Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, October 30, 2012

BANGKOK Day 1

0 komen
hola

lama i menyepi ek. sowi....bz lately. 25-27 Oktober lepas, tiba lah masa yang dinantikan oleh kami sekeluarga. percutian yang luar dari malaysia. memula macam takut Ad meragam ke merungut ke kan. tapi die nampak hepy bile dapat berjalan. Thank God, Ad sgt behave dan tak banyak ragam yang merunsingkan.

Flight ke Bangkok jam 10pagi, seawal jam 7pagi kami da gerak ke LCCT. excited makapak eh nak berjalan. tido malam pun tido ayam-ayam je. ayam pun tak tido camtu, berdebar-debar tunggu esok kemain lagi.

tiba di Don Mueng Airport jam 12tghari waktu bangkok. selamat 2jam je flight. Ad dalam flight memula behave je, 15-20minit die da bosan, mula la aksi KungFu. tapi bagi aku, bia die main duduk naik atas turun bawah sume dari die menjerit terlolong menanges. malu kot kan..biakan aje tengok die main kt bawah kaki nunn... asalkan nko bahagie anakk....

Trip kali ni mak ayah and adik aku ikut join skali. berjemaah la jugak kan. so, teksi kena la amek 2bijik. memandangkan kami ni pegi ikut suke hati sendiri. maka, free and easy je jalan sendiri. sampai turun naik teksi ke hotel. Kat kaunter kata, 300THB ke hotel bersamaan RM30. Then sesampai di hotel, Pakcik SOMCHAI neh g sebat kteorang 500THB. ko ingat kteorang mo layan?boooo la wehh. terus bangkang kata kaunter kata 300THB n takmau bayar...Terus die bagi 400THB@ RM40. sebab kteorang tau jalan jem teruk tadi. tapi takyah la sebat sampai banyak sgt. tau la kami ni TOURIST. cetttt.....teksi mak n ayah 300THB je, tapi die tak lalu highway cam kteorang dan sampai hotel 30minit awal dari kteorang. ape kes??mane ko bawak kami pusing naik teksi hahh labu??

Lepas Check in, rehat kejap then terus menggelupur cari tempat makan! lapa kot, tak lunch lagi...time ni da kul 5ptg kot. Restoran ni kat MBK Mall...so, sambil makan sambil shopping la lepas tu kan. makan kt Yana Restoran, sangat sangat superrbbbbbbb lah tomyam die. memula cam pelik asal tomyam ni die letak santan/susu. da macam kari pun ade aku tengok. tapi bile rase...perghhhhhh!! meleleh air liuq bile taip neh pun. tbayang-bayang lagi. dan taklupa juga telor dadar sebiji yang besar sepinggan. klu kt KL, telur 1biji, kecik jeee....nipis plak tu. haihh....

sambung next entry ehh utk next day..... =)

Tuesday, October 9, 2012

PAP SMEAR

2 komen

Orang lain sume lari bile disuruh wat Pap Smear, tapi aku dengan senang hati dan sukarela pegi serah diri kt doctor. bahah! sume pun kawan-kawan terkejut asal aku ni rajin bebenor pegi cek. Actually semenjak aku pregnant aku kena keputihan yg agak teruk jugak la. bile da bersalin ni ingatkan da ok, rerupanya masih ada jugak tapi tak seteruk time pregnant dulu la. bila da takut klu ada apa-apa kan, better g cek. kot-kot ade kanser serviks ke ape ke sume leh tau awal kan lagi bagus. senang nak mencegah kan. sebab tu la punca aku pegi serah diri pun.

En.suami pun menyokong penuh untuk aku buat jugak, tu salah satu pendorong jugak sebenarnye. ce en.suami tak kasi?mau la aku tak pegi cek jugak. tapi untuk kebaikan bini die ni, die izinkan je. Sebelum pegi pagi tadi kul 9pagi, macam-macam cerita la aku dengar itu ini yang membuatkan keputusan tu boleh bertukar. tapi kuatkan jugak hati pegi. bila balik...uhh, tak de la seNGERI yang dorang cerita. kui3

bila jumpa nurse tu masuk-masuk bilik die terus tanya, "nak pil perancang keluarga ke?". no nonoooo...disebabkan bilik tu khas untuk bilik Perancangan keluarga dan Pap Smear, terus die ingat aku nak rancang keluarga. nurse kata jarang orang nak buat pap smear, terkejut la kot kan de customer nak wat pap smear.bahahah!

balik je ofis, abes jadi bahan ujikaji dan kaji selidik kawan-kawan ofis. semua pun tanya sakit ke tak n rase ape sume. bile aku cite sume nak ngeri je la kan!bahahah...tak de pe pun, sakit pun tak. sendiri rase sendiri tau la nanti.... cuba dulu baru tau ye. bagus untuk kesihatan, ape salahnye g serah diri iye dok? lain klinik lain cara, lain nurse lain rase. =p

Wednesday, September 26, 2012

Minyak rambut

2 komen
isu kita pada hari ini pula adalah kebotakan rambut anak-anak kecil. ewahh! ko ingat ko profesor kehh? mari aku nk kongsi sesuatu. kalau benda baik apa salahnya nak dikongsi bersama, ye dak? Masa Adrianna lahir, rambut adalah sgt nipis dan tipis. mgikut keturunan si ayah dan omak eh yang rambut halus dan tak lebat. of coz la gen anak untuk lebih kearah kehalusan tersebut juga. 

Gambar ni masa Adrianna 5bulan ++. tengok ah rambut tu, da macam tok najib kan kan?orang bijak memang botak depan. (tangandibahu,matakeatas!)..bahah! Then, kawan-kawan ofis suggestkan minyak ni..

Adrianna guna yang warna biru tu. dan hasilnya....
 
9month3days!

Dalam penggunaan selama 4bulan, da bleh ikat rambut kelapak dah. nampak kan perubahannya? Actually semalam balik keje, cikgu Adrianna ikatkan tocang rambut ni, aku macam tak pecaye je tu anak haku, sebabnya tak penah aku ikatkan rambut die, sebab sikit je kan. nak ikat pun, tak luak kot getah rambut tu. Bila cikgu die da ikat camtu, baru la aku tengok balik gambar adrianna sebelum-sebelum neh. yeah, ade perubahan! tak payah g pakar YunNam! tetttt....

tapi kena rajin tau, pagi pegi school pakaikan (wlpn basuh muka je pepagi kan), balik uma walaupun cikgu da mandikan, tetap sebelum tido tu basuh muka dulu then taruk lagi minyak ni sebelum tido. Tiap-tiap hari TANPA GAGAL okeh. jgn tiba mood malas taknak buat pulak ye.

Tuesday, September 25, 2012

Dilema seorang ibu/mama/umie/emak

0 komen
isu kita pada hari ini adalah Pengasuh Vs Taska

Sebagai seorang ibu/mama/umie/emak adalah menjadi satu tanggungjawab untuk menjaga anak daripada segala macam penyakit yang datang. Mak mana yang tak gelisah bila anak tak sehat betul tak? Bagi aku, kalau anak sakit, aku pun turut sakit jugak. begitu hebat virus si anak sampai siemak turut berjangkit. hebat bukan??

Kekurangan Pengasuh
1)  Tiada Lesen berdaftar - kalau anak jatuh ke patah kaki ke ape ke, tak boleh nak saman sebab kita sendiri sukarela yang pegi mintak orang yang tak berlesen tu jaga anak kita kan. so, tanggungjawab kita la ape3 hal berlaku pun.
2) Cuti - kalau pengasuh ada emergency ke, sakit ke, cuti balik kampong doploh kali ke kita pun turut kena cuti sama cam pengasuh jugak sebab sape nak jaga anak kita??kita la juga ye..sape lagi dok?
3) Tiada unsur pembelajaran - hantar pagi balik petang. pengasuh bagi anak makan, susu dan tido. itu sahaja.
3) 1pengasuh jaga sampai 3-4orang..agak3 die bleh handle ke?die yang nak masak, nak kemas, nak mandikan, die yang nak tidokan, nak kasi makan kat budak-budak. macam tak relevan je. aku yang 2dewasa jaga 1bayi ni pun rumah da macam tongkang pecah dah. kemas sini, die g sepah yang sana, kemas sana, die sepahkan sini. acane?kekadang, nak mandi pun kena bawak bayi itu sekali ke toilet. bahahah!

Kekurangan Taska 
1) Penyakit berjangkit - oh ni lumrah alam. baru baik 2ari selsema datang balik. sebab kt taska tu macam ikut turn, lepas sipulan a, sipulan b, sipulan c pulak berjangkit dan diikuti seterusnya sehingga la kembali ke sipulan a balik. paham?
2)Yuran pendaftaran da macam deposit nak beli kereta. sebab yuran pendaftaran+yuran bulan januari+yuran bulan disember dibayar serentak diawal tahun sebab takut makapak tak bayar yuran bulan disember sebab cuti sekolah. die kutip awal tahun, takut de yang ngelat xnak bayo.. pokai mak nak!haiyooo
3) pampers, bedak,shampoo,lotion semua pun dikongsi bersama. sebab ape aku tau?sebab aku bagi toiletries Adrianna mase bulan 4 aritu, sampai arini die tak mintak-mintak lagi. takkan la tak abes lagi kot? contoh pampers pulak, kita bagi jenama DRYPERS, bila balik anak pakai jenama MAMYPOKO. ape kes???anak sape punya la dirembatnye...haihh..kesimpulannye, kasi pampers yang murah-murah je kt taska..lagi satu contoh, arini bau bedak jenama Anakku, esok bau Pureen, esoknye lagi bau Carrie Junior, esok bau lain, dan seterusnya...

Isu ni dibangkitkan sebab mybaby Adrianna tidak sehat. baru baik demam 2-3hari demam balik, selesema balik. susah nak tengok hingus die kering. jumaat balik berhingus, kasi ubat sabtu ahad ok, ari isnin petang amek, berhingus balik. rimas betol...

So, semalam pegi checkup Adrianna 9bulan. Berat tak cukup, dari 6.7kg turun ke 6.3kg. dalam masa seminggu. sebab Demam berterusan. Kami si ibu dan bapa sangatlah risau, dan si bapa suruh hantar anak ke Pengasuh, tapi si ibu bantah sebab cuti si ibu tidak mencukupi jikalau si pengasuh nak cuti raya, cuti deepavali, cuti emergency sume. kalau da keluar taska, nanti bila berubah fikiran untuk ke taska semula adalah sangat payah. sebab taska disini semuanya FULL!

Kesimpulannya : si ibu pening lagi untuk pilih yang mana. tak de ape yang boleh disimpulkan disini. Jom minum dulu....

Thursday, September 20, 2012

Cousins

 Sepupu Sepapat..

Turutan Kawen:-
Kak Long + Abg Ipar = 19.3.2010
Me + Hubby = 27.1.2011
Abang + Kakak Ipar = 12.6.2011

Turutan Anak:-
Me + Hubby = 22.12.2011(nmpk sgt gelojoh!bahaha)
Kak Long + Abang Ipar = 19.3.2012
Abang + Kakak Ipar = 8.5.2012

sebab tu lah Adrianna jadi Cucu dan Cicit pertama dalam keluarga. Sebab makapak die lah puncanya!bahahha...Actually kakak aku lambat sikit dapat rezeki anak. bile aku da preggy baru la die pun nak tiru aku. bleh?? bajet branak dulu, bleh bg tunjukajar lah kan kt kakak&abg. orang kata, preggy ni bleh berjangkit. tu yang bile aku start dulu, yang lain dok ngekor kt belakang.
 
Memandangkan aku yang first skali preggy, first skali beranak, first skali jaga anak. excited yang bawah3 tu tanya itu ini kt aku yang da rase dulu neh. punya lah aku saiko kakak aku yang aku bsalin susah. die punyalah menggelabah bile nak bersalin. tup-tup die branak senang je. Heh, apesal aku branak susah ko senang lenang ehh?? tak haci hokey.....bleh kakak aku cakap "ko tipu ah, kate sakit sgt, aku rase ok jew?", time aku lawat die kt wad ritu. 

NOOR QHAIREENA BINTI MOHD FARIEED

Type of Bersalin = Normal+Vacuummm
Tempat Kelahiran = Putra Medical Centre (PMC), Sg.Buloh
Penyusuan = Susu Lembu

Sepupu Adrianna yang paling Semangat. Adrianna 8bulan baru 6.7kg, Qhaireena 5bulan da 9kg!! 5bulan okehhh....klu 8bulan tak tau la berat mane...fengsan kot nak dukung die. Kalau bagi susu sama ngan Adrianna, Juaranya of coz la Qhaireena, sekali sedut 2auns kot die telan. Adrianna 4auns payah betol nak abes, setengah jam belom tentu abes. Bila Adrianna susu tak abes, aku sumbat kt Qhaireena kasi die abeskan. membazirkan amalan syaitonnnirrajimm. Die takkan menolak bile orang kasi minum or makan. sume pun nak ditelan. mane la tak cedebot....

AYRA SAFEERAH BINTI MOHD EZZUAN

Type of Bersalin = Operation
Tempat Kelahiran = Hospital Ampang
 Penyusuan = Susu Ibu sepenuhnya

Sepupu Adrianna yang palingggg baik. mak aku kata "baby minum susu ibu memang baikkk perangainye tak macam lembu". ok, sentapan! hahahah.. susah nak tengok die nanges. ekkk ekkkk gitu je kalau nak susu. meraung melalak tu sangat susah nak dengar.  mungkin jugak sebab die keluar ikut tingkap. Qhaireena&Adrianna kan ikut pintu...(alasan!).

bila keluar secara berjemaah macam ni, kena cari restoran yang luas sikit. nak parking sampai 3stroller memerlukan ruang yang besar. Tapi seronok tau bile da keluar reramai ni kan, kecoh abes. sorang senyap sorang nanges, sorang nanges, sorang ikut nanges jugak. camane la kalau kembar 3 camni kan?

pandai memasing pilih stroller. pilihan stroller adalah mengikut kesayangan memasing. Adik aku sayang sgt kt Qhaireena, sebab die kan semangat suke la die buli itu budak debot. Mak aku pulak of coz la sayang lebih cucu ANAK KESAYANGAN die tu. tak abes3!turun temurun kesayangan die tu. Ayah aku pulak, of coz la sayang lebih cucu ANAK KESAYANGAN die jugeks. Adrianna pun ape saje di sponsored oleh ayah. pantang sebut nak ape sure dapat. yang lain, berapi la kan. naseb la labu, sape suh tak jadi anak kesayangan ayah. bahahhahaa! Next Holiday kami ke luar negara pun Ayah sponsored kami sekeluarga. ape perasaan yang lain??ape haku fedulik...Gelang emas da dapat, nak mintak gelang kaki pulak lahh. ape perasaan yang lain?? ape haku fedulikkkkk.....(matakeatastgndibahu)...bahahhah!

Wednesday, September 19, 2012

Akikah&Cukur Jambul (05022012)

cite da basi, tapi nak cerita jugak. yelakan, lama menyepi menguruskan anak, banyak la cite yang tertunggak kan sampai tak tau mana satu nak cite dlu. Genap abes pantang 44hari, 5Februari2012 kami terus buat Majlis Akikah dan Cukur Jambul Adrianna. Memandangkan Onyang Adrianna da bernazar, maka kami ikutkan nazar Onyang untuk buat majlis dekat Kampong. Fully Sponsored okey! sape nak tolak memang tak la kan.Cicit Onyang yang pertama dapat la keistimewaan neh. best wohh. sesen pun mak tak kuakan duit nok!hebat makjemah....aku balik kampong bawak Adrianna jew sebagai cenderahati...bahahah!

Sehari sebelum majlis, Onyang suruh kami turun padang kasi Adrianna tengok Kambing yang akan disembelih utk die. Kami pun g la turun padang, tapi aku surrender awal3 xmo tengok kambing tu disembelih. Kambing tu pun die macam tau je nak ke syorga, tak menjerit3 pun, relakan aje time kena sembelih tu. Alhamdulillah.....

balik je dari tengok kambing disembelih, abes Adrianna meraung melalak menjerit menangis terlolong-lolong..Time ni la time pertama Adrianna keluar rumah dan bjalan jauh sikit (NegeriSembilan) dari biasa. nak dijadikan cerita, tempat sembelihan pulak agak kedalaman hutan jugak kan. mungkin ada yang mengekor kot....haihh!selamat la Onyang datang membantu baca-baca ayat sket..huhh!fengsan mak....

5 Februari 2012 (Ahad)
Majlis Cukur Jambul
 
Sebelum majlis berdoa banyak-banyak supaya Adrianna BEHAVE masa majlis berlangsung. dalam ati dok berdegup kencang je. time ni aku Fully BreastFeed kan. takkan la kang nanges nak selak baju tengah alam tu kasi susu kan. Nampaknye Adrianna suka boyan neh, almaklum la orang tak penah tido berboyan-boyan kan. sekali dapat tido berboyan, lenaaaaaaa je time naik boyan. tapi..........bila time cukur jambul.....................................

Stress mak nak! aioooooo, da la ramai kan, panas lagi. Adrianna menanges macam kena pukul. mungkin die marah kot kte angkat die dari boyan cunmelecun die tu. Kasi puting tak nak pulak tu. takkan nak kasi susu badan kot?ngah turn bercukur kan. takkan ustaz nak tunggu lak Adrianna susu dulu baru nak bercukur? haiyoooooooooo, fengsan! tak sempat abes pun cukur rambut Adrianna, kasi orang yang wajib-wajib cukur je. yang sedara-mara lelain, nan hadoooo, Adrianna da Meroyan macam ape ntah..

Abes je majlis, ade suprise lah untuk mama! ouhhh terharu kot....tak bajet pun ade cake. sebab dok sebok-sebok majlis kan. Maka, hari jadi tu telah disambut awal sehari. besday i 6Feb u. tak kesah la kan. yang penting mak suke!(kelipkelipmatalajulaju)...

Now, buah hati mama da nak masuk 9bulan, kejap je masa berlalu. Kenangan ni macam baru je berlaku semalam. sweeeeeet memory. Love you!

Adrianna Marissa adalah cucu & cicit pertama dalam keluarga. Maka sambutan hangat sangat masa awal3 dlu!berebut3....bile Qhaireena & Ayra da lahir, maka kasih sayang telah berbelah bagi...bahahah!!

Tuesday, September 18, 2012

seminggu sunyi sepi...

mybabybooo tidak sehat. macam musim la pulakkan ramai baby demam. cuaca mungkin. mungkin jugak sebab baby nak beralih bulan. Akhir bulan ni genap la Adrianna 9bulan. cepatnye la masa berlalu. sob3! tak puas lagi nak bau-bau wangi baby.. sedap&mengasyikkan!bahahha... 

Arini, baby tinggal ngan mama je. hubby de kursus kt Melaka. Rase cam nak ikut jeww. tapi banyak cekadak ko cuti tinggal bape ari je kot?kang kot anak tak sihat ape suma nak cuti jugakkan...ermm! tak ape lah, as long mybaby always be myside, i do fine =)

Thursday, September 6, 2012

Holiday @ Melaka

Hola...

Bila da ada baby ni, suma cita pun pasal baby je la. pasal diri sendiri diabaikan terus! sebab tak de ape yang menarik pun. suma benda nak buat pun pikir pasal baby jew. Lepas raya aritu, cuti yang masih berbaki tu kami sekeluarga ke Melaka. holiday kali ke-2 untuk Adrianna selepas Cameroon Highland masa Adrianna 4bulan. Genap 8 bulan mama&ayah bawa holiday ke Melaka pula. suka tak suka tak??(kelipkelipmata)!

Last pegi pun time bercintun lg ngan hubby kot. lama tak pegi. benci sebab tiap kali pegi pun tiap kali tu jugak la sesat. asyik pusing kt tempat yang sama je. da la on way, salah jalan abes kena pusing berkali-kali. fengsan! suke dok hotel la, sejoksejok tido pelokpelok adrianna pun da cukup membahagiakan. mari kita berenang-renang di kolam renang! bikini ni dibeli oleh makcik hubby yang berada di Arab Saudi. kalau tak sebab bikini ni, tak de la adrianna masuk kolam okeh! ngam3 je pulak tu..

Excited tengok orang berenang-renang dalam kolam..
 
Masuk kolam hepy sangat ye, berkocak-kocak air..dua kanak-kanak cina tu pun sebok la nak kawan dengan Adrianna yang tak pandai berkawan lagi. peramah beno, tanya baby nama apa, brapa bulan. nak main sekali dengan Adrianna.  5minit je dalam kolam pun...

 Selepas 5 minit....

Dah BadMood. apekena ntah, sejok kot. ke kawan-kawan da balik?tak de kawan eh? Geram je tengok...kalau la mama ada bikini jugak lama da terjun join mandi sekali.

nota kaki: Next holiday this becoming Oktober!!excited..sebab mau bawak Adrianna OverTheSea.. FlyFlyFarAway...Lama dah tak fly sejak Adrianna dalam pewot lagi. Last fly g Sabah time Honeymoon awal tahun lepas =)

Monday, September 3, 2012

Time Flies...

 hari berganti hari, bulan berganti bulan...

 8 hari

1 bulan   

2 bulan 

3 bulan

4 bulan

 5 bulan

 6 bulan

7 bulan

8 bulan.

Ni la punca kenapa aku da lama tak update blog. ni la punca segala-galanya. Fokus utama melihat Adrianna membesar depan mata. seronok tengok macam-macam perangai dan gelagat yang ditunjukkan hari demi hari. betul la orang cakap, letih camane pun keje, tengok muka anak terus hilang penat. baru sekarang aku percaya kata-kata tu. Cepat kan masa berlalu, now da 8 bulan ++ da mula berdiri berpaut..lepas ni da dapat kaki, memang masak la kena jaga 24/7 la. tak boleh leka. suka tengok Adrianna berbaju kurung, manis...da besar anak mama ni..

MAMA LOVES YOU SAYANG...

NICU

 mari kita sambung cerita sehari selepas bersalin. Malam selepas bersalin tu, baby tak nak susu. nurse kasi susu pun baby tak nak sedut (sucking). kul 2-3pagi try nak breastfeed pun baby tak sucking. Then, Nurse suh rujuk Pakar esok (jumaat) pagi tu. Pagi Jumaat tu jugak boleh discharge. Jam 7.00 pagi pakar datang tanya itu ini. ehh heloo, i letih tau. baru nak tido doc n nurse da ganggu. tau la katil no. 1. aku la yang diganggu dulu. awal dorang neh masuk keje ehh? Kul 9.00 pagi doc da tolak baby masuk ke NICU sebab POOR SUCKING.

 Ape perasaan bila tengok baby dimasukkan wayar dalam mulot?sedih sgt okey....aku pulak tak boleh nak ikut ke NICU, sebab hubby balik umah mandi sume kan. sape nak tolak naik wheel chair?(time ni baru la sebok nak naik kan? tau pun kegunaaan wheel chair tu).Gula dalam badan baby da drop, kena la jolok minum guna wayar. Baby tido je, time aku & hubby datang elok die bukak mata tengok kami. ape perasaan korang?terharu tak??? ok, tak dapat nak teruskan....sob3! 

setiap kali datang die akan bukak mata dan tengok kami dgn muka merintih dan bagitahu sesuatu. Tiap kali datang tiap kali tu la aku menitiskan air mata dan peluk die kuat-kuat. oh ok dah..xnak sambung dah hal neh..tak tahan!air mata da mencurah3 neh..

 Doc ajar cara urutan kt muka untuk ransang baby utk sucking. 2ari urut dan baby tak tunjuk reaksi. TAPI..hari ketiga, aku pulak merintih menangis dan pujuk baby utk sucking jari kelingking. bercakap dengan die, usap-usap, pelok ciom semua. bagitahu yang kteorang nak bawak die balik. sebab mama&ayah die tak boleh stay situ. ari-ari ulang alik hospital tengok die dari pagi, malam baru balik umah. AMAZING bila lepas aku pujuk dan menangis, baby tengok je mata mama die nangis dengan termenung kt aku. 2-3jam lepas tu aku buat urutan tu balik dan masukkan balik jari kelingking, baby terus SUCKING!! hebat tak pujukan seorang ibu terhadap seorang anak. mama tau Adrianna baby yang baik....

aku & hubby menjerit-jerit panggil nurse nak kasi bukti yang baby da sucking. kekonon lepas sucking boleh bawak baby balik la kan. Nan hadooo, kena ckupkan 3dos suntikan dulu baru boleh balik. saket la hati, orang da la dalam pantang. nak kehulur kehilir da macam kura-kura.  Sebagai hadiah untuk adrianna yang da pandai sucking masa hari ke-3 tu. Mama die ni, stay kt NICU tu tunggu sampai esok pagi sebelum discharge dan untuk kasi breastfeed baby.

Hari ke-4, hubby datang pagi kul 9 pagi nak bawak mama&baby balik rumah. Hubby dengan rajinnye siap masak bekal masak nasi goreng ngan ikan bilis halia goreng lada hitam utk aku sarapan. yela, takkan aku ngah pantang ni, ngan stoking jalan macam kura-kura ni nak turun cafe beli makanan?ape ke gila namanya.bahahah...aku bajet cam hubby beli tapau je, tak sangka die bangun pagi masakan utk aku. Sementara nak tunggu nurse siap3kan dokumen utk discharge, kita makan dulu..

26 Disember 2011, Adrianna Marissa pun pulang ikut mama & ayah die balik putrajaya. Aku berpantang kt putrajaya dan dijaga oleh MAK MERTUA ku ye. Senang nak uruskan hal surat beranak, mykid suma. seminggu lepas tu baru la balik berpantang kt sungai buloh.

Semoga Adrianna Marissa menjadi anak yang baik dan solehah. Amin =)

Thursday, August 30, 2012

Pengalaman Bersalin

Detik mendebarkan adalah detik melahirkan. tapi serius utk aku, perasaan teruja dan excited itu melebihi dari rasa ketakutan itu sendiri. tak sabar nak jumpa baby yang selalu kick dalam pewot yang muncet macam nak meletups tu. tu pun sebab tak tau saket tu camane lagi. ce skrg nak suh bsalin lagi sekali, mau aku larikk duluu.....Pengalaman menjadi pengajaran ye kawan-kawan. he3

Sebelum kita bergembira tahap maksima, kena la lalui pengalaman yang berliku-liku ye. stress gile kot nak beranak je pun. Cerita stress bermula dari...

 21 Disember 2011
Due untuk melapor diri ke Hospital. Sebab da Overdue sampai dinding dah. malam tu tak dapat tido tau, dok berdebar tak sabar-sabar nak bersalin. Pagi Jam 6.45 tu pegi la toilet nak siap-siap ke hospital. masuk je toilet, OhhEmmmGggg....de darah ah!berdebar ko nok..ape taknye tetibe je de tanda bersalin kan. Terus jerit dari toilet ehh, "B..!!!!!".. macam la baby da klua, padahal nak gtau de darah je pun.

9.00 pagi  - sampai la kt Hospital Putrajaya. cek heartbeat baby, cek ape ape jadah ntah kan. then yang paling ngeri, seluk mnyeluk telah berlaku disini. haduila.......ni yang den tak gomar neh. bukan sekali, ade la 2-3 kali seluk. Mencik betol lah. 

10.00 pagi - Doc panggil jumpa dan bagitau yang bukaan baru 2cm. Doc bagi pilihan : pegi hospital serdang or hospital kajang or hospital kuala lumpur. Eh, hello doc..u da men seluk seluk pastu nak transfer kte ke sana ke sini. mane boleh! bertanggungjawab la sket. alasan normal yang kwan2 da gtau... "wad penuh!!". betol la ape ramai cakap. then aku cakap, takpe aku datang balik petang nanti. then doc cakap "kami tak jamin ada wad kosong tengahari nanti, yang kt labour room tgu nak masuk wad pun beratur lagi. kami taknak bertanggungjawab". saket plak ati dengar doc cakap camtu. kalautak dipikirkan pewot yang membuyong ni, nak je aku pijak kaki die laju-laju!

Bincang ngan hubby kt luar labour room pakai KAIN BATIK tanye hal nak transfer naik ambulans. hubby setuju hospital serdang sebab dekat sikit ngan rumah. Then doc call hospital serdang TAK TERIMA. Boleh?hello, aku nak beranak la..bukan nak merompak hospital korang. Doc call Hospital Kajang, PENUH. macam berkomplot pulak kan?? last choice, yang KENA PILIH Hospital Kuala Lumpur. Jauh bapaknye lahhh..nak ber neynoneynoooo naik ambulan ke sinun. jauh sgt dari rumah. Then, Hubby said "NO! kte cari hospital sendiri. tak nak la ke GH yang jauh sgt tu". so hubby sign surat "TANGGUNGJAWAB SENDIRI". 

11.00 pagi - Disebabkan kekecewaan tersebut, balik umah dulu..baring-baring...rileks kan otak yang berserabut. Hubby sempat buat 2biji burger utk bekalan kt hospital. call sana-sini untuk tanye hospital mane yang ok. 

12.30 tengahari - Bergerak ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Nurse sini pelik kenapa jauh sangat nak bersalin. Then, aku cakap "Dah orang taknak terima kita, nak buat camana". bleh wat ayat sentapan begitu?bahahahha...yela, ikut logik la kan. Nama je dok putrajaya, tapi bsalin kat Cheras nunnn. Orang luar yang dari Nilai, KL sume dok beranak kt putrajaya boleh pulak?

1.00 tengahari - doc pun main seluk menyeluk lagi, tapi doc sini buat tak rase sakit pun?? asal tadi sakit sangat? da 3cm bukak, Then kena la Check In Wad. Terus air mata meluruuu je jatuh berderai-derai. Pasal ape pun aku tak tau, tapi rase len macam ah kan. takut pun ade. tak penah kot tido spital. sorang-sorang pulak tu. macam-macam bermain kt fikiran. Hubby pun pelik "Asal ma nangis?" aku pun xleh jawab soalan tu. Nurse suh pegi makan dlu sebelum check in, sebab nanti da masuk wad da tak boleh keluar lagi.

2.00 petang - Nurse suh dok wheel chair, "xpe la nurse saya boleh berjalan lagi". "ni prosedur puan, puan duduk la, bia saya tolak".  aku rase cam nak tutup muka je. sume pun tengok time aku ditolak. Naik lif lagi la, malu kot. 

3.00 petang - Tukar uniform, kemas beg (macam masuk asrama plak kan). hubby temankan, walaupun bukan waktu melawat. tutup tirai tu, buat la kemas ape-ape yang patut.

4.00 petang - Nurse nampak lak hubby, nurse suh turun tunggu waktu melawat. Then, aku kesian kt hubby, aku suh la die balik dulu. mandi n packing baju-baju die ape yang patut kan.Sebak ohh nak bagi hubby balik. tapi aku kena kuat!baby ada temankan mama kan kann... Jiran kanan kt labour room, jiran depan ketiduran, penat kot? tak de kawan nak borak-borak. nurse pun bz je nampaknye..so layan diri sendiri la ye. Mandi, bace majalah sume.. 

5.00 petang - Doc datang seluk, masih lagi 3cm. 

7.00 petang - pegi bilik tv tengok NORA ELENA. bleh? Doc yang lalu boleh tanya "Tak de rasa sakit lagi ke puan?" .. aku dengan bangganya "Takde pun?".. Die pun pelik kot, aku bleh plak layan tv, orang lain dok beriya la menahan saket kan. bahahahha

9.00 malam - Doc datang seluk, masih lagi 3cm.

10.00 malam - Nurse da tutup lampu. ok, da paksa aku tido nampaknye. tapai tak ngantok kot?tempat baru biase lah kan, susah nak tido. Hubby pun da ade kt parking bawah. TIDO DALAM KETE. tunggu aku nak masuk labour room baru die leh temankan..

3.00 pagi - Doc datang seluk, masih lagi 3 cm. 

5.00 pagi - Doc datang seluk,masih 3 cm dan doc seluk dengan hebatnya untuk paksa bukaan jadi 4cm. sebab da lama sangat kan. bila da cukup 4cm, doc pecahkan air ketuban. Katil utk ke Labour room pun da ready depan pintu. "Puan boleh call suami, naik labour room ye. packing ape yang nak bawak ke labour room". aku call hubby 4-5kali tak jawab, tido mati ko kan walau dalam kete je pun, aku nak beranak neh! 

5.30 pagi - Doc kasi ubat berak, terus nak ke toilet membuang serta merta tanpa SELIPAR ye. sebab tadi kena sorong g labour room naik katil kan. nurse tu yang tak kasi aku bawak sliper. Bila da selesai tu, ondaway nak masuk bilik berjuraian air ketuban berteraburan tengah jalan. aiyok!!abes basah kain..siap pegi kaunter depan mintak kain lain, nurse cakap. "takpayah tukar kain, nanti atas katil kain kena bukak jugak puan". ok, pasrah g masuk bilik dengan kain basah dan heretan kain yang basah meleret kt lantai. banyak la keje korang!bahahah...

8.00 pagi - Doc datang seluk, da 5cm. Doc bagitau dalam 11-12tengahari da boleh deliver. aku dok tengok jam je dari tadi. time ni tak saket ape pun lagi. tu yang bleh ber PEACE bagai kan. ko tunggu jap g..

9.00 pagi - Pakar bius datang offer utk Epidural. tapi aku tak saket, tak nak la kan. boleh die takutkan "skrg awk tak sakit, nnt bile da sakit da xboleh mintak epidural tau". ok fine la, meh la cucuk epidural tu! paksa orang pulak..haishh...

10.00 pagi - kontraksi telah bermula. masih boleh tahan ye. masih mild je. masih boleh bergurau senda dihari raya lagi dengan hubby kt sebelah. 

11.00 pagi - hambek, kontraksi sangat hebat ye. 5-10 minit sekali. sekali dia datang rasa macam nak terjun bangunan pun ade. saket teramat. ape ntah guna epidural tu. tak membantu langsung kot. nurse siap cakap "bilik sebelah pun epidural tak jalan, sakit jugak". bih baik takpayah pakai tadi. nyusahkan lagi ade berwayar-wayar bagai.

12.00 tengahari - Doc cek bukaan 6cm. lama betul nak tunggu bukak. bile cek 1cm je yang bukak pun. Bila da tak tahan sangat saket tu, aku mintak utk Gas Etonox. Stone kejap la bile sedut tu kan. bleh dikatakan setiap 2-3minit aku sedut. sakit kot. da macam bergantung kt Etonox pulak. sampai pening-pening jadinye. tambah pulak satu lagi penyakit. naseb la labu...

3.00 petang - 8cm sudah. 

4.00 petang - 8cm dan doc korek-korek utk besarkan lagi jadi 9cm. doc nak kena penyepak tak??

5.00 petang - 9cm lagi, doc inform kalau jam 6petang tak bukak 10cm masuk OT. Baby da stress dan da lama sangat air ketuban da kering. dan baby da telan najis. Time ni da meleleh sket ah air mata. usap-usap perot cakap kt baby, mama dia tak nak kena operate. da berjam-jam diseluk, tetibe nak operate. memang tak la kan..

6.00 petang - 9cm jugak. Doc suruh push, incase nampak kepala baby, proceed utk deliver. kalau tak kena tolak OT. Aku pun ape lagi, push la sekuat-kuat hati. Alhamdulillah, nampak kepala baby dan doc panggil semua nurse ready utk deliver.

6.10 petang - Sesi push mengepush bermula. bila doc suh tarik nafas, aku jadi blurrr...camane tarik nafas tu eh?bleh??adui la....bila da panic sume pun lupa kan. tapi time ni, sakit kontraksi tak de la sesakit cam tadi. kire bleh maintain lagi la kalau doc xsuh push pun. nak menengok aku bersalin pun ramai da macam tengok bola sepak dah. penuh satu bilik dengan doctor, doctor pelatih, nurse, nurse pelatih. ehh heloo, i nak beranak okeh, uols nak wat i uji kaji plak kan. abes doc pelatih yang ensem-ensem tengok. malu lahh i olss =p

6.22 petang - Selepas berpush 10-20 kali, Baby Adrianna Marissa selamat keluar TANPA TANGISAN. berlari la nurse-nurse sume bawak kemana ntah kan. Yang peliknye, aku kuakan baby tapi aku tak rase pun yang baby da kluar?sume berlari-lari aku macam terpinga-pinga.."eh korang nak pegi mane?". "baby dah kluar ke?". hubby la gtau yang nurse suma bawak baby keluar.

7.00 malam - Selepas jahit menjahit, siap tanye doc "lama lagi ke doc?kaki sy da lenguh ni". bahahah. Doc suh nurse pelatih pegang kaki aku. wahahahah!

8.00 malam - Nurse kasi milo dan sandwish. Bayangkan ye, aku tak makan ape-ape sejak petang semalamnya. Lepas makan petang 21.12.2011 tu, aku tak de telan ape-ape makan. apetah lagi bila da masuk labour room kul 5 pagi tu kan. memang nurse xbagi makan ape la kan, selain teguk air kosong 2-3teguk je. 

9.00 malam - Ditolak naik ke wad. nurse siap-siapkan. hubby tolong aku bersihkan diri kt toilet. geng bilik sume da berdengkur da sume time tu. blehla suh hubby teman lelama skit kt katil kan. bahaha...

penat dah taip. next entry la eh kite cite selanjutnya. Perasan tak bantal kotak-kotak tu? bantal azimat tu, daripada kt wad, masuk labour room sume aku pelok bantal tu. now baby da kluar, baby gunakan bantal yang mama die gunakan masa lahirkan die...so shuweeett!

Mrs Hary Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template