alaaaa.....xbest la kan, celebrate tak ramai2. tup-tup, arini mak mertua datang nak jaga marissa. nasib tak booking kek wat celebrate kt school, kalau tak rugi je.

Marissa 2minggu lepas memang meragam je pergi school, cikgu kata mungkin dia tau yang adik dia tak lama lagi nak keluar, so die risau kasih sayang aku berbelah bagi kot. asal hantar school je, meraung. pelik pulak, sebelum ni pegi school happy go lucky je. semenjak dua ni yang lain macam perangai. kt rumah pun pelik, tak boleh jauh sikit dari aku sampai en. suami panggil "mama dengan saka mama tu memang tak dpt pisahkan". mengekor je aku g dapur die ikut, g bilik die ikut bontot aku. naik rimas pun ade sebenarnye. tapi aku rase dia tau tak lama lagi aku akan tinggalkan die wat sementara waktu sebab nk fokus kt adik dia.

lagi satu dia sangat sentap kalau aku yang marah,nangis tahap teresak2 kalau aku tinggikan suara. kalau aku nangis die pun ikut nangis jugak. dia macam tak boleh tengok kot kalau aku sedih or marah dia. kadang saje sakat kata "mama tak sayang sha lah, pergi sana". nada biasa je. tapi die punya nangis tu macam kena pukul dengan rotan je gamaknye. bahahha!

Anak kesayangan mama dah masuk 3 tahun hari ini. mama doakan marissa menjadi anak yang dengar kata mama & ayah. jadi kakak yang baik, tolong mama buat kerja rumah sikit eh. sayang adik macamana mama sayang marissa ye. Jangan risau, mama tetap sayang marissa walaupun adik dah keluar nanti. muah muahh!!!!

Wednesday, December 17, 2014

Marissa Demam

0 komen
Awal Disember aritu, marissa demam secara tiba-tiba. elok je dia aktif siang tu, tup tup malam tu badan terus panas. eh cuwak jugak lah. tak de angin tak de ribut tiba-tiba kan. marissa dah lama tak demam ni. risau jugak lah jadinya. 

Selamat kt rumah ade termometer, boleh cek suhu badan tu berapa kan. sekali tengok!!

39.2 darjah celcius

ok, tak puas hati set balik. cek balik. boleh naik pulak jadi

40.3 darjah celcius

ape kejadahnya cepat sangat naik panas badan ni. aku pun naik mula menggelabah lah kalau dah masuk 40 darjah celcius ke atas ni kan. terus selongkar peti ais tengok ubat demam. aku memang tak de stanby ubat bontot. tak berani sgt nk bagi ubat bontot ni. takat ubat makan tu ade berani la sikit. 

keesokkannya pergi klinik Wong kt kajang. Doktor bagi sumbat terus ubat bontot sebab panas sgt. then balik rumah. ok sihat. masuk maghrib, marissa start demam balik. seminggu macam tu. siang aktif, masuk maghrib, dah start demam balik. 

bila dah cecah seminggu demam, aku ajak en.suami pergi cek darah kt klinik kerajaan. risau la kan, kot denggi ke kan. sebab kalau demam lama ni boleh jadi jugak denggi. bila nurse kata kena amek darah, aku memang tak berani lah. tak sanggup tengok. sat g aku yang nangis over tengok anak kena cucuk. nasib en. suami ade temankan. bila nama kena panggil tu, en.suami masuk dengan marissa, aku duduk luar tunggu dengan penuh harapan. cewah! menantikan tangisan si anak dari luar. tapi sunyi sepi je....ape dah jadi kt dalam tu. senyap je? ade la dalam 5-6minit camtu en.suami keluar dengan marissa. wahhhh!!! hebat anak mama tak nangis lah....tak sangka!!

muka sedih la, tangan dia yg kena cucuk tu tak boleh pegang la. sakit la kononnye. aku ngan en.suami pun puji melangit lah dia kan. bagi semangat die UP sikit kan. siap bangga cakap "sha tak nangis pun mama".  "sha good girl lah tak nangis", aku jawab balik. tapi en. suami kata makan masa sikit, sbb marissa keraskan tangan dia masa nurse nk cucuk jarum tu. muka herot berot sikit time kena cucuk, tapi tak nangis. tapi aku rase kalau aku yang temankan masa nurse cucuk tu mungkin marissa nangis & ade drama swasta sikit. biase lah anak kalau dengan mak nya over sikit nengade dia kan.

Alhamdulillah keputusan darah ok, cuma demam sebab Infection je. bukan denggi. mungkin demam nak beralih tahun kot. birthday marissa kan 22 disember ni. biasa lah budak-budak kalau nk beralih bulan or tahun or nak pandai something kan demam dulu. heh? mungkin la kot...ke demam sebab nak dapat adik?kui-kui....

Monday, December 8, 2014

Nama Baby

0 komen

Now mama tengah excited tengah cari nama yang baik untuk baby mama ni. sebenarnya time marissa nak lahir dulu pun dah cari 2-3 nama baby lelaki & perempuan. Bila satu nama baby girl dah guna, mungkin boleh guna untuk adik marissa pulak. aku dengan en. suami dah list down nama sampai anak keempat tahu tak?eksaited ke tak? tapi tak tau nak guna ke tak kan. planning kemain. manusia boleh berubah-rubah fikiran bukan? haahahha

Maksud nama Adrianna Marissa

ADRIANNA     -     NISBAH
MARISSA            -     SEORANG YANG BERSOPAN SANTUN

Masa marissa mula-mula lahir dulu, kteorang panggil Adrianna. Tapi kerap demam + tak sihat. then mak mertua suruh tukar panggilan nama. mungkin nama tu berat, 'katanya..'. malas banyak bunyi, kteorang pun tukar panggil Marissa pulak.tapi tu sume Tuhan punya kerja. jangan pertikaikan kalau anak selalu sakit ye.

Dah Scan 4D tu, now mama excited lah nak cari nama-nama yang sedap-sedap untuk baby. taksabartaksabartaksabar!!!

Baby : 4D Scan #32weeks

0 komen
Akibat daripada merajuk dengan klinik checkup selalu taknak scan baby dalam pewot, maka aku pun ajak lah en.suami pegi scan sendiri. 4D Scan lagi, baru puas hati aku. yela, dah nak masuk 3bulan dah doktor taknak scan masa checkup. pelik je, aku dah siap request kot "doc tak nak scan perot saya ke harini?" doktor kata "tak...". 3kali checkup dah doktor tak scan. tiap kali tu jugak lah aku tanya. tapi tiap kali tu jugak hampa..

Gigih la aku google laju-laju nak tengok klinik mana yang review dia best pasal scan 4D ni. Keluar lah Klinik Jameaton, Sri Kembangan. Ok lah tu dah dekat jugak dengan rumah. Semalam, Ahad 7 Disember 2014 aku booking untuk scan 4D. 
 
Kami dari rawang rumah makmertua laju-laju pegi klinik sebab dah booking nama je, tapi time tak boleh booking. sape cepat dia dulu, gitu konsepnya. Klinik bukak sabtu ahad khas utk Scan 4D or Details Scan sahaja. Sampai dalam jam 11pagi macam tu, intai tengok ada 1pasangan je yang tengah tunggu utk masuk bilik doktor. laju-laju lah aku register. Lepas aku register, berduyun pulak yang datang. ada la 4pasangan. Nasib lah aku cepat seminit! kalau tak, bernanah lah tunggu kan. Satu pasangan scan makan masa 30minit jugak kan..

Hasil 4D Scan

Sayup betul hati mama tengok kamu baby. jelas dan nyata tau. puas hati mama dapat jumpa kamu jugak walaupun kena bayar sikit la kan. Dah doktor yang free tu tak nak bagi mama jumpa kamu. Alhamdulillah, doktor bagitau...Jantong Ok, Buah Pinggan Ok, Hati Ok, semua pun nampak normal. Syukur! Now baby 32weeks dah 1.8kg. tunggu masa je untuk kamu keluar. mama tak paksa kamu keluar tau. tapi kalau boleh 37weeks tu kamu keluar lah elok-elok tanpa paksaan ye. mama tak nak tunggu lama sangat macam kakak marissa sampai kena tunggu 40weeks 10days baru dia nak keluar. Mama tak sabar dah nak cuti 3bulan bergaji penuh dengan kasih sayang. bahahahah!!

Apa yang aku boleh cakap bila dah 2nd baby ni aku lebih BERSEDIA dari segi mental, fizikal, emosi. Sebab kekurangan atau kelemahan yang aku penah buat dulu masa 1st pregnancy tu aku perbaiki masa anak kedua ni. aku taknak ape yang terjadi masa dulu berulang. Contohnya:

1. Siap beli breastpump! dulu masa marissa, menggagau g cari pam kt hospital. sebab marissa masuk NICU sebab marissa tak nak sucking. memang ilmu bab menyusukan tu ZERO! tak tahu langsung. tak buat research langsung! now, mama dah siap beli double breastpump electric, siap ice pack, storage bag. Ilmu jugak dah diasah dah. siap beli DVD Penyusuan, cara penyimpanan, cara pengepaman, semuanya insyaallah mama dah READY.

2. Keperluan Baby Lengkap! masa marissa, boleh dikatakan hari-hari en.suami pegi Kedai Manjaku. Kejap beli Breast Pad, kejap beli pampers, kejap beli pad, kejap beli tisu basah, kejap beli minyak yuyi. masa belum keluar macam tak tau nak beli apa. bila baby dah keluar baru tau ape yang baby perlukan. so 2nd baby mama dah get ready semuanya dah! no worries, insyaallah takkan pegi Kedai manjaku hari-hari lagi dah.

3. Keperluan Mama! Pilis, Param, Bengkung, Stokin, Cardigan, Kain Batik. semua dah beli awal. kalau dulu, dah beranaks baru lah terhegeh3 lah suruh en.suami pergi beli Pilis Param tu semua. Aku dah tau aku suka bengkung jenis macamana, so aku siap suruh mak aku jahitkan 2helai siap. satu basuh satu pakai. Aku suka lah berpantang cara tradisional ni. berurut, pakai pilis param, mandi air daun,pakai stokin, minum air halia, makan kena catu. suma tu aku suka. serius! sebab aku tau aku boleh kurus time aku pantang tu je pun..dan aku menghargai momen-momen layanan sebagai seorang puteri diraja. Keje rumah takpayah buat, tapi orang tatang kita bagai minyak yang penuh. sukasukasuka!!

4. Planning lepas bersalin lagi teratur. Aku dah bincang dengan en.suami. Bersalin kt putrajaya. duduk putrajaya dulu, settlekan surat beranak, settlekan hal anak dengan hospital or klinik dulu. dalam seminggu or lepas semua hal dah settle, baru lah aku akan dihantar balik ke rumah mak dekat Sungai Buloh. Masa marissa, kelibut betul. marissa keluar NICU, settle surat beranak, marissa kena kuning masa kt putrajaya, pastu sebok nak balik sg.buloh pastu tukar-tukar klinik time cek kuning. pening betul lah! serabut rasa...pastu tak report kt klinik yang selalu checkup yang kata dah beranak. kena marah dengan nurse. pastu en.suami lupa tarikh nurse bagi utk 1st checkup time marissa 1bulan.

Panjang pulak aku membebel pagi ni. dah penat lah taip, nanti lah sambung lagi eh. kesimpulannya, aku sangat-sangat ready dah untuk 2nd pregnancy ni. semua yang aku rasa tak lengkap masa dulu aku dah perbaiki dan harap-harap tak ade yang aku lupa nak buat lagi. cuma yang aku rasa pening memikirkan sekarang adalah masa aku bersalin nnt sapa nak jagakan Marissa?? perlu ke aku hantar rumah mak mertua or mak aku? tapi dorang keje kot. takkan lah aku nak hantar sana, sape nak jaga marissa nanti?kalau marissa duduk dengan aku pulak, tetibe kang jam 12tengahmalam aku nak terberanak, sape yang nak jagakan marissa? takkan nk hangkut pegi labour room jugak kot?? takkan la en.suami jaga anak, aku macamana??aku taknak beranak sorang-sorang....uwaaaaa!!! dilema lahhh......

Mama Love You Both, Marissa & Baby
hugs & Kisses

Monday, November 24, 2014

#31weeks

0 komen
salam semua,

aku rasa macam nak cerita bab 2nd pregnancy ni punya progress. tapi henpon pulak buat hal tak leh upload guna internet henpon, nk guna usb pun tak boleh nak transfer ke PC. korang sabotaj aku ke hape ni eh? tak best kan kalu cerita tak de gambar? hurm. takpe lah mana yang ade je lah eh gambar pun curi google je lah. review sikit bab 2nd pregnancy ni untuk ingatan di hari tua nnt. teheeehe!

1st trimester

Minggu ke minggu yang sungguh dasyat dalam diri. muntah + pening tak boleh nak kata lah. memang morning sickness tu memang melampaui batas. kena pulak jaga marissa dalam masa yang sama. memang HEAVEN! dapur memang tak berasap beberapa bulan ye. benda yang aku paling benci adalah bau nasi masak kt rice cooker tu. bau die boleh muntah weh. so kalau nak masak nasi biasa aku tanak sendiri masak kat dapor gas tu. tak guna rice cooker. 

Kebiasaannya, aku akan 'check in' bilik stor start jam 10pagi sampai tengahari. dah siap bawak stokin, bantal & selimut semua dah. memang kena baring time tu. selamat lah dapat bos yang sangat-sangat memahami. bos faham je bila aku cakap aku nak baring kejap. memang bos tak ganggu lah. 

masa 1st trimester ni, berat aku drop sampai 8 kilogram. sebab selera makan tak ade. boleh telan pon takat roti dengan biskut. memang kalau nak kurus memang bagus lah kan.  time check up nurse sampai suruh 2-3 kali naik penimbang nak tengok berat aku tu.

2nd trimester

8 kilo turun, masuk 2nd trimester berat naik 2kali ganda kau. haih! selera makan semakin pulih dan dah mula mintak makan macam-macam. Alhamdulillah lah aku ni jenis pregnant mintak makan benda yang senang nak dapat. tak susah nak dapat, kebiasaannya benda yang aku dah penah makan, cuma tetibe teringin nak makan balik. 
 sundae cup strawbery Mc Donalds

memang win lah kalau dapat. biasa kalau makan ais krim ni tak penah lah nak habes, tapi klu bagi time pregnant ni, 5minit pun settle! tak de hal lah. mungkin sebab masam-masam tu kot. ade satu hari tu kan, pegi alamanda nak beli. beratur panjang, sampai turn, strawbery dah habes, tinggal coklat je. mata aku berkaca wehh!! sedih tak hingat dunia. kelakar je rase. terus merajuk pegi tak jadi beli. 

nasi lemak bungkus
sarapan wajib setiap hari. kena cari jugak nasi lemak. kalau marissa dulu aku cukup benci nasi lemak ni. kalau nampak memang boleh bawak gadoh lah. lebih-lebih lagi kalau nasi kukus ayam dara ke dan seangkatan dengannya. lalu depan kedai pun kalau boleh tak nak. punya lah benci. tapi untuk si adik, menjadi kegemaran tau. sanggup beli nasi lemak dekat flat hijau walaupun jam dah 730pagi. gerai tu memang ramai orang beli, kena tunggu. Tapi rezeki baby selalu dapat dulu kalau aku datang. tapi ada satu hari tu kan, patutnya turn aku lah utk order, tapi kakak tu tak layan aku. die layan orang yang baru sampai. mata aku berkaca lagi!!!! sebak gile. hahahahha....emo tak pasal. sampai baby merajok tau. balik, terus tak nak beli dah..

pengat pisang
boleh dapat kt kafe ofis je pun. selamat lah kerap jugak lah kafe jual akhir-akhir ni. uh uhhhh..sedapnya!!

Nasi beriani dekat restoran INSAF Jalan TAR

Benda ni yang buat aku rasa aku pregnant! sebab masa mula-mula dulu, tiba-tiba bangun cakap kt en. suami nak makan dekat Insaf. Beriya ok ajak jugak. sampai boleh bawak gadoh punya. kalau cakap kalau dia tak nak temankan aku sanggup pegi dengan anak je. tu la first instinct aku yang aku rase aku pregnant. pastu masuk kedai ni aku bau kedai dia sangat-sangat menyenangkan jiwa dan raga dan boleh buat aku gembira dan hati berbunga-bunga. walaupun time tu aku belum lambat period pun lagi..Lepas makan ni, terus period tak datang-datang...haaaa!

Banana Cheese

Kalau boleh nak yang dekat RJ Ayam Bakar dekat Kuching Sarawak sanun, tapi bertabah lah takkan lah nk makan ni semata kena pegi sana kan. takpe, baby boleh bagi kelonggaran sikit. tekak boleh terima yang jual kt KL ni je. bagus!

3rd trimester

Sebab kehebatan makan ketika 2nd trimester, berat mendadak naik hampir 20kg! oh myy.......kegilaan apakah ini. bila masuk 3rd trimester ni kuantiti makanan yang ditelan adalah berkurangan. sebab space dalam perot dah semakin sempit sebab kena kongsi dengan baby dalam perot kan. kalau makan lebih sikit mula lah nak muntah balik. sendawa pun rase macam nk terkeluar balik makanan. memandangkan baru masuk 3rd trimester ni, tak banyak lagi story yang boleh dikongsikan.

.........................................................

Kesihatan aku dengan baby sangat2 memuaskan hati. Darah ok, gula ok, HB ok! dulu marissa, lambang sticker putih tu dah bertukar hijau 2minggu sekali kena hadap nurse dan doktor. tapi 2nd baby, sticker putih je sampai dah 3rd trimester ni. checkup pun sebulan sekali je. sebab tak banyak masalah kesihatan sangat. sampaikan 2bulan berturut-turut doktor tak scan baby. aku siap request lagi "doktor tak scan ke?dah lama saya tak jumpa baby saya". doktor boleh kata "nak buat ape scan awak tak de masalah ape2, nanti 36weeks kita scan ye"... alaaaaa..lamanya nak jumpa baby!! mama rindu lahhh..hu3. ape lah kabar baby dalam pewot ni eh. nak ajak ayah pegi scan 4D lah kt swasta. boleh lagi ke 31weeks????huhuhuu.....

cerita bab kelakar en. suami membantu si isteri. ada satu malam tu, tak tau lah kenapa dengan en. suami ni kan. aku suruh die bancuhkan susu untuk aku minum sebelum tidur. maka bangun lah si suami bancuhkan. sekali nak minum aku macam pelik kenapa susu ni warna coklat???dah expired ke??? sekali aku tanya b bancuh susu yang mana????die tunjuk yang ni..............

 tak tau nak gelak ke nak sedih....ni susu anak!! hhahahahah

 ni susu mama....

nasib lah susu aku VANILLA, kalau susu aku pun coklat, telan je lah tak tau dah terminum susu anak. mungkin sebab warna seakan sama kan 2jenama ni. ke salah aku letak susu anak sebelah dengan susu aku??ok lah tak salahkan en.suami, mungkin die serabut kot time tu. tapi aku kesian kt en.suami.....hahahahahahha!!

Tuesday, November 18, 2014

it's hard to say Good Bye

0 komen
eh, rasa sunyi pulak ofis ni bila bos dah tak ada kat sini.....

Memang aku agak emo lah sebab bos antara bos yang TERBAIK yang penah aku jaga. selalu kautim macam-macam benda. bos cover aku, aku cover dia. perkara biasa. tak cerewet. tak banyak karenah. boleh bawak bincang dan dengar pendapat kita. Kelakar, boleh gurau-gurau kasau dengan dia, semua-semua lah.

12 November 2014 (Rabu), ada buat farewell untuk bos, bos belanja makan untuk cawangan. kali terakhir lah bos belanja..

Dalam speech terakhir bos, bos kata "walaupun saya nampak macam kejam tinggalkan PA saya yang sedang sarat mengandung sekarang ni. walaupun bukan sebab PERBUATAN saya, tapi saya doakan beliau selamat bersalin".. tersentak kot! eh ehh..buat lawak lak bos kt depan orang ramai ni. malu lah iols. bahahahah!

hari terakhir bos dekat ofis.sebelum semua balik, masuk jumpa bos dulu..

Aku masih ingat lagi hari pertama bos masuk keje, hari pertama bos naik kereta aku sebab aku nak tunjuk mana parking bos. first day jumpa first day aku pelawa naik kereta aku drive sebab nak alih kereta yang aku tumpang parking tempat parking untuk bos. Semalam, hari terakhir bos keje dekat sini, aku pulak yang tumpang naik kereta bos untuk pertama dan terakhir kalinya sebab bos nak keluar parking kereta kena touch palang guna pas kerja dan aku kena ambil pas kerja dia untuk bagi pada admin balik. belanja selfie sekali....haahahha

then bos hantar depan loby, masa turun dari kereta bos. bos jerit panggil "ezy!!!! i'm gonna miss u"...erk??terpaku kejap. dah macam girlfriend boyfriend pulak neh. tapi lidah aku kelu...senyum je lah!

Tak tau lah nak sedih or nak gembira. sedih sebab bos paling sporting. tak dehal lah kalu aku awal pregnant dulu kul 10pagi je masuk stor tido sampai tengahari. bos tak de hal, ok je. memahami gila. nampak aku pucat je sikit dah suruh aku balik rehat. nak gembira sebab i'm free uols!!! boleh la tengahari tido dalam bilik bos! bahahahha...gitu.

semoga bos maju jaya dan jangan lupakan kami ye. you'll be missed bos!! sob-sobb.....

Friday, October 24, 2014

Usaha Tangga Kejayaan

0 komen
Salam Jumaat,

Berkat hari jumaat yang mulia ni, ditambah pula esok Maal Hijrah. Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran akhirnya berita baik yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Mungkin juga rezeki baby dalam perot ni jugak kot. Seperti mana yang korang tau dalam entry lepas-lepas aku ade cerita bab  yang mana date fly ke Hong Kong adalah sama dengan due date aku bersalin. Bajet macam nak bawak marissa pegi Hong Kong Disneyland main-main kat sana januari tahun depan sambil sambut anniversary dekat sana sekali, tapi belum sampai rezeki kami sekeluarga lagi untuk ke Hong Kong. Kami di'kejut'kan dengan kehadiran orang baru Januari nanti. 

Dengan bersungguh-sungguh lah aku tanya sana sini bab untuk refund balik duit yang dah dilaburkan beli tiket utk kami bertiga ke Hong Kong tu. Biase lah syarikat penerbangan "tu" tak bagi no. telefon hotline untuk tanya bab-bab gini. suma pun kena tanya guna form.  kena usaha lah sendiri kalau nak duit tu dikembalikan. Aku pun mengkaji lah website syarikat penerbangan tu utk tau lebih lanjut bab refund kan. jom aku kongsi cara kalau-kalau korang pun sama nak refund balik duit atas sebab pregnant or kesihatan.

Usaha bermula  pada 17 Julai 2014 dan selesai pada 24 Oktober 2014 ( 3bulan++ )

Step 1 : Time checkup, mintak doktor bagi surat pengesahan pregnant. 

Step 2 : Isi e-form yang ade dalam website. Attach sekali Surat Doktor tadi, Salinan Cover Depan Buku Pink (pregnant). cerita lah ape masalah korang dalam column 'feedback' tu.

Bab ni dorang reply yang aku tak layak untuk refund. tapi layak untuk Credit Shell. aku pun isi form balik untuk apply Credit Shell pulak.

Step 3 : Isi form balik mohon Credit Shell. Case Category tu piliha selain dari REFUND

Bab ni pulak dorang reply yang tak de pengesahan yang Husairy tu suami aku, marissa tu anak aku. nak sijil nikah, ic  lah. ok, mak dah stress!! ok, bersabar dan teruskan dengan step seterusnya dengan tabah...........

Step 4 : Isi form balik dan attach pulak IC dengan kad nikah untuk perakuan SUAMI & ANAK.

Sampai sini dah ingat settle dah. rupanya tidak yer....ade lagi benda yang dia nak...sabar dan tabah lah lagi isi form lagi.

Step 5 : Isi form lagi dan info member number dan web user ID untuk dorang masukkan Credit Shell tu.

Berdoalah yang korang berjaya dapat Credit Shell tu. ok now nak cerita Credit Shell tu ape. Credit Shell tu korang tak dapat CASH. tapi dorang akan masukkan dalam akaun web Syarikat Penerbangan  korang duit tu. then korang boleh pilih mana-mana dan bila-bila masa yang korang nak pergi dengan harga yang korang layak dapat tu dalam masa 90hari korang kena booking sebelum BURN. Tapi jangan lah korang berharap dapat Credit Shell tu sama harga dengan korang beli dulu. Dorang yang decide berapa yang korang layak dapat. Macam Insurans, Airport Tax, Fuel Surcharge tu semua korang tak layak dapat balik eh. jangan perasan!huhuhu..

Total yang aku bayar time booking dulu.. RM1,342.00 (2dewasa+1Kanak-Kanak)

Total Credit Shell yang aku layak dapat.... RM625.00 sahaja
 
Boleh lah daripada aku burnkan begitu sahaja kan, biarkan seat kosong tanpa penumpang lagi lah sakit hati. betul tak? At least aku dapat half dari ape yang aku bayar dulu. kire untung jugak lah tu. So now, aku ada masa 90 hari untuk booking kemana-mana destinasi dan bila-bila masa dengan harga yang aku layak tu. tapi otak aku tak berfungsi buat masa sekarang. sebab aku tak bersalin lagi kan, aku tak pasti nak baby ke tak, kondisi aku lepas bersalin nanti macamana. tapi yang pasti aku kena booking sebelum aku bersalin. kalau nak bawak baby pun kena lah besar sikit, takkan lah baru lahir dah nk bawak naik flight kan, kasi baby besar sikit la kot. Valid sampai 22 Januari je tu, aku bersalin 30 Januari (insyaallah). Tengok lah nanti aku fikirkan sehabis baik dulu nak pergi mana dengan 2orang anak nanti. jangan mengandung lagi nanti sudah. jenuh pulak lah nak apply credit shell ni balik. keh keh keh!

harap korang dapat sedikit sebanyak info dari aku. Jenuh tau nak main form-form dan reply-reply by email dengan dorang ni. kena tabah sikit lah, tu yang sampai 3bulan baru settle ni.Aku hampir-hampir putus asa ok. Tapi berkat kesabaran, berbaloi juga akhirnya. Alhamdulillah =)

jom fikir nak fly kemana........anak-anak mama! (huhuuu)

Thursday, October 23, 2014

Adrianna Marissa

2 komen
Salam semua,

Dah lama rasanya tak cerita perkembangan marissa kan? sibuk uruskan rumahtangga, uruskan en.suami, uruskan pewot bagaikan. Dulu time kecik-kecik rajin betul cerita perkembangan. now dah besar tak dan nak cerita, macam-macam perangai pun dah ditunjuk tak sempat mama nak cerita. 

Umur sekarang memang baru 2 tahun 10 bulan. Tapi kalau daftar sekolah kena masuk kelas 3 tahun. sebab lahir Disember. Bayangkan baby lain dah start berjalan, marissa baru lahir. Baru genap masuk 2 tahun, tapi dah kena masuk kelas 3 tahun. kelas 3 tahun pulak 3bulan awal cikgu dah ajar shi shi kt toilet tau. kau bayangkan perasaan ku ketika itu. kecik lagi kot marissa time tu nak ke jamban sendiri. lepas tu tak bagi susu dalam botol susu dah, tapi dalam cawan. semua benda pun marissa kena belajar awal dari usia. hantar taska, taska tak ikut bulan kelahiran, tapi ikut tahun kelahiran. untung ke rugi??

Marissa ok je, tapi aku rase terlalu awal untuk die belajar semua tu. tapi aku sokong lah ape yang cikgu buat tu utk kesenangan aku dimasa hadapan jugak kan. tapi kat rumah kalau 5minit kata nak shi shi, sape nak larat layan kan? pakai kan aje pampers. hahahaha!! cikgu siap pesan, suruh aku ajar jugak benda yang sama cikgu ajar kt sekolah. bagi dia praktis. tapi tak kuasa lak aku nak melayan keluar masuk toilet banyak kali. Tapi alhamdulillah, start bulan lepas marissa dah tak pakai pampers dekat sekolah, kat rumah. time tido, berjalan aku still pakaikan lagi. macam tak confident je nak bia tido malam tak pakai pampers, habes basah tilam kang satu keje lak aku kang. (dasar mak pemalas!). Tapi bab yak, marissa confirm akan ke toilet. walau pakai pampers sekalipun, die akan bukak pampers g jamban jugak utk yak. macam ahad lepas, aku tengah gosok baju kt bilik belakang. Marissa tengah main dekat hall, tetiba je senyap..tak dengar suara dia main. aku pun panggil lah. Marissa pun jawab "mama...sha kt shini. yak!!". ohemgee!!! masuk jamban yak sendiri anakku?? jangan matang cepat sangat boleh tak?mama not ready la....

Bila hantar anak ke taska, aku rasa banyak kelebihan yang aku dapat. aku rase lah, sebab anak akan belajar buat kerja sendiri. contoh, nak mandi dia akan bukak baju letak kat bakul baju kotor, ambil towel die sangkut dekat pintu toilet, bukak air baldi baru panggil aku "mamaaaaa!!". aku tinggal masuk toilet bagi berus gigi (letak tinggi). jirus mandi tu pun berebut dia nak mandi sendiri tapi berjanggut nak tunggu dia jirus. aku kan mak yang tak penyabar.  kah kah! tu bab mandi. bab susu pulak, lepas susu habis marissa akan pegi dapur letak kt sinki botol susu dia. aku tak ajar pun, mungkin cikgu ajar dekat taska lepas habis makan or minum letak kt sinki. aku masih guna botol susu, tak kuasa lah nak bagi anak susu guna cawan, tak tau kekdahnye. 

Paling terharu bila nak keluar rumah, depan pintu dia akan pakai kasut dia then die akan ambil kasut mama/ayah letak dekat depan pintu suruh pakai. sungguh pandai jaga hati orang tua. so suweettt! kadang-kadang tu saje buli, tak nak kasut tu, nak pakai yang lain. marissa ambilkan okey, tak bersungut pun. klu besar kang, bersungut siap! beg pun kalau banyak barang, nak suruh dia tolong bawakkan pun dia sanggup. walaupun berat. tapi mama yang tak sampai hati nak tengok tersenget-senget bahu bawak barang berat.

Kesimpulannya dah boleh diharap lah walau baru nak injak umur 3 tahun bulan 12 ni. walaupun januari 2015 marissa dah masuk kelas 4 tahun. mama tetap anggap kamu baby kecik mama lagi. nanti adik dah keluar jangan muak tolong mama buat kerja rumah ye sayang. Jadi kakak yang baik ye. tolong mama jaga adik pulak lepas ni.

entry ni macam entry besday marissa pulak dah. takpelah sekadar ingin mengingati detik-detik pembelajaran awal marissa. terima kasih sebab temankan mama tido setiap hari, temankan mama masa ayah outstation, temankan mama pegi balik keje, temankan mama pegi shopping, temankan mama setiap hari. mama sayang marissa selamanya!! walaupun adik nak keluar dah bulan januari nanti, tapi marissa tetap dihati mama jugak ok. tengah fikir nak hantar mana masa aku bersalin nanti. aku nak en.suami teman dalam labour room,  rumah opah ke umah makwan?? nanti lah pikir, ade 3bulan lagi. 

mama sayang marissa!!

p/s : marissa akan menangis sekali bila tengok aku nangis. mama tau marissa sayang mama jugak....

Mrs Hary Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template